Rata-rata kita seperti terperangkap dan membeku dalam kebuk masa generasi masing-masing lalu memandang perubahan generasi ibarat sesuatu yang bersifat khayalan dan ilusi.
Hakikatnya perubahan generasi ini telah diisyaratkan secara tidak langsung menerusi sabda Junjungan SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Masuud r.a : Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian kurun selepasnya dan kemudian kurun yang selepasnya..." [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Bingkisan artikel kali ini ingin mengajak khalayak pembaca melihat dan menilai kepada fenomena dan realiti sekelompok masyarakat yang menjadi ujian buat populasi manusia iaitu golongan fakir dan miskin di bawah istilah kemiskinan dan sifat mereka di alaf baharu yang serba mencabar ini.
Generasi Awal Kemiskinan
Tidak sah dalam sebuah pemerhatian atau kajian terhadap pola kemasyarakatan jika tidak melihat kepada sejarah. Untuk itu adalah lebih utama jika kita melihat dahulu suatu kebenaran yang terakam di dalam al-Quran tatkala menyebut tentang golongan mereka ini dan sifat mereka yang unik.
Dalam surah al-Baqarah ayat 273 : Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."
Nah, terlihat jelas dan indah bagaimana penyifatan murni terhadap generasi awal golongan fakir miskin ini dengan memiliki sifat dan integriti tinggi yang ternyata istimewa.
Namakan sahaja mereka ini yang terdiri dari kalangan Ahlu al-Suffah pada zaman Rasulullah SAW hinggalah kepada sikap orang miskin di bawah pimpinan Khalifah Umar bin Abd Aziz r.a, semuanya punya kualiti terbaik tiga generasi terawal yang disebutkan Baginda SAW sehinggakan mereka disangka kaya oleh mata masyarakat kerana sikap dan identiti kemiskinan yang mereka sembunyikan.
Kerana itu Abu Hurairah r.a yang juga merupakan salah satu individu dari kumpulan al-Suffah yang pernah tidak terisi perutnya hampir tiga hari kerana kemiskinan dan sikapnya yang laparkan hadis-hadis Nabi SAW.
Beliau pernah menghuraikan sifat unik golongan fakir miskin di era itu dengan meriwayatkan Sabda Baginda SAW yang mafhumnya: Bukanlah dinamakan mereka yang miskin itu yang seringkali berlegar di kalangan manusia dan diberikan sekadar sebiji tamar atau dua, mahupun sesuap atau dua hatta sehidangan makanan atau dua. Akan tetapi si miskin itu adalah yang tiada empunya hartayang mampu mengayakannya lagi tiada yang mengingati mereka untuk disedekahi dan mereka juga tidak meminta apa-apa dari manusia.
Inilah kualiti iman dan peribadi yang dimiliki oleh golongan istimewa ini suatu generasi dahulu.

No comments:
Post a Comment