Wednesday, 27 November 2013

Anak perisai api neraka

DARIPADA Aisyah r.ha katanya: "Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya€. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (dari rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda: Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik, adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim)


Huraian


Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.

Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.

Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.

Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah SWT dan rasul-Nya.

Karamah pendamping al-Quran

PEMBACA al-Quran atau dalam bahasa dikenali sebagai qurra mempunyai banyak kelebihan. Selain pahala yang berlipat ganda, mereka juga mendapat ketenangan jiwa dan rasa damai. Berapa ramai orang yang menghadapi masalah yang berkaitan keluarga, kewangan dan lain-lain dapat mengatasinya dengan membaca al-Quran.

Jika melihat lembaran sejarah, guru al-Quran yang berkhidmat mengajar dan hidup bersama al-Quran telah diberikan anugerah yang tidak terlintas pada akal manusia biasa. Istilah yang sesuai digunakan untuk perkara seperti itu ialah karamah.

Karamah daripada sudut bahasa adalah kemuliaan. Istilahnya ialah sesuatu perkara luar biasa yang berlaku daripada keikhlasan seorang hamba yang telah jelas kebaikannya kerana ketekunan di dalam mengikuti syariat nabi dan mempunyai akidah yang benar.

Apa yang ingin dibawakan dalam perbincangan ini ialah anugerah dan kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang selalu berdampingan dengan al-Quran. Cerita yang pelik ajaib berkaitan qurra sebenarnya banyak dicatat oleh Imam Ibnu al-Jazari melalui beberapa penulisannya antaranya Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra.



Berbau wangi


Sebagai permulaan, saya membawa satu kisah berkaitan seorang guru Quran terkenal di Madinah al-Munawarrah iaitu Imam Nafei’ al-Madani. Selain mengajar al-Quran beliau juga adalah imam di Masjid Nabi selama 70 tahun. Sumbanganya cukup besar dan salah seorang muridnya ialah 

Imam Malik Ibnu Anas pengasas mazhab Maliki.
Karamah atau kemuliaan yang Allah SWT berikan kepadanya ialah mulutnya sentiasa berbau wangi sehingga mereka yang berada di sekelilingnya merasakan Imam Nafei’ memakai wangian sebelum sesi pengajaran. Lantas beberapa muridnya bertanya soalan dan beliau menjawab: “Aku tidak pernah menyentuh wangian tetapi aku melihat Rasulullah SAW dalam mimpiku membaca al-Quran dan menghembus ke arah mulutku. Semenjak itu mulutku berbau wangi.”



Buta tapi terang hati


Perkara pelik sebegitu tidak boleh berlaku kepada kebanyakan orang walaupun mereka berusaha mendapatnya, tetapi ia anugerah Allah SWT.
Bagi Imam Syatibiy yang meninggal pada 590 Hijrah, walaupun beliau adalah seorang yang cacat penglihatan tetapi hatinya begitu terang dan bersih. Hatinya mampu melihat apa yang tidak nampak oleh mata.

Setiap hari Imam Syatibiy mengajar al-Quran. Ramai yang datang untuk bertalaqqi dan musyafahah dengan beliau. Memandang kepada ramainya yang datang, Imam Syatibiy menggunakan kaedah sesiapa yang datang awal, dialah orang yang pertama membaca. Setiap kali sesi pengajarannya, beliau akan menyebut perkara itu.

Terjadi kisah seorang pelajar yang ingin menjadi orang pertama membaca di hadapan Imam Syatibiy. Tetapi beliau telah berhadas di waktu malamnya. Dek ingin membaca tempat yang pertama, pelajar tersebut terlupa untuk mengangkat hadasnya. Ketika Imam Syatibiy mengambil tempatnya untuk memulakan sesi pengajaran Imam Syatibiy mengubah skrip yang selalu diucap sebelum pengajaran dengan berkata siapa yang datang kedua membaca dahulu.

Si lelaki yang datang pertama merasa pelik dengan arahan Imam Syatibiy dan melakukan muhasabah apakah dosa yang telah dilakukan sehingga gurunya tidak menyuruhnya membaca dahulu. Lantas beliau teringat peristiwa semalam dan bergegas pergi mengangkat hadas.

Selepas siap semuanya, Imam Syatibiy pun berkata siapa yang datang pertama membaca dahulu. Lihat bagaimana karamah atau kemuliaan yang Allah berikan kepada Imam Syatibiy yang boleh merasakan di hadapannya orang berhadas yang tidak boleh membaca al-Quran.



