Friday 20 January 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia diumumkan Khamis depan


image5

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada 26 Jan ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi. 
Seramai 8,499 calon menduduki STAM pada tahun lepas di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mereka adalah 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat.

Kenyataan itu turut menyebut 1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang menduduki STAM akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM [angka giliran] dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi, 26 Jan ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Feb.

Credit to: HMetro/BERNAMA

1 comment:

  1. TAHNIAH KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

    PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) DIBUKA SEKARANG

    Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran bagi yang layak Belajar dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, "Master" dan "PhD" secara sepenuh masa atau separuh masa di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)di Shah Alam Selangor, Malaysia diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.
    Anda juga boleh menghubungi EN AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836
    atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

    http://mediuintake.blogspot.com/2012/12/promosi-kemasukan-pelajar-ke-al-madinah.html

    ReplyDelete