Google+ Followers

Wednesday, 13 November 2013

SPPBS ditangguh mulai 30 November

SPPBS

KUALA LUMPUR - Capaian kepada Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari 2014.
   
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia bagi menambah baik capaian kepada sistem itu dan memberi laluan kepada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mengemaskinikan data murid.
   
Kenyataan itu berkata Kementerian Pendidikan amat memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru sewaktu mengisi prestasi murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 (Akademik), Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan bukan Akademik) bagi tahun ini.
   
"Bagi memberi peluang kepada guru untuk memasukkan prestasi ke dalam sistem, kementerian melanjutkan proses pengisian prestasi 2013 kepada guru-guru yang terlibat sehingga 31 January 2014.
   
"Bagaimanapun, bagi memastikan sistem itu lebih efisien, pihak kementerian juga ingin memaklumkan bahawa capaian kepada SPPBS ditangguhkan daripada 30 November sehingga 31 Disember 2013," kata kenyataan itu. - Bernama