Wednesday 15 February 2012

Lagi-Lagi Kes Buang Bayi...


Buang bayi: Pelajar kolej swasta ditahan

15/02/2012 7:29pm



KOTA BHARU — Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok, di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini.
Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah.
Katanya, bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya.
Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment