Google+ Followers

Sunday, 19 January 2014

Iblis daripada API , diseksa dengan API ?





Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafie lalu bertanya,

"Mengapakah iblis yang diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?"

Imam Syafie berfikir sejenak.

Kemudian Imam Syafie mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya kepada lelaki itu.

Lalu, ternampak tanda-tanda sakit dan marah pada air muka lelaki itu.

Apabila melihat keadaan sedemikian, Imam Syafie bertanya kepada lelaki itu,


"Adakah kamu sakit?"

Lelaki itu menjawab, "Ya! Saya sakit."

Lantas Imam Syafie pun berkata, "Engkau, seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah."

Begitu juga keadaan iblis. Allah ciptakan iblis daripada api. Kemudian iblis juga akan diseksa dengan api.




(Kredit Buku: 30 Wasiat Imam Syafie)