Wednesday, 13 November 2013

‘Bayar RM300 dapat MyKad’

‘Bayar RM300 dapat MyKad’Sebahagian warga asing yang ditahan ketika serbuan oleh JPN dan Imigresen di sebuah pangsapuri di SS8 Kelana Jaya, semalam.
Kuala Lumpur: Hanya dengan bayaran serendah RM300, warga Filipina boleh memiliki MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian negara ini dengan upah mencecah RM1,300 sebulan. 

Ia dijanjikan sindiket dokumen pengenalan diri palsu yang dipercayai aktif di Sabah, dengan menyasarkan warga Filipina yang mahu bekerja di negara ini. 


Sejurus mendapat MyKad, ahli sindiket di Semenanjung akan membantu ‘pelanggan’ mereka mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan menggunakan identiti itu. 

Modus operandi terbongkar hasil penahanan 22 pengawal keselamatan warga Filipina kerana memiliki MyKad palsu dalam serbuan di sebuah pangsapuri di SS8 Kelana Jaya, di sini, awal pagi semalam. 

Serbuan bermula jam 1 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya hasil maklumat awam serta risikan. 

Salah seorang pemilik MyKad palsu menggunakan nama Temano, 41, berkata dia mendapatkan MyKad daripada seorang lelaki di Kota Kinabalu, Sabah, dengan harga RM300. 

“Saya tidak kenal dia (sindiket), kami hanya berjumpa untuk dapatkan MyKad,” katanya yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa premis perniagaan dan kilang sekitar Kuala Lumpur.



Credit: B Harian

No comments:

Post a Comment