Tarikh : November 18, 2011
SUNGAI DUNGUN – Penduduk, di sini, gempar apabila seorang petani, Musa Ramli, 49, cedera parah setelah diserang babi tunggal dari arah belakang ketika sedang bertani di Parit Sungai Dungun, Bagan Serai kira-kira jam 10 pagi, semalam.
Anaknya, Mohd Hairyee Musa, 26, berkata, ketika kejadian dia dan adiknya, Mohd Khamis, 24, sedang menyulam padi di petak berasingan sebelum terdengar jeritan ayahnya yang berada di petak sawah bersebelahan.
Menurutnya, dia dan adiknya bergegas mendapatkan ayah mereka yang meraung kesakitan akibat diserang seekor babi tunggal secara tiba-tiba.
“Saya berada berhampiran dengan motosikal di atas ban dan segera menghidupkan enjin motosikal meluru ke arah ayah yang sedang kesakitan.
“Saya melalui jalan ban kecil di tengah sawah dan melepaskan motosikal sebelum terjun menerkam babi tunggal yang sedang bergelut dengan ayah di tengah petak sawah,” katanya.
Mohd Hairyee berkata, babi itu kemudiannya lari dan menyondol motosikal miliknya sehingga merosakkan bahagian hadapan.
“Akibat pergelutan ini, paha kanan ayah terkoyak, manakala tapak tangan ayah tertusuk taring babi ini.
“Tangan saya juga terkena tusukan taring babi tunggal ini dan menerima empat jahitan,” katanya.
Menurutnya, adiknya cuba membantu namun, turut terkena tusukkan babi tunggal itu dan diberi tiga jahitan di bahagian tangan.
“Hampir 30 minit kami bergelut dengan binatang buas ini sebelum dibantu dua lagi rakan yang turut berada di sawah pada waktu sama.
“Tidak menunggu lama, kami tekad menyerbu babi tunggal yang sedang mengamuk itu dan memegang keempat-empat kakinya sehingga menyebabkan babi itu rebah sebelum mengambil keputusan nekad menyembelih tengkuknya supaya dia tidak lagi mencederakan lebih ramai penduduk,” katanya.
Sementara itu, dia berkata, penduduk mendakwa babi tunggal itu dipercayai berang setelah empat ahli keluarganya dibunuh oleh sekumpulan pemburu warga asing di sini, petang kelmarin.
“Bagaimanapun babi ini juga tercedera kerana terdapat kesan tembakan di bahagian paha kiri, namun dia masih hidup dan menyembunyikan diri sebelum pagi ini menyerang ayah saya.
“Hari ini babi ini seolah-olah ingin menuntut bela di atas kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh pemburu,” katanya.
Katanya, dia akan membuat laporan polis berhubung kes itu disebabkan binatang buas berkenaan menyerang bapanya yang kini terlantar di Unit Kecemasan, Hospital Taiping.
Manakala, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang menerima panggilan daripada penduduk berkata, pihaknya akan melawat keluarga berkenaan selain menyalurkan sedikit sumbangan untuk ubat-ubatan kepada mangsa yang terlibat.
Beliau berharap Jabatan Perhilitan segera membuat pantauan selain memburu saki-baki binatang buas yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan kampung.
“Kita percaya masih ada saki baki binatang buas ini yang akan berkeliaran dan tidak menolak kemungkinan perkara serupa akan berulang jika tiada tindakan dilakukan.
“Saya mengucapkan takziah kepada penduduk di atas kemalangan yang tidak diduga itu serta berharap penduduk lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
Adun Semanggol, Ramli Tusin berkata, dia menerima panggilan penduduk dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan di situ.
“Saya mendapati mangsa telah dikejarkan ke hospital manakala yang ada cuma bangkai babi tunggal yang dibunuh oleh penduduk dalam pergelutan pagi tadi (semalam).
“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dan turut menggesa jabatan yang terlibat supaya bertindak segera sebelum sesuatu yang lebih buruk dan tidak dijangka menimpa penduduk,” katanya.

Credit to:: EL-LEIDA BT JAAFAR/SHarian
No comments:
Post a Comment