(ومن تواضع لله رفعه الله” (صحيح مسلم
“ Dan Barangsiapa yang merendah diri kerana ALLAH, ALLAH akan meninggikan darjatnya. “
( Riwayat Sohih Muslim )
ULASAN AYAT:
- ALLAH akan meninggikan darjat orang yang merendah diri. Contoh yang paling sempurna untuk kita contohi adalah Rasulullah SAW. Nabi SAW adalah seorang yang sangat merendahkan diri, sekalipun tinggi martabat Baginda SAW. Baginda SAW mengenderai himar dengan berlapikkan selember kain dan kadang-kadang dengan membawa orang lain.
- Baginda SAW suka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan orang ramai, menjahit kasut, menampal baju dan membantu kerja-kerja kekeluargaan di rumah.
- Sikap Rasulullah SAW apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak, Baginda SAW akan memberikan salam. Jika duduk-duduk dengan para sahabat, Baginda bercampur dengan semua orang tidak mengira sesiapa, seolah-olah mereka adalah sahabat-sahabat Baginda SAW, sehingga bila orang asing datang untuk menemui Baginda, mereka sukar membezakan lalu terpaksa bertanya siapakah diantara mereka itu Rasulullah SAW.
- Apabila Rasulullah SAW datang ke suatu pertemuan, jika orang bercakap hal akhirat, Baginda akan menyertai, jika mereka bercakap berkenaan hal makan dan minum Baginda SAW juga turut menyertai perbicaraan itu, sebagai tanda tawaduknya Baginda SAW. Sekalipun Baginda adalah dikalangan orang yang paling mulia dan bertaqwa di sisi ALLAH.
- Kadang-kadang para sahabat menyanyikan syair dihadapan Rasulullah yang mulia, lalu bercerita juga hal semasa zaman jahiliyah, jika mereka ketawa, Rasulullah SAW juga turut tersenyum. Baginda SAW tidak pernah mencegah sahabat-sahabat dalam apa jua perbuatan melainkan dalam perkara-perkara yang haram.
- Begitulah sifat dan sikap Rasulullah SAW, sangat merendah diri, biarpun dirinya sangat hebat dan termulia, akhlak Baginda SAW patut dan wajib dicontohi oleh semua lapisan dan golongan. Ya ALLAH, kurniakan kami rezki dapat mengikuti percakapan, perbuatan, ibadah dan amalan soleh Rasulullah SAW dimana sahaja kami berada.
WALLAHU’ALAM
Credit to: Kembara Salik
No comments:
Post a Comment