ABU Saleh al-Ghifari bercerita: Umar bin al-Khattab berkhidmat kepada seorang wanita warga emas yang telah buta. Beliau duduk jauh di luar Madinah. Umar selalu datang ke rumahnya untuk menyiapkan air dan segala sesuatu yang diperlukan.
Namun begitu, setiap kali dia tiba di rumah wanita itu, Umar melihat seolah-olah sudah ada orang lain yang lebih dahulu datang. Orang itu telah melakukan apa yang hendak dia lakukan.
Pada suatu hari, Umar datang lebih awal daripada biasa. Beliau mengintai siapakah orang yang selalu mendahuluinya itu.
Ternyata orang itu ialah Abu Bakar a.s. Padahal pada masa itu Abu Bakar telah bergelar khalifah, iaitu raja bagi seluruh kaum Muslimin.
Umar lalu menemui Abu Bakar dan berkata: Ternyata engkau lah orangnya!"
Kisah ini diceritakan oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya yang bertajuk Tarikh al-Khulafa.
Menilai manusia
Umat Islam ialah generasi yang suka mengenang budi dan membalas ihsan. Mereka melihat warga emas berbeza dengan pandangan sekular.
Masyarakat sekular menilai manusia mengikut aspek produktivitinya.
Justeru, warga emas kurang mendapat tempat ekoran tingkat produktiviti mereka yang rendah. Bahkan, sebahagian juga yang melihat mereka tidak lebih daripada satu bebanan bagi masyarakat.
Seseorang yang berwawasan Islam melihat warga emas dengan penuh hormat. Semakin lanjut usia seseorang itu, maka semakin tinggi nilainya di mata generasi muda Islam. Warga emas tidak dilihat sebagai satu bebanan, akan tetapi satu peluang untuk meraih syurga dengan mudah.
Terlebih lagi apabila warga emas tersebut ialah ahli keluarganya sendiri seperti ibu, ayah ataupun datuk dan nenek. Anak-anak Muslim selalu berlumba-lumba untuk mendapatkan redanya. Bagi seorang Muslim, sungguh merugi jika ia tidak dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah SAW bersabda: Sungguh merugikan, sungguh merugikan, sungguh merugikan. Iaitu seseorang yang mendapati kedua-dua ataupun salah seorang ibu bapanya telah berusia lanjut, namun ia tidak masuk syurga. (riwayat Muslim)
Kebajikan
Penjagaan warga emas merupakan perkara yang sangat digalakkan. Dan Islam sangat mengambil berat berkenaan dengan kebajikan mereka.
Menjaga warga emas bukan hanya tertumpu pada makan minum mereka sahaja. Lebih penting daripada itu ialah pengisian nasihat-nasihat agama untuk memastikan tauhid benar-benar meresap ke dalam hati mereka.
Sangat penting mereka dikenalkan dengan Allah dan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna. Fahamkan kepada mereka bahawa Allah sangat kasihkan hamba-Nya, selalu mendengar doa-doa dan munajat mereka dan menyediakan syurga bagi siapa yang mengharapkannya.
Semakin sering mereka memperbincangkan tentang Allah SWT dan akhirat, semakin besar peluang mereka mendapatkan husnul khatimah. Sebab siapa yang akhir kalimatnya sebelum wafat ialah syahadat tiada tuhan selain Allah, maka ia pasti masuk syurga.
Selain itu, seorang anak atau penjaga wajib mengetahui hukum-hakam yang berkenaan dengan penjagaan mereka. Itu kerana kondisi mereka menuntut perbezaan dalam hukum-hakam tertentu, sama ada yang berkaitan dengan hukum bersuci, solat, puasa dan lain sebagainya.
Justeru, setiap anak dan penjaga wajib mengetahui apa yang disebut: Fikah Warga Emas. Iaitu sebuah perbahasan khas yang membincangkan hukum-hakam yang berkaitan dengan orang lanjut usia.
Balasan di dunia
Beruntunglah seorang pemuda yang menjaga kebajikan orang tua. Selain mendapat balasan di akhirat, ia akan menerima balasan kebaikan itu di dunia.
Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah telah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika tua nanti." (riwayat al-Tirmizi) Wallahu alam

No comments:
Post a Comment