Kehebatan tersendiri


Cerita karamah sebegini adalah untuk memberi maklum kepada kita bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT yang mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Mereka yang memahaminya dan berkhidmat untuknya diberikan kelebihan. Namun begitu mereka yang tidak diberi karamah 
walaupun banyak membaca al-Quran sebenarnya tersilap tafsir.

Hakikatnyanya membaca al-Quran itu adalah satu ibadat yang besar nilainya dan perlu selalu berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberikan masa yang cukup untuk membaca al-Quran pada siang dan malam hari. 
Sebagaiman doa yang selalu dinasyidkan: “Ya Allah kurniakanlah kepada kami untuk membaca al-Quran sepanjang malam dan siang, Amin ya rab al-Alamin.”


Credit: DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Sunday, 17 November 2013

Berdoa agar kedukaan diganti gembira

Ummu Salamah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba Allah yang ditimpa bencana, kemudian beliau berdoa: Kita semua milik Allah dan kita pasti kembali semula kepada-Nya. Ya Allah, berilah pahala kepada saya dengan sebab bencana ini. Gantikan kepada saya dengan perkara yang lebih baik. Allah pasti memberi pahala dan ganti kepadanya dengan perkara lebih baik. 

Ummu Salamah berkata lagi: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, saya membaca doa yang diajar oleh Rasulullah. Kemudian Allah memberi kepada saya pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah iaitu Rasulullah.” (Riwayat Muslim) 


Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: Apabila Aku mengambil nyawa seorang yang dikasihi oleh hamba-Ku yang beriman, kemudian beliau bersabar dan rela, sudah pasti balasan untuknya adalah syurga.” (Riwayat Bukhari) 


Usah layan perasan duka 

Pastinya reaksi awal sesetengah kita apabila ditimpa bencana atau kekecewaan ialah melayan perasaan yang berduka. Jarang sekali kita teringat untuk menerima keadaan itu dengan hati yang reda apa lagi berdoa mengharapkan diganti dengan perkara baik. 

Dalam keadaan tertekan, kita sering memikirkan apakah yang perlu dilakukan dan kebingungan menyebabkan kita lupa. Semoga janji Allah SWT untuk menggantikan perkara lebih baik menjadi pendorong untuk umat Islam menerima ujian dengan penuh kesabaran serta perasaan reda. 

Ia sewajarnya menjadi reaksi umat Islam, sabar berdepan saat sukar dan pada masa sama tidak jemu berdoa semoga kesukaran digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dengan izin Allah, kita pasti menerima khabar gembira. 
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah dan bagaimana kita menerima peristiwa itu menentukan keadaan yang menyusul. Disebabkan itu umat Islam perlu bersangka baik terhadap ketetapan Allah SWT untuk mereka.

Wednesday, 13 November 2013

Solat istikharah pedoman buat keputusan betul

Jabir berkata, “Rasulullah mengajar kami cara sembahyang istikharah dalam semua perkara, seperti mana Baginda mengajarkan surah daripada al-Quran. Baginda berkata: Jika seseorang daripada saudara hendak membuat keputusan dalam satu perkara, hendaklah beliau sembahyang sunat dua rakaat. Selepas selesai bersembahyang, bacalah doa: Ya Allah, saya mohon pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, dan saya mohon ditakdirkan yang terbaik antara beberapa perkara ini dengan kekuasaan-Mu. Saya juga memohon keutamaan-Mu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Berkuasa, sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Juga Engkau adalah Maha Mengetahui, sedangkan saya tidak mengetahui apa-apa. Dan Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib. Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui perkara ini baik untuk agamaku, kehidupanku dan urusanku di akhirat nanti, takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah aku mendapatkannya. Seterusnya, berilah keberkatan padaku dalam urusanku itu. Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan urusanku di akhirat nanti, jauhkanlah perkara itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana saja adanya kebaikan itu. Seterusnya, berilah keredaan padaku dengan melakukan perkara yang baik tadi.” Kemudian sebutkanlah hajatnya.” (Riwayat Bukhari) 

Apabila berdepan keadaan di mana kita perlu memilih antara dua, tetapi tidak yakin dengan keputusan bakal diambil, adalah dinasihatkan meminta pertolongan Allah SWT dengan melakukan solat sunat istikharah.
Cara itu lebih baik kerana hanya kepada Allah SWT kita bergantung harap semoga diberi petunjuk dan hidayah-Nya. Tambahan pula jika pilihan yang diberi kedua-duanya kita lihat pada mata kasar adalah baik untuk diri kita. 


Sebenarnya, kita juga digalakkan bermesyuarat terutama apabila perlu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada diri atau insan di sekeliling kita. Jangan terburu-buru kerana dikhuatiri apa yang kita putuskan bukan tindakan yang terbaik. 

Perbincangan membolehkan kita berkongsi pandangan serta bertukar fikiran. Sesi perbincangan secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan serta kakitangan dalam organisasi. 

Namun, perlu diingat, biarlah perbincangan atau musyawarah dilakukan dalam suasana harmoni serta saling menghormati. Andai gagal mendapat kata putus, cuba minta pandangan pihak ketiga. Bagi organisasi, suara majoriti boleh dikira sebagai persetujuan terhadap keputusan diambil.

‘Bayar RM300 dapat MyKad’

‘Bayar RM300 dapat MyKad’Sebahagian warga asing yang ditahan ketika serbuan oleh JPN dan Imigresen di sebuah pangsapuri di SS8 Kelana Jaya, semalam.
Kuala Lumpur: Hanya dengan bayaran serendah RM300, warga Filipina boleh memiliki MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian negara ini dengan upah mencecah RM1,300 sebulan. 

Ia dijanjikan sindiket dokumen pengenalan diri palsu yang dipercayai aktif di Sabah, dengan menyasarkan warga Filipina yang mahu bekerja di negara ini. 


Sejurus mendapat MyKad, ahli sindiket di Semenanjung akan membantu ‘pelanggan’ mereka mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan menggunakan identiti itu. 

Modus operandi terbongkar hasil penahanan 22 pengawal keselamatan warga Filipina kerana memiliki MyKad palsu dalam serbuan di sebuah pangsapuri di SS8 Kelana Jaya, di sini, awal pagi semalam. 

Serbuan bermula jam 1 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya hasil maklumat awam serta risikan. 

Salah seorang pemilik MyKad palsu menggunakan nama Temano, 41, berkata dia mendapatkan MyKad daripada seorang lelaki di Kota Kinabalu, Sabah, dengan harga RM300. 

“Saya tidak kenal dia (sindiket), kami hanya berjumpa untuk dapatkan MyKad,” katanya yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa premis perniagaan dan kilang sekitar Kuala Lumpur.



Credit: B Harian

SPPBS ditangguh mulai 30 November

SPPBS

KUALA LUMPUR - Capaian kepada Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari 2014.
   
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia bagi menambah baik capaian kepada sistem itu dan memberi laluan kepada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mengemaskinikan data murid.
   
Kenyataan itu berkata Kementerian Pendidikan amat memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru sewaktu mengisi prestasi murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 (Akademik), Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan bukan Akademik) bagi tahun ini.
   
"Bagi memberi peluang kepada guru untuk memasukkan prestasi ke dalam sistem, kementerian melanjutkan proses pengisian prestasi 2013 kepada guru-guru yang terlibat sehingga 31 January 2014.
   
"Bagaimanapun, bagi memastikan sistem itu lebih efisien, pihak kementerian juga ingin memaklumkan bahawa capaian kepada SPPBS ditangguhkan daripada 30 November sehingga 31 Disember 2013," kata kenyataan itu. - Bernama

42,646 calon UPSR dapat semua A

PUTRAJAYA 14 Nov. - Seramai 42,646 orang atau 9.15 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 berjaya memperolehi A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Keadaan itu menunjukkan peningkatan berbanding 8.94 peratus calon yang mendapat semua A dalam UPSR tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, 56.28 peratus calon mendapat minimum gred C dalam UPSR 2013.

"Calon di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat gred D atau E ialah 3.36 peratus, menurun 0.06 peratus berbanding 2012," katanya di sini hari ini.

Semua calon boleh mendapat keputusan UPSR mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing.

Tuesday, 12 November 2013

Batman bin Suparman ditangkap

Batman bin Supraman
KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.

SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.
Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.
Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).
Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.
Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.
Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.
Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.
Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.
Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.
Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."

Mencintai kerana tuhan angkat kedudukan di syurga

Mencintai seseorang atau sesuatu kerana Allah SWT antara amalan paling afdal serta mudah untuk mengangkat darjat hamba yang mukmin dalam syurga. Cinta adalah tugas hati dan amalan ini menuntut kita mencintai kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW telah menyampaikan berita gembira buat seluruh umat Islam bahawa sesiapa yang mencintai seseorang kerana Allah SWT, ia akan dihimpunkan bersama orang yang dicintainya dan diangkat darjat sama seperti orang dicintainya pada hari kiamat. 


