Saturday 14 January 2012

Enam maut selepas kapal persiaran terkandas di Itali



2012/01/14



ROME: Enam maut pada awal pagi ini selepas kapal persiaran terkandas di perairan Itali dalam kejadian yang memaksa pengawal pantai menyelamatkan kira-kira 4,000 orang, lapor media. 


Kapal Costa Concordia sedang belayar mengelilingi Mediterranean apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla del Giglio, lewat semalam.
Datuk bandar berkata, beliau bimbang jumlah kematian meningkat kerana sukar untuk menyelamatkan penumpang yang begitu ramai.
Salah seorang penumpang yang maut berusia 70-an akibat serangan jantung kerana terkejut selepas melompat ke dalam air yang sejuk. 

Beberapa orang lain mengalami kecederaan, dua daripadanya serius. - AFP

No comments:

Post a Comment