Mari kawan-kawan kita amalkan doa ini...
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri, dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Juga sebuah lagi doa yang mudah daripada hadis sohih:-
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan )
Nota Hujung:
Dalam kita berhadapan dengan pelbagai penyakit luar biasa seperti H1N1 (selesema babi), letrospirosis, Chikungunya, dan sebagainya yang menyerang beberapa negara di dunia termasuk di negara kita, maka wajarlah kita berikhtiar untuk melindungi diri dan keluarga kita daripada penyakit-penyakit berkenaan. Dengan mengamalkan doa ini, mudah-mudahan diri dan keluarga kita akan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah s.w.t.-(Credit: Cikgu Taufiq)

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : Nabi bertanya : Kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : Aku disengat kala.
Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Lelaki berkata : Aku disengat kala.
Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah daripada hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan )
Nota Hujung:
Dalam kita berhadapan dengan pelbagai penyakit luar biasa seperti H1N1 (selesema babi), letrospirosis, Chikungunya, dan sebagainya yang menyerang beberapa negara di dunia termasuk di negara kita, maka wajarlah kita berikhtiar untuk melindungi diri dan keluarga kita daripada penyakit-penyakit berkenaan. Dengan mengamalkan doa ini, mudah-mudahan diri dan keluarga kita akan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah s.w.t.-(Credit: Cikgu Taufiq)
No comments:
Post a Comment