Saturday 15 February 2014

Siapalah kita dibumi Tuhan....

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitaan yang terkutuk. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Berfirman Allah Taala yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, Aku hairan dengan mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka yang yakin pada hari perhitung
an tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat, tetapi dia masih beristirehat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya, tetapi dia masih jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air, tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan masuk kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.'








Credit:-Petikan Hadith Qudsi kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah, Ust Zul Ramli M.Razali

No comments:

Post a Comment