Wednesday 30 November 2011

Ditarik masuk lombong


IPOH: “Saya berasa badan arwah seperti ‘ditarik’ sesuatu dari bawah ketika saya pegang tangan untuk menariknya keluar dari dalam air,” kata Mohammad Azizi Mohd Anuar, 20. Azizi rakan kepada Muhd Shahrin Mohd Hashim, 17, yang tidak sempat menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjalan kini selepas ditemui lemas jam 2 pagi semalam apabila sampan kecil dinaikinya tenggelam akibat bocor. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa mandi bersama Mohammad Azizi dan dua lagi rakan mereka di sebuah lombong betul-betul di hadapan rumah mangsa di Jalan Kedidi, ampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi, dekat sini.

Mayat mangsa tersangkut di pukat ikan digunakan penduduk kampung yang meneruskan usaha mencari menggunakan dua bot selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan sepasukan anggota bomba dihentikan jam 10 malam kelmarin.

Mohammad Azizi berkata, insiden ‘tarik-menarik’ itu menyebabkan dia menggigil ketakutan setiap kali teringatkannya.
Credit to: HMetro

No comments:

Post a Comment