MALAPETAKA seperti jerebu, banjir besar, ribut taufan, tanah runtuh, kemarau dan kemalangan jiwa di udara yang meragut nyawa orang tersayang adalah ujian dan cubaan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Semua ujian dan cubaan ini didatangkan dalam bentuk malapetaka yang melibatkan alam ciptaan Allah SWT dan juga ciptaan manusia dan di luar kekuasaan dan kemampuan manusia.
Oleh itu, sebagai manusia yang beriman, kita digalakkan untuk lebih bersabar dan berkeyakinan teguh bahawa musibah itu datangnya daripada Allah SWT. Selain, reda dengan qada dan qadar Allah SWT serta tidak mudah berputus asa dan tidak putus-putus berdoa dan bertawakal.
Malah pada masa sama perlu terus berusaha memperbaiki kehidupan dengan lebih baik adalah jalan terbaik yang perlu dilakukan.
Hakikatnya, ujian dan cubaan ini didatangkan bagi menyedarkan manusia bahawa alam adalah tempat kediaman, manakala akhirat lah yang kekal abadi. Apa pun ujian dan cubaan serta musibah yang menimpa manusia mestilah reda menerimanya, waima berat menanggung. Ini kerana semua itu dapat diubati dengan kepercayaan jitu bahawa ada kebaikan di sebalik setiap dugaan itu.
Justeru, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (al-Kahfi:7)
Jelaslah bahawa manusia diuji dalam pelbagai bentuk ujian dan cubaan juga musibah. Semua itu adalah ujian Allah SWT untuk melihat manusia mana yang paling baik perbuatannya, iaitu keimanannya. Lantaran itu, kalangan mereka yang diuji dan diduga mestilah sabar, reda dan pasrah menerimanya setelah berusaha mengatasinya.
Manusia yang telah dianugerahkan dengan akal fikiran, ilmu pengetahuan dan kemahiran sepatutnya mampu memikir dan melakukan langkah-langkah penjagaan yang perlu bagi mengelakkan apa juga malapetaka dan musibah. Di samping itu, manusia juga diminta sentiasa menguatkan akidah.
Antaranya, melibatkan konsep akidah iaitu kepercayaan yang kukuh dalam hati tentang kekuasaan dan kewujudan Allah SWT. keyakinan yang teguh terhadap kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Yakin berlandaskan al-Quran dan hadis.
Di sebalik ujian dan cubaan Allah SWT terdapat hikmah jika bersabar. Nabi SAW bersabda: Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah SWT apabila menyenangi sesuatu kaum, Allah menguji mereka. Barang siapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barang siapa marah maka baginya murka Allah." (riwayat al Tirmizi)
Tersirat kebaikan
Yang pasti, di sebalik ujian ada tersirat kebaikan yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu, melalui doa dan kesabaran adalah penawar segala duka dan musibah yang menimpa.
Oleh itu, setiap ujian dan cubaan serta musibah yang didatangkan kepada manusia adalah bertujuan untuk menguji keimanan mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji (dicuba dengan sesuatu musibah). (riwayat Bukhari)
Sebagai manusia, kita tidak akan surut dengan pelbagai ujian malah ia datang dalam pelbagai bentuk ujian dan cubaan. Antaranya kematian orang yang tersayang, kemalangan yang melibatkan nyawa yang banyak, kehilangan harta benda, menerusi mala petaka seperti kebakaran, banjir dan kemalangan di laut dan di udara.
Berkaitan dengan ujian dan musibah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Allah menguji hamba-Nya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang keluar emas murni. Itulah yang dilindungi oleh Allah daripada keragu-raguan. Ada juga yang kurang daripada itu (mulutnya) dan itulah selalu ragu. Ada yang keluar seperti emas hitam dan itulah yang memang ditimpa fitnah (musibah)." (riwayat Ath Thabrani)

Credit: DR. AMINUDIN MANSOR
No comments:
Post a Comment