Friday, 31 October 2014

Berfikirlah sebelum berkata

SALAH satu antara banyak nikmat Allah SWT yang begitu besar ialah nikmat lidah. Dengannya kita mampu bertutur dan berkomunikasi dengan baik dan sempurna.

Cuba bayangkan keadaan tidak mampu bercakap, pasti hidup dirasakan serba kekurangan, sekalipun harta melimpah ruah. Menjadi suatu kewajipan bagi kita mensyukuri nikmat itu dengan menggunakannya ke arah kebaikan.                  

Namun, hari ini kita dapat saksikan betapa dahsyatnya lidah ini jika tidak dijaga. Sungguhpun ia tidak bertulang, kecil dan tampak lemah, tapi lidah ini mampu melukakan hati ramai insan, membinasakan hubungan persaudaraan dan mewujudkan permusuhan yang berpanjangan. Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan lidah ini kerana sedia maklum akan bahayanya jika ia tidak dijaga.

Al-Quran menggariskan panduan yang jelas yang mana jika ia direnungi dan diamalkan dengan baik, pasti menjadikan kita lebih berhati-hati dalam percakapan seharian. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyebutkan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik), maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat :11) 

Ayat ini jelas menunjukkan larangan menyebutkan keaiban dan memburuk-burukkan orang lain tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak. 

Ini kerana, kebiasaannya pergaduhan timbul bermula dengan amalan memburuk-burukkan orang lain yang kemudiannya membawa kepada pertengkaran, seterusnya permusuhan atau mungkin lebih teruk daripada itu.

Jika budaya memburu-burukkan orang lain dapat dielakkan, pasti mudarat yang lebih besar akan dapat dicegah. Ini merupakan tanggungjawab setiap individu yang dituntut oleh Islam.

Sentiasalah berfikir sebelum mengucapkan apa-apa perkataan. Bukan sahaja setakat memikirkan apa yang hendak diucapkan bahkan hendaklah kita berfikir apa akibat daripada ucapan tersebut. Adakah ia membuahkan kebaikan ataupun kemudaratan. Jika ia tidak membawa sebarang kebaikan, sebaiknya kita diam sahaja daripada mengucapkannya. 

Hal ini disebutkan dengan jelas oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik-baik atau diam. (riwayat Al-Bukhari)

Menjaga lidah merupakan amalan yang susah untuk dilakukan tanpa ilmu dan latihan yang berterusan. Usaha ini memerlukan tekad yang kuat dan persekitaran yang membina. 

Cubalah melatih diri setiap hari untuk kurang bercakap melainkan apabila perlu kerana dengan kurangnya bercakap akan menutup banyak pintu-pintu keburukan yang mampu terhasil daripada
lidah.

Hari ini, para agamawan juga tidak terlepas daripada bahaya lidah ini. Saban hari kita melihat sebahagian agamawan bergaduh sesama sendiri, saling memburukkan, mengumpat mereka yang tidak sehaluan dengannya, bahkan ada yang terjebak dengan budaya memfitnah. 

Jika agamawan yang diharapkan untuk membimbing umat pun tidak mampu membimbing diri sendiri, bagaimana agaknya nasib umat yang sentiasa perlukan bimbingan? Kerana itu para agamawan sentiasa memperbaiki amalan diri sendiri berbanding melihat kekurangan orang lain.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika aku dimikrajkan (diangkat ke langit), aku melewati suatu kaum yang kuku mereka dibuat daripada tembaga. Kuku itu mereka gunakan untuk mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab: “Mereka itulah orang yang memakan daging manusia (iaitu mengumpat) dan merosakkan kehormatan mereka (fitnah).” (riwayat Abu Daud)

Semoga kita semua dapat melatih diri untuk berhati-hati dalam menuturkan sesuatu perkataan. Boleh jadi ucapan itu tampak remeh tapi mampu melukakan hati orang lain. Hal ini sama juga dalam penulisan di alam maya, khususnya. Tulisan itu semua tidak ubah seperti mulut kita yang berbicara, hanya ia tidak bersuara. Wallahua’lam. 

Wednesday, 29 October 2014

Antara peninggalan sejarah Islam

UNIVERSITI Al-Qarawiyyin, Fes, Morocco adalah antara universiti yang tertua dan pertama menawarkan kesarjanaan.
 
