Google+ Followers

Sunday, 8 January 2012

Buaya dalam ruang tamu



SYDNEY: Satu keluarga Australia terkejut ketika bangun tidur pagi semalam apabila mendapati seekor buaya 1.7 meter berada dalam ruang tamu rumah mereka.

Menurut Jo Dodd, dia terjaga daripada tidur apabila anjing peliharaannya menyalak.

“Kami membuka pintu bilik tidur dan memandang ke ruang tamu.
“Di situ kami melihat seekor buaya,” katanya.

Pengalaman itu, kata Jo, sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Bukan selalu anda lihat buaya di ruang tamu, kan?” katanya. Buaya itu kemudian ditangkap renjer tempatan dan dibawa ke taman buaya berhampiran. Secara purata, buaya air masin Australia membunuh dua orang setahun, boleh membesar sehingga tujuh meter dan berat sehingga lebih satu tan.

Credit to: HMetro/AFP