Google+ Followers

Tuesday, 14 October 2014

Lebih 50 peratus prasekolah diusahakan swasta menjelang 2020

NUSAJAYA: Lebih 50 peratus pusat pendidikan prasekolah akan diusahakan pihak swasta berikutan jangkaan kemasukan menyeluruh kira-kira 900,000 kanak-kanak berdaftar di seluruh negara menjelang tahun 2020.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata bagi menyokong pertumbuhan prasekolah swasta, kementerian meningkatkan kadar bantuan yuran, geran pelancaran dan pinjaman keutamaan untuk penubuhan dan peluasan pusat prasekolah.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis pelancaran Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini Educity, di sini sebentar tadi.
Teks teks Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bahagian Operasi, Datuk Sufaat Tumin.