Kesemuanya membuktikan bahawa kurniaan Allah SWT kepada manusia adalah ilmu pengetahuan -
 
Kalau kita berbicara tentang sejarah Islam, pastinya ditemui terlalu banyak peninggalan-peninggalan tamadun Islam yang besar lagi hebat.
 
Selama 14 abad umat Islam telah melakoni kehidupan yang membentuk peradabannya. Ia sekali gus membuatnya berada pada pencapaian-pencapaian tertentu.                  
 
Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW tentu tidak boleh disamakan dengan apapun di dunia ini, malah tidak boleh disebut sebagai peninggalan, kerana keduanya masih dipakai sebagai petunjuk umat manusia.
 
Berikut disediakan tujuh peninggalan sejarah Islam yang besar serta hebat. Itulah antara tujuh peninggalan Islam yang hebat. Dan jika kita cuba mengaitkannya satu sama lain, akan nampak satu kaitan erat setiap satunya iaitu ilmu pengetahuan.
 
Kurniaan Allah SWT kepada manusia adalah ilmu pengetahuan. Dengan ilmu manusia mendapat kuasa di muka bumi ini. Begitu pentingnya ilmu di dalam Islam, sehingga banyak kitab yang menjadikannya ilmu sebagai bab tersendiri. Seperti Kitab Hadis Bukhari yang salah satu babnya membahas tentang hadis-hadis yang berhubungan persoalan ilmu. 
 
Pedang tertajam di dunia KETIKA terjadinya Perang Salib, pasukan tentera salib telah dikejutkan oleh kemampuan sebilah pedang yang mampu menembus baju perisai. Pedang itu adalah pedang Damaskus.
 
Diceritakan, hebatnya pedang Salahuddin Al-Ayubi itu mampu membelah sapu tangan sutera yang melayang jatuh ke atasnya, mampu memotong pedang lawan dan mampu membelah batu tanpa ia menjadi tumpul.
 
Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman telah menemui tiub karbon nano (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan salib. Carbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa.
 
Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada 2006.
 
SEBUAH mushaf Uthmani, al-Quran tertua di dunia masih tersimpan di sebuah perpustakaan di wilayah Hasimam, sebuah tempat yang cukup jauh daripada hiruk-pikuk kota dan pengunjung. Namun, halaman daripada mushaf tertua ini hanya tersisa sekitar 250 lembaran.
 
Berdekatannya terdapat sebuah masjid yang menyimpan pelbagai macam peninggalan Islam di Asia tengah. KOTA Granada merakam jejak peradaban Islam yang gemilang di Eropah. Masih banyak bekas peninggalan dinasti Umaiyyah II yang masih berdiri gah di kota Granada, salah satunya adalah Istana dan Benteng Al-Hambra. Benteng ini menjadi salah satu tujuan pelancongan utama di Sepanyol, kerana keindahan seni binanya yang unik.
 
IBNU Sina adalah seorang ilmuwan dan ahli falsafah abad ke-10 Masihi yang banyak disebut sebagai bapa ilmu kedoktoran modern. Di Barat, beliau dikenal dengan nama Avicena. Salah satu peninggalan monumental Ibnu Sina adalah kitab Qanun fi Altib atau sering disebut The Canon of Medicine. Kitab ini menjadi rujukan para doktor selama berabad-abad hingga abad-17. Avicena lahir dari kota Afsyanah di wilayah Uzbekistan.

Saturday, 25 October 2014

Kempen sentuh apa lagi selepas ini?



DALAM banyak-banyak acara, acara menyentuh anjing juga yang dipilih.

Nama acara itu ‘Saya mahu menyentuh seekor anjing’ sangat urban dan cool bunyinya. Audiens sasaran pula ialah orang Melayu dan Islam!

Tujuan: Mahu hilangkan stigma ketakutan orang Islam mendekati anjing. Jadi untuk hilangkan ketakutan disarankan mereka menyentuh, mengusap, membelai dan menggomol anjing!Maka ramailah orang Melayu yang teruja untuk ‘hilangkan’ stigma ke atas anjing hadir.

