Monday 21 November 2011

Dua Terbunuh dan 9 Penyokong Indonesia Pengsan ketika berebut-rebut masuk Stadium


TUESDAY, NOVEMBER 22, 2011




KUALA LUMPUR, KOMPAS.com melaporkan  Dua orang meninggal dunia kerana berasak-asak untuk masuk ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Kedua-dua mangsa adalah lelaki telah dibawa ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo.

Salah seorang yang meninggal dunia bernama Reno Alvino (21), warga Cililitan, Jakarta Timur. RenoAlvino adalah kumpulan band DOT.  Di band tersebut, Reno sebagai pemain drum. Sementara satu kematian belum diketahui identitinya. Kedua-duanya meninggal dunia ketika saat berlakunya kekecohan di sektor 7 pintu masuk Stadium Glora Bung Karno sebelum perlawanan bolasepak.

"Kita datang rombongan. Semua pegang tiket. Yang enggak punya maksa masuk jadi dorong-dorongan, jatuh, misah. Dan dengar-dengar, saya cari enggak ada.Tahu-tahu ada dua korban pas desak-desakan. Saya cek ternyata Reno. Dia udah enggak ada, "kata saudara sepupu Reno, Helmi (25), kepada Kompas.com.

Selain pegawai Dinkes Selangor, pegawai polis juga didatangkan khas dari Pusdokkes Polda Metro Jaya. Selain kematian, bersesak-sesak di luar stadium untuk memaksa masuk juga menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan penyokong Indonesia pengsan.

Dalam liga final bola sepak SEA Games Indonesia dan Malaysia, kedua-dua pasukan dipaksa bermain maksimum sehingga harus berhadapan tendangan penalti. Kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga penambahan masa dan Indonesia kalah dalam tendangan penalti 4-3. Garuda Muda Indonesia akhirnya harus mengakui keunggulan Harimau Muda Malaysia dengan  5-4.

No comments:

Post a Comment