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa mencintai seorang lelaki kerana Allah, kemudian kedua-duanya masuk syurga, maka jika orang yang dicintai itu lebih tinggi kedudukannya daripada yang seorang lagi, maka ia akan disamakan darjatnya dengan sahabat yang mencintainya kerana Allah.” (Riwayat al-Tabarani dan al-Bazzar) 


Antara keistimewaan sifat berkasih sayang kerana Allah SWT ia amalan paling kuat dalam mengangkat kedudukan di syurga nanti dan istana orang yang saling mencintai adalah satu tahap dan penduduk syurga lain sentiasa memerhati istana itu dari jauh.

Justeru, dalam menyayangi seseorang itu kita perlu berhati-hati kerana dikhuatiri kita akan dihimpunkan bersama mereka kelak. Tambahan, sekarang ini banyak kita lihat seseorang itu menyayangi seorang yang lain dan dijadikan idola mereka.

Perasaan cinta itu mendorong mereka mengikuti setiap perkembangan, malah ada yang hidupnya dipengaruhi orang yang dicintai dari segi percakapan, tingkah laku serta cara berpakaian. Ada juga yang lebih mencintai idola mereka berbanding ahli keluarga sendiri.

Mereka tidak sedar sesiapa yang mencintai satu kaum, mereka akan dihimpunkan bersamanya kelak. Jika dinilai diri, siapakah agaknya orang yang akan berhimpun dengan kita nanti. 

Oleh itu, pilihlah siapa yang kita ingin bersama di akhirat nanti. Apakah kita tidak teringin untuk bersama kalangan orang soleh yang dijanjikan syurga di akhirat nanti? Penuhi hajat itu dengan mencintai golongan mukmin kerana Allah SWT.

Sunday, 10 November 2013

Bekas amah ditahan bantu siasatan kes culik Freddie

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang wanita yang pernah menjadi pembantu rumah kepada ibu kanak-kanak warga Britain yang diculik selama 19 jam kelmarin, ditahan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Desa di sini hari ini.

Wanita warga Filipina berusia 39 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun, dipercayai teman lelakinya bagi membantu siasatan berhubung penculikan Freddie Joseph yang berusia setahun lapan bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita itu dan teman lelakinya ditahan pada pukul 11 pagi kerana dipercayai terlibat dalam insiden penculikan itu.

Foto

Katanya, terdapat sebab munasabah yang mengaitkan wanita itu dalam kes tersebut sama ada secara langsung atau tidak.

"Wanita ini bekerja di negara ini sejak 2004 dan berkhidmat dengan mangsa selama setahun sebelum ditamatkan perkhidmatan sejak enam bulan lalu.

"Setakat ini kita percaya wanita Filipina ini terlibat walau bagaimanapun sejauh mana penglibatannya kita masih belum pastikan kerana dia baru sahaja ditahan.

"Lelaki yang ditahan bersamanya itu pula adalah teman lelaki suspek dan setakat ini wajahnya tidak sepadan dengan lakaran gambar seorang lagi suspek yang dikeluarkan polis semalam," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Pantai hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP mati ditembak



KUANTAN: Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek maut terkena dua das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan ruamahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 1.55 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa yang berusia 49 tahun sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya.
"Siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumahnya sebelum seorang lelaki yang memakai jubah berwarna hitam serta berkopiah putih berusia dalam lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.

"Sebaik mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berusia 30-an yang berada di bahagian tempat duduk belakang keluar lalu melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Menurutnya, dua das tembakan yang dilepaskan mengenai bahagian dada kanan mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Zakaria berkata pihaknya percaya kejadian itu mempunyai motif kerana ia berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang dari satu minit.

"Suspek dipercayai berlegar-legar di kawasan perumahan mangsa beberapa kali sebelum bertindak berhenti di hadapan rumah mangsa.

"Bagaimanapun kita masih lagi menyiasat motif kejadian sama ada ia berkaitan dengan tugas mangsa sebagai ketua penguatkuasa," katanya.

Siasatan dilakukan di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Credit:  Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank diberkas

KUALA LUMPUR: Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 
"Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan," katanya. 



Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.
 Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang memakai T Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans biru dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret di sini pada jam 3.17 petang.

Dia dikawal ketat oleh lebih sepuluh anggota polis bersenjata dibawa ke Mahkamah Majistret dengan tangan digari ke belakang.

Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgi lima kereta polis yang lain.

Dalam kejadian 23 Okt lalu, Norazita meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak oleh suspek di Subang Jaya.

Suspek juga melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Saturday, 9 November 2013

Pandu pulang karavan 21,000 kilometer

Photo
EKSPEDISI keluarga Jamalulail tiba di sempadan antara Wilayah Naryn, Kyrgyzstan dan Xinjiang, China baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga dari Malaysia yang sudah lama bermastautin di United Kingdom melakukan ekspedisi peribadi apabila bertolak dari negara itu untuk pulang ke tanah air dengan menaiki karavan jenis Mercedes Sprinter.
Photo: 4th November 2013
Day 115

Our unforgettable day throughout the whole journey. Freezing temperature in the morning. Possibly around -20. It's like we are in the Arctic. After the nerve racking and long day yesterday, we arrived in Kashgar, China around 8 pm. Cannot describe the feeling.....

Story later as we going out for dinner...

Thanks for all your prayer and doa...

Sofinee
Kashgar, China.
Day 116
Pengembaraan yang bermula pada 13 Julai lalu kini tiba di Xinjiang di barat laut China setelah mengharungi perjalanan selama 119 hari.
Photo
Jarak perjalanan mereka yang bermula dari bandar raya Sunderland, United Kingdom ke Malaysia bakal merentasi 26 buah negara seperti Turki, Bulgaria, Slovenia dan China mencecah sejauh 21,000 kilometer.
Photo
Perkembangan terkini tentang misi keluarga Jamalulail Ismail, 44, bersama isteri, Sofinee Harun, 38, dan empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, menerusi jalan darat yang sukar itu boleh diikuti dengan melayari laman sosial Facebook menerusi akaun ByRoadtoMalaysia yang sentiasa dikemas kini oleh keluarga Sofinee.

Photo: The road wasn't bad on first part of the journey. This is road from Kochkol to Naryn. Naryn is the last town before China border which is still 100 km away.

Jenazah masih wangi, elok

Jenazah masih wangi, elokJenazah Maheran dikafankan semula sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat.
Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna

Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.


Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. 

Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

Pemindahan kubur

“Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

“Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 


Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

“Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

“Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.

Kucing ditusuk dengan anak panah

NORWICH, Amerika Syarikat - Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini.
Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu.
Norwich_Mayor_rescues_cat_shot_by_arrow_1726450000_20131106233141
Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari.
Norwich_Mayor_rescues_cat_shot_by_arrow_1726450004_20131106233201
Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.
Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Norwich_Mayor_rescues_cat_shot_by_arrow_1726450006_20131106233211
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari.
Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.
Norwich_Mayor_rescues_cat_shot_by_arrow_1726450001_20131106233146
Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah. - Agensi

Norwich_Mayor_rescues_cat_shot_by_arrow_1726450003_20131106233157

Friday, 8 November 2013

Mayat 8-11 tahun ditemui dalam keadaan sempurna

SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu.
Mayat dewasa itu dikebumikan antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.
Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih.

Kubur berkenan antara 350 kubur yang akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Seramai 15 penggali kubur terbabit dalam penggalian berkenaan.

Agensi yang terbabit dalam kerja itu termasuk Jabatan Kesihatan Segamat, Jabatan Kerja Raya Segamat serta Pejabat Daerah Segamat.

Kesemua kerja penggalian dijalankan secara insani tanpa penggunaan jentera berat bagi memastikan mayat tidak terjejas.

Credit:  Hafidzul Hilmi Mohd Nor dan Ahmad Ismail/HMetro

Saintis sahkan Arafat diracun

BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.


LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.
"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu
"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.
Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.
Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.
Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.
Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.
Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.
Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.
Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.
Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.
Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.
Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.
Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.
"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.
"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.
"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan. - Agensi

Thursday, 7 November 2013

Keputusan UPSR Khamis 14 Nov 2013.

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada hari Khamis 14 November ini.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataannya berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR melalui mySMS pada talian 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 14 November (Khamis) dan ditamatkan pada 11.59 malam pada 20 November," kata kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon menduduki UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Wednesday, 6 November 2013

