MALANG...polis membawa mayat Akosetiawan untuk dibedah siasat.
HULU BERNAM: Seorang buruh ladang mati dipercayai dipijak sekumpulan lembu selepas melanggar seekor daripada haiwan berkenaan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Malim- Bestari Jaya berdekatan Kampung Gedangsa di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 8 malam apabila mangsa, Akosetiawan Ibon, 27, seorang warga Indonesia menunggang motosikal bersendirian dari pekan Gedangsa ke rumahnya di Kampung Soeharto, dekat sini. Rakan mangsa, Mohd Irwan Kamaruzaman, 22, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu. “Kami baru bertemu dan minum lewat petang semalam (kelmarin) di restoran kolam pancing Gedangsa. Tidak sangka pula ajal menjemputnya dengan keadaan menyedihkan dan tragik,” katanya.
Credit to: HMetro
No comments:
Post a Comment