Thursday 2 February 2012

Seorang wanita maut, 20 cedera diserang lebah


PASIR PUTEH - Seorang wanita berumur 52 tahun maut manakala 20 orang lagi cedera akibat disengat lebah dalam satu kejadian di Kampung Kandis, Gaal di sini,kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu terjadi ketika Esah Idris seorang penoreh dalam perjalanan ke kelas mengaji Al-Quran yang terletak di hadapan rumahnya.

Suami mangsa, Saidina Ali Mat, 57, berkata, pada masa itu dia terdengar jeritan isterinya meminta tolong dan dia yang berada di dalam rumah keluar mendapatkan isterinya itu.
"Saya menjerit ke arah isteri agar patah balik ke arah rumah tetapi dia terus berjalan ke hadapan,mungkin pada masa itu dia sudah tidak sedar kerana ada banyak lebah mengerumuni mukanya," katanya .

Esah meninggal dunia kira-kira jam 3.30petang semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) dipangkuan Saidina Ali.
Credit to: Sinar

No comments:

Post a Comment