Friday 18 November 2011

Piranha gigit 15 perenang



2011/11/18

Spesies maging mengganas di Brazil
peces gigantes Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa
SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang. Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.
“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.  Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. 

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert. Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. 
Credit to BH– AP/Agensi 

No comments:

Post a Comment