KOTA KINABALU: Seorang maut, dua lagi selamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam laut di Tanjung Lipat, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan ke Sepanggar dari arah arah bandar raya namun dikatakan hilang kawalan lalu terjunam ke dalam laut.
Mangsa lelaki berusia 18 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat keluar dari kenderaan sebelum tercampak di batu besar di tebing laut.
Manakala dua lagi rakannya yang terjunam bersama kenderaan selamat selepas berjaya berenang ke tebing laut.

Mereka dibawa oleh orang awam ke Hospital Queen Elizabeth (HEQ) untuk menerima rawatan lanjut.
Credit: Harian Metro
No comments:
Post a Comment