Google+ Followers

Sunday, 8 January 2012

Anwar Ibrahim bebas




Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan 

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Sampel DNA Saiful Bukhari tidak dapat dipastikan


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat utk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.