Tuesday 22 November 2011

Bantuan RM100 diperluas kepada pelajar sekolah swasta


23/11/2011 11:18am


BATU PAHAT 23 Nov. — Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.
"Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit, di sini, malam tadi.


Sehubungan itu, Mohd. Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta dapat mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan. —  Credit to: Bernama

No comments:

Post a Comment