26 pelajar ponteng kantoi
Tarikh : November 10, 2011
RAWANG - Hasrat 26 pelajar termasuk tujuh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghabiskan masa pada sesi persekolahan di Hutan Rimba Kanching, di sini, semalam terkubur apabila ditahan dalam satu operasi ponteng.
Semua remaja yang rata-rata pelajar tingkatan tiga hingga lima itu memakai pakaian seragam sekolah, lebih mengejutkan ada antara mereka meneguk minuman keras.
Pegawai Unit Smart Tindakan Khas, C Paramsivam berkata, hasil siasatan awal mendapati, semua pelajar berkenaan tinggal di sekitar Rawang, Gombak, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Menurutnya, mereka memberi alasan sudah tamat pembelajaran dan kunjungan ke pusat peranginan itu dengan kebenaran ibu bapa.
“Ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dengan mengawasi anak, pastikan mereka ke sekolah seperti biasa memandangkan sesi persekolahan masih berjalan,” katanya ketika ditemui, di sini.
Turut sama dalam operasi itu, Pegawai Pencegahan Dadah dan Disiplin Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Mohd Ikhwan Zainal.
Mohd Ikhwan berkata, mengikut rekod PPD, tahun ini mencatatkan peningkatan jumlah pelajar ponteng dengan lebih 9,000 pelajar.
Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 5,500 kes dilaporkan pada Jun hingga November dan 3,800 pula pada Januari hingga Mei 2011.
“Maklumat melalui Sistem Salah Laku Disiplin Murid itu jelas menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan 8,000 kes sahaja,” katanya.
Beliau berkata, untuk tangkapan semalam, tiada tindakan dikenakan ke atas pelajar yang terlibat kerana merupakan kesalahan pertama.
Bagaimanapun jelasnya, setiap butiran dan maklumat lengkap pelajar diambil untuk direkodkan dan sekiranya didapati melakukan kesalahan sama pada masa akan datang, tindakan disiplin akan dikenakan.
“Jika sabit kesalahan, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan digantung daripada sesi persekolahan,” katanya.
Mohd Ikhwan berkata, operasi seumpama itu akan dipergiatkan untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan aktiviti kurang sihat dan mengikut peraturan yang ditetapkan kementerian.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment