Friday 18 November 2011

Litvinenko – Ejen perisikan Rusia mati dalam Islam

IMAGE: Alexander Litvinenko
Alexander Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladimir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut. Pada November 1998, Litvinenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvinenko kemudiannya ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada tahun 1999. Percubaan untuk menyeret Litvinenko ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. 

Litvinenko melarikan diri ke United Kingdom sebelum percubaan ketiga dilakukan. Semasa di London, beliau menulis dua buah buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Rusia dan beliau juga menuduh Vladimir Putin mengarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Rusia. 

Pada masa yang sama, beliau berasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu Kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvinenko menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sebelum November 2006. Bagaimanapun, Litvinenko mati selepas 10 hari memeluk Islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radioaktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.
Credit to:Mohd Isa blog

Related: Last Days of a Secret Agent , Alexander Litvinenko

No comments:

Post a Comment