Tuesday 24 January 2012


Dynamite Crazy Stock Photo - 9886608

SITIAWAN: Seorang lelaki parah, manakala dua lagi cedera ringan apabila sekotak mercun tiba-tiba meletup ketika sambutan Tahun Baru Cina di hadapan sebuah Tokong Cina, di Jalan Pantai di sini, malam kelmarin.

Seorang daripada mangsa, Sim Kit Chong, 34, yang mengalami kecederaan serius di kepala dihantar menjalani pembedahan di Unit Rawatan Kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selama 13 jam untuk mengeluarkan serpihan mercun.

Sumber polis memaklumkan kejadian berlaku jam 12 tengah malam kelmarin ketika mangsa membuat persiapan menyambut perayaan itu.
Tokong berkenaan menjadi antara lokasi tarikan utama masyarakat sekitar daerah itu untuk sembahyang dan bermain mercun ketika malam tahun baru.

Difahamkan, ada antara mercun yang meletup sendiri dalam kuantiti besar sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka di tempat kejadian.

Sumber memaklumkan, sebelum kejadian letupan mercun sudah dimulakan sejam lebih awal. Seorang mangsa yang cedera ringan adalah Bendahari Tokong, Goh Meng San, 65, yang cedera di muka dan tangan kanan.

Dia menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar pada hari yang sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan, Shaharuddin Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan namun memaklumkan belum menerima laporan daripada mangsa.

No comments:

Post a Comment