Sejak ditukarkan bertugas ditempat baru..banyak perkara kena disesuaikan semula..dari emosi ke jadual bangun pagi, waktu bersarapan, urusan anak-anak dan waktu pulang kerja juga menjadi sesuatu yang baru dan asing....Mujurlah sewaktu cuti sekolah November lalu pihak sekolah ada menganjurkan kursus dalam perkhidmatan (OJT) bagi memantapkan peranan dan sikap serta emosi guru-guru dimana didalam salah satu slot kursus tersebut ditayangkan kisah perjuangan seorang guru (Cikgu Azlee Tata Makibin dari Beluran) yang terpaksa menempuh arus sungai berbatu dan jarak perjalanan yang jauh untuk tiba di sekolahnya di pedalaman negeri Sabah.
Segalanya kena dinilai dari sudut positif...Perjalanan saya pergi dan balik menempuh jajaran lebuhraya E22 (Pasir Gudang-Senai) dan jajaran lebuhraya Plus (Senai-Air Hitam- Pt Raja Bt Pahat) seawal jam 4 atau 4.30 pagi sebenarnya banyak dan sangat mengajar erti sabar, tabah dan erti tekun dalam melaksanakan tugas serta amanah yang perlu digalas dengan ikhlas....
Di waktu-waktu beginilah saya dapat melihat betapa indahnya panorama malam melabuhkan tirainya..Sang mentari mengintai dikejauhan.....unggas mula tersedar dan nadi kehidupan pun bermula...Menghiburkan bukan?
Saya tiba di sekolah sekitar jam 5.50 hingga 6.15 pagi...Sempat solat subuh di masjid. Saya juga merasa gembira dan aman bila saya dapat tiba lebih awal dari staff dan murid murid...Saya beranggapan ibu bapa juga turut menilai mutu tugas seseorang guru dari sudut kehadirannya.. Saya juga dapat mengelak kesesakan lalulintas dibeberapa pekan dan permukiman yang saya lintasi diawal pagi.
Kawan-kawan bertanya...tak penatkah, tak bosankah, Sampai bila bangun pagi-pagi buta...Jawapannya: saya gembira melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepada saya..Saya percaya sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita suka...pasti kita tak terasa bosan dan penat melakukannya.
Terima kasih rakan-rakan yang memberi semangat terutama Ust Jarwani Hosnin (penasihat MITT), Ust Anuar Mahadi (Pengetua SMIT), Ust Abd Razak Borhan (CEO MITT), Ust Mahfoz, Ustz Norariza Paimin dan ramai lagi rakan-rakan guru yang sangat membantu.
Demikian juga di sekolah baru... terutama Ust Ami (GPK2), Cikgu Nordiyana (GPK1) Puan Yuslina (Pemb. Tadbir) rakan-rakan guru serta tak ketinggalan isteri yang sangat mendorong dan memahami Teacher Sa'adiah Abu Hasan (SMIT) juga anak-anak yang turut menyokong Teacher Nurul Farehan (SRIT) Ahmad Mokhtar, Nurul Farhani dan Nurul Farha...Semoga Allah jua yang mambalasnya..ameen.
Kesimpulannya..Semuanya bermula dari disiplin diri, sikap, tanggapan dan tindakan kita sendiri terhadap seuatu perkara...Semoga apa yang kita lakukan didunia ini akan menjadi pemberat amal kebaikan kita diakhirat nanti..ameeen.
like the new volvo!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih Puan Farhana...Volvo hanya alat bekerja sekaligus memotivasikn diri untuk lebih giat berusaha mencapai cita-cita diri dan matlamat organisasi....Terima kasih Puan Farhana dan rakan-rakan guru atas semua sokongan dan kerjasama sewaktu sebumbung di P Gudang..
ReplyDelete