Thursday 2 February 2012

Jom makan buah issu....




Seorang peniaga menjual buah issu di Pasar Tamu dan mendapat sambutan penduduk di Sri Aman, Sarawak, baru-baru ini


Buahnya dipanggil ‘issu’, namun, rupanya seakan-akan menyamai raja buah iaitu durian kerana kulitnya berduri, cuma durinya lebih runcing serta tajam.

Di Sri Aman, buah issu turut dikenali sebagai ‘rian laki’ dengan isi yang kental dan kekuningan malah ada isinya bewarna jingga atau merah, namun bau buahnya kurang berbanding dengan durian.

Kini, buah issu banyak terdapat di kawasan Skrang, Engkilili, dekat Sri Aman sejak dua minggu lalu selain memenuhi ruang niaga di Pasar Tamu di Sri Aman, Sarawak.

Dengan dijual pada harga RM10 bagi empat biji, buah issu punyai keistimewaannya tersendiri berbanding buah durian kerana tidak semua tempat boleh memperoleh buah tersebut.

Credit to: Utusan

No comments:

Post a Comment