Khabar­nya kira-kira 1,000 orang hadir. Gambar-gambar sekitar program itu viral di media-media sosial. Pelbagai lapisan masyarakat orang Melayu/Islam yang hadir.

Mereka kelihatan sungguh berani dan ‘terbuka minda’. Antaranya ada wanita bertudung, berjubah dan berpurdah memeluk dan mendukung anjing.

Bila aku teringat gambar ini...
Remeh pada pandangan manusia tapi disisi Allah siapa yg tahu..?
Subhanallah..semoga ramai dari kita yang Muslim dapat mencontohi gadis ini.(BAGI MAKAN)
Binatang paling cerdik anugerah Allah kepada manusia adalah anjing.

Anak-anak kecil pula kelihatan girang mengusap-usap bulu anjing. Ada juga yang memeluk dan menggomol anjing penuh keriangan. Pasangan turut melakukan perkara yang sama.

Ragamnya tak ubah seperti mereka memeluk kucing kesayangan di rumah. Tak nampak kekok, penuh gelak ketawa.



Barangkali harapan penganjur selepas ini orang Melayu dan orang Islam tidak takut-takut lagi mendekati anjing, membelai dan mengusapnya. Mereka juga tidak ragu-ragu lagi melakukan perkara itu sebagaimana yang pernah mereka lalukan ke atas kucing, tikus belanda, ular, biawak, cicak tokek atau burung peliharaan selama ini.



Mungkin selepas program ini, anjing tidak lagi sekadar menjadi binatang peliharaan menjaga kebun, tanaman, ladang, tujuan berburu atau tujuan keselamatan seperti yang digunakan oleh beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis, imigresen, kastam dan beberapa agensi lain.

Jika wujud keperluan untuk memegang anjing maka ia diharuskan.

Penganjur mungkin berharap selepas mendapat `kefahaman’ daripada kempen tersebut, suatu hari nanti anjing sudah boleh duduk, baring-baring, tidur-tidur di ruang tamu atau di atas sofa rumah orang Melayu/Islam. Apa yang hendak dibimbangkan...

Thursday, 23 October 2014

Pencerahan isu anjing

Jika wujud keperluan untuk memegang anjing maka ia diharuskan.
Jika wujud keperluan untuk memegang anjing maka ia diharuskan. - Gambar hiasan

ANJING guna diperlukan untuk menjaga keselamatan. - Gambar hiasan
ANJING guna diperlukan untuk menjaga keselamatan. - Gambar hiasan

KEBELAKANGAN ini umat Islam dikelirukan dengan persoalan menyentuh
KEBELAKANGAN ini umat Islam dikelirukan dengan persoalan menyentuh anjing. - Gambar hiasan

Ia adalah isu fikah yang terdedah kepada ijtihad dalam kalangan para ulama

Adakah anjing itu dikira sebagai najis?                  

Dalam al-Quran, ada disebutkan anjing di beberapa tempat. Antaranya kisah Ashab al-Kahfi bersama anjing mereka. Dinyatakan dalam surah al-Kahfi ayat ke-22 tentang perbezaan bilangan ashab al-kahfi, namun seekor anjing yang bersama mereka disebutkan seiring bersama.

Sementara itu, dalam riwayat hadis, disebut tentang hukum jilatan anjing. Dalam hadis ini, pedoman nabawi ialah agar dibasuh bejana atau sesuatu yang dijilat oleh anjing. Basuhannya adalah dengan tujuh kali basuhan di mana basuhan yang pertama adalah dengan air tanah.

Daripada hadis-hadis ini, terdapat perbezaan pendapat daripada kalangan para ulama tentang hukum anjing, sama ada ia najis atau tidak.

Dalam mazhab Imam Syafie, anjing dihukum sebagai najis mughallazah (berat). Namun, mazhab Imam Malik menyatakan bahawa anjing tidak najis. Ini kerana perintah di dalam hadis ialah sekadar jilatan anjing sahaja.

Maka dalam khazanah fikah, terdapat dua pendapat yang berbeza tentang hukum anjing, sama ada najis atau tidak. Satu mazhab menyatakan anjing adalah najis. Ini adalah pendapat majoriti para ulama. Manakala satu lagi mazhab menyatakan tidak najis. Ini adalah pendapat Imam Malik.

