Monday 6 February 2012

Azimat lulus BI-Seru jin Inggeris


KHURAFAT...Azman dan Rashid menunjukkan ‘daun sirih hikmat’.
KHURAFAT...Azman dan Rashid menunjukkan ‘daun sirih hikmat’.

Seru jin Inggeris



KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.



Perantara jin dengan pemakai




 “Sirih itu perantara yang digunakan untuk menghubungkan jin dengan pemakai dan ini tidak dibenarkan dalam Islam,” kata Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari.
Abdul Malek berkata, jin boleh bertindak dalam apa juga bentuk serta bahasa, namun perbuatan bergantung kepada perkara lain selain Allah adalah amalan syirik yang dosanya amat besar. “Saya juga ingin mengingatkan bahawa kenyataan bomoh itu bahawa sirih disediakannya tiada kesan sampingan kepada si pemakai tidak benar.

“Ini kerana banyak kes yang berlaku si pemakai berdepan pelbagai masalah dan gangguan sama ada kepada kesihatan ataupun pemikiran,” katanya.

No comments:

Post a Comment