Polis Edar Gambar Wanita Dipercayai Terbabit Kes Samun Kedai Emas



    Gambar Norena Lamuddin, 27, dari Filipina, dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.
    KUALA LUMPUR: Polis, pada Rabu mengedarkan nama dan gambar seorang wanita dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.
    Wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin, 27, berasal dari Lambitan, Filipina itu disyaki menyimpan sebahagian besar barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 yang disamun itu.
    "Kami percaya wanita itu merupakan teman wanita kepada suspek utama dan menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
    Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat wanita terbabit untuk tampil memberikan kerjasama di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
    Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Rabu, beliau berkata polis hanya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun lelaki terbabit.
    Ahad lepas, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.
    Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.
    Ku berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan pada 3 Nov lepas memiliki kad pengenalan milik orang lain yang dipalsukan.
    "Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia di syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan dia disiasat di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membenarkan individu lain memegang senjata api miliknya.
    "Senjata api itu merupakan milik penyelia syarikat keselamatan berkenaan," katanya sambil memberitahu syarikat keselamatan itu memiliki lesen yang sah. - BERNAMA

    Cuai perintah Tuhan punca umat Islam lemah

    Al-Syeikh al Khidri berkata, “Dengan hijrah ini telah sempurnalah bagi Rasul kita SAW mengikut sunnah saudaranya di kalangan nabi. Ini kerana sunnah mereka adalah berhijrah dari tempat kelahiran mereka seperti berlaku dari Nabi Ibrahim hingga kepada Nabi Isa.” 

    Dr Muhammad Abu Faris berkata, “Sesungguhnya hijrah sepenting-penting peristiwa dalam tarikh dakwah Islamiyah. Ini kerana dengannya terbentuk kuasa politik bagi umat Islam dalam menyebarkan agamanya serta mempertahankan kemuliaannya.” 
    Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam bukunya Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mengajak pembaca mengingati semula ucapan Rasulullah SAW ketika sampai di Kota Madinah dan diperhatikan oleh penduduk Madinah termasuk orang Yahudi serta pendita mereka Abdullah bin Salam. 


    Baginda berkhutbah: “Hai manusia, sebarkanlah salam, jamulah makanan, solatlah di kala manusia sedang tidur pada waktu malam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejatera.” (Riwayat al-Tirmizi) 

    Jika perintah Baginda yang ringkas ini dapat diaplikasi dalam masyarakat dan negara sudah pasti menatijahkan keamanan, kebahagiaan dan keharmonian yang membawa kasih sayang antara sesama masyarakat. 


    Kelebihan hijrah 
    Dr Zulkifli berkata, hijrah mempunyai pelbagai kelebihan termasuk isu pengorbanan yang menjadi pokok dalam hijrah Rasulullah SAW serta sahabat baginda. Allah SWT mensyariatkan prinsip berkorban harta dan tanah air demi mempertahankan akidah jika diperlukan. 

    Sebaliknya, kecuaian dalam menjalankan perintah Allah SWT adalah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya hingga mereka seperti boleh dikoyak-koyakkan oleh musuh Islam di mana juga mereka berada. 

    Masyarakat Madani yang dibina Rasulullah SAW berasaskan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia apabila terpateri kukuh akan menghasilkan suasana keharmonian serta kebahagiaan dalam masyarakat.

    Kereta terbang dibina di Slovakia

    AEROMOBIL 2.5 mampu memuatkan hanya dua orang penumpang dalam satu masa.



    BRATISLAVA - Sebuah kereta luar biasa yang mampu terbang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
    Lapor akhbar itu lagi, kereta tersebut dapat mencegah pemandu daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan meluncur ke udara.
     
    Dibina menggunakan rangka keluli ringan dengan lapisan karbon, kereta sepanjang 6 meter itu mempunyai dua sayap sepanjang 8.2 meter apabila ia berubah menjadi pesawat.
    Kenderaan tersebut boleh memuatkan dua orang penumpang.
     
    Ia yang dinamakan AeroMobil 2.5 mampu mencapai kelajuan maksimum 159 kilometer/sejam (km/j) di atas jalan.
    Namun, kenderaan tersebut boleh mencecah kelajuan 200 km/j ketika terbang di udara dan mampu terbang sejauh hampir 500 kilometer.
     
    Kenderaan hibrid itu merupakan ilham dua pereka tempatan iaitu Stefan Klein dan Jurak Vaculik yang beribu pejabat di Bratislava.
    AeroMobil 2.5 telah diperkenalkan kepada umum di sebuah pameran udara yang diadakan di Montreal, Kanada.
     
    Kenderaan seberat 450 kilogram itu dilengkapi enjin Rotax 912 ULS yang menggunakan petrol yang dijual di stesen-stesen minyak.
     
    Menurut perekanya, kereta itu boleh dipandu di atas jalan raya dan muat untuk diletakkan di petak parkir apabila kedua-dua sayapnya dilipat. - Agensi