Bolehkah kita individu Muslim memegang anjing? Setakat kajian, tiada ditemui setakat ini satu nas syarak al-Quran dan hadis yang mengharamkan Muslim untuk memegang anjing. Maksud memegang di sini adalah memegang anjing dengan tangan.

Maka dalam hal ini, kita mengambil jalan tengah. Jika wujud keperluan untuk memegang anjing maka ia adalah baik. Contohnya merawat anjing yang sakit, membantu anjing yang tersepit, mengeluarkan anjing yang terperangkap di dalam lubang yang agak dalam dan sebagainya. 

Bagi doktor veterinar, anggota polis yang menjaga anjing dan sebagainya maka ada keperluan untuk golongan ini memegang anjing.

Namun jika tiada keperluan, maka tidaklah perlu untuk individu Muslim memegang anjing. 

Pada masa yang sama, kita juga belum menemui satu catatan hadis bahawa Nabi SAW memeluk anjing dan mencium anjing. Kita juga belum menemui amalan dalam kalangan para sahabat dan para ulama silam untuk memeluk dan mencium anjing. Maka tiada kewajaran untuk bermesra dengan anjing sehingga memeluk dan mencium anjing. 

Ini kerana beberapa perkara. Antaranya kerana anjing adalah najis berdasarkan pendapat majoriti ulama dan amalan di Malaysia.

Selain itu, ia juga bertentangan dengan kefahaman dan amalan masyarakat Islam di Malaysia. Maka agak pelik jika ada Muslim yang memeluk dan mencium anjing. 

Adakah Islam menganjurkan umat Islam membenci anjing? Islam tidak menganjurkan perkara demikian. Anjing adalah makhluk Allah. Anjing wajar dilayan dengan baik. Contohnya tidak ditendang, dibaling batu, dilastik dan sebagainya jika anjing tidak memberi bahaya kepada manusia.

Namun, jika anjing memberi bahaya seperti anjing liar yang ganas atau anjing gila, maka insan wajar mengambil tindakan yang perlu untuk memelihara keselamatan dirinya. Berbuat baik kepada makhluk Allah mendapat pahala yang besar.

Dalam hadis Nabi SAW diceritakan tentang seorang insan yang membantu seekor anjing yang dalam keadaan dahaga, kerana tindakan tersebut, maka dosa insan tersebut diampunkan Allah SWT. Hadis ini memberi gambaran bahawa berbuat ihsan terhadap haiwan walaupun ia seekor anjing.

Maka Islam tetap menuntut agar anjing dilayan dengan baik. Maka anjing yang wujud dalam masyarakat kita tidak perlu diganggu kecuali jika wujud mudarat.

Adakah memegang anjing merosakkan iman sehingga menjadi kafir? Isu memegang anjing tidaklah termasuk dalam isu akidah yang menjadi pembeza antara iman dan kufur.

Ia adalah isu fikah. Isu fikah ini terdedah kepada ijtihad dalam kalangan para ulama. Contohnya seseorang yang memegang pendapat bahawa anjing tidak najis. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat majoriti para ulama. Namun ia tidak merosakkan akidah sehingga menjadi fasik atau kafir.

Bagi golongan mualaf yang baru menganut Islam, tidak sewajarnya kita sebagai Muslim baru membenci anjing sehingga kita tidak mahu balik ke rumah ibu bapa atau adik-beradik kita yang masih belum menerima Islam.

Keluarga kita yang bukan Muslim memelihara anjing kerana keperluan dan kebiasaan mereka. Hukum anjing adalah isu fikah yang wajar diimbangi dengan toleransi. Jika ia najis, maka Islam memberi ruang untuk pembersihan dengan kaedah sertu. Apa yang penting, hubungan kekeluargaan tetap utuh.





Bersama AL-SYAIKH DR. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (al-Jarumi) 
Pensyarah, Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tuesday, 21 October 2014

Roh kembali 
ke dunia?

 Subhanallah!! Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit
Al-Quran juga menggambarkan bahawa roh tidak boleh kembali ke dunia. - Gambar hiasan

Segala hal berkaitan roh mesti merujuk kepada sumber sam’iyyat
 
PERSOALAN roh merupