“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).
Mempunyai dzon bahawa anak adalah anugerah yang terbaik anugerah Allah swt.
Jangan meletakkan nilai yang salah terhadap anak kita seandainya anak kita tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan. Kerana dalam kita tak sedar, kita sedang merendahkan ciptaan Allah swt. Kerana yang mencipta mereka adalah Allah Yang Maha Gagah Maha Perkasa, bukan diri kita yang bersifat lemah.
Seperti di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah swt berfirman, "Aku sentiasa akan mengikut apa dzon yang ada dalam dada hamba-hambaku."
Doa itu sememangnya senjata orang-orang yang beriman. Namun yang kita tidak tahu, doa itu selari dengan apa dzon di dalam hati kita. Dan apa yang paling kita takutkan, dzon itu akhirnya akan berubah menjadi suuzon (buruk sangka).

Jangan sampai di saat kita mengucapkan doa pada anak kita, namun di dalam hati kita ada dzon yang tidak baik bahawa anak kita tidak akan berjaya, anak kita lemah, anak kita tidak mampu menjadi seperti apa yang kita inginkan..
Padahal dalam diri seorang anak itu, dia punya raksasa potensi yang perlu kita bangkitkan, kerana setiap anak itu punya kelebihan diri masing-masing..
Jangan sampai satu saat nanti.. kita yang membunuh raksasa itu.. Hingga dalam kita tak sedar, kita yang membunuh harapan mereka. Kita yang membunuh jiwa mereka dan kita yang membunuh harga diri anak kita sendiri
Credit:- Ustaz Zul Ramli M.Razali
No comments:
Post a Comment