Google+ Followers

Friday, 8 November 2013

Mayat 8-11 tahun ditemui dalam keadaan sempurna

SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu.
Mayat dewasa itu dikebumikan antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.
Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih.

Kubur berkenan antara 350 kubur yang akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Seramai 15 penggali kubur terbabit dalam penggalian berkenaan.

Agensi yang terbabit dalam kerja itu termasuk Jabatan Kesihatan Segamat, Jabatan Kerja Raya Segamat serta Pejabat Daerah Segamat.

Kesemua kerja penggalian dijalankan secara insani tanpa penggunaan jentera berat bagi memastikan mayat tidak terjejas.

Credit:  Hafidzul Hilmi Mohd Nor dan Ahmad Ismail/HMetro