Tuesday 21 February 2012

Putus kasih boleh bawa masalah mental


gambar orang menangis 


IPOH: “Putus cinta sebenarnya bukan masalah serius, namun jika seseorang itu gagal menanganinya dengan betul dikhuatiri ia boleh menyumbang kepada masalah mental,” kata Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabai’ah Mohd Salleh.
Menurutnya, pelbagai simpton dikesan selepas seseorang putus cinta termasuk kemurungan teruk, gangguan emosi, halusinasi, kurang selera makan dan insomnia.

Dr Rabai’ah berkata, pihak hospital akan mengesyorkan beberapa program rawatan kepada pesakit termasuk khidmat kaunseling dan rawatan perubatan.
“Buat permulaan, kami akan meneliti masalah dihadapi pesakit sebelum menawarkan khidmat kaunseling. Bagaimanapun, jika ia mencapai tahap serius kami akan mengesyorkan rawatan perubatan,” katanya yang dihubungi di sini semalam.

Katanya, masalah kemurungan melampau dan berterusan boleh menyumbang kepada penyakit psikosis iaitu masalah berkaitan mental.

Dr Rabai’ah mengakui pihaknya menerima banyak kes kemurungan dan tekanan perasaan di hospital berkenaan sama ada yang dirujuk klinik kesihatan atau pesakit datang sendiri bagi mendapatkan rawatan kaunseling.

Credit to: H Metro

No comments:

Post a Comment