Friday, 3 January 2014

Ulama berjiwa pahlawan

SEPINTAS lalu dapat digambarkan dan dikenangkan bahawa peranan dan sumbangan para ulama di Nusantara, khususnya di tanah air kita adalah daripada perjuangan ulama dan termasuk juga para penulis dan wartawan.

Buku-buku teks sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah seperti perjuangan Tok Janggut, Tok Kenali, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi ada menjelaskan faktor utama yang mendorong kebangkitan pahlawan dan rakyat pada waktu itu.

panglima-mat-kilau

Penentangan terhadap penjajahan di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain daripada penjajahan Pertugis, Belanda dan Siam begitu hebat dan rancak di bawah pimpinan para ulama. Terdapat juga ulama yang berjuang yang akhirnya menyaksikan ada antara mereka yang gugur syahid dan dibuang negeri.




Berhijrah

Sebahagian ulama telah mengatur perancangan antaranya berhijrah ke Mekah pada akhir abad ke-7 Hijrah. Penghijrahan ini bukan bermaksud mereka takut untuk berjuang tetapi sebagai mengatur strategi dalam menghadapi era penjajahan. Strategi ini menghasilkan natijah apabila lahirnya ramai ulama Melayu yang dilatihkan di Mekah antaranya Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.



Selain itu, ulama-ulama Melayu ini juga menggunakan kesempatan ketika ibadat haji untuk berkumpul dan meniupkan semangat anti penjajah kepada orang Melayu yang datang mengerjakan haji.

Di Indonesia penjajah Belanda berasa hairan, mengapa setiap kali umat Islam ke Mekah mengerjakan haji, penentangan rakyat terhadap mereka semakin kuat. Menurut kajian Snouk Hurgronje pada 1884, mendapati peranan ulama Melayu, seperti Sheikh Ahmad al-Fathani yang telah bertanggungjawab mempengaruhi jemaah haji dan para pelajar Melayu di Mekah dalam membebaskan tanah air masing-masing.

Berdasarkan kajian tersebut, Hurgronje mengeluarkan sebuah laporan yang berjudul, €œDe Afjehera€ di mana laporan itu menyebut supaya ulama diasingkan daripada rakyat untuk memisahkan antara agama dan politik bagi menyemarakkan gerakan penentangan.

No comments:

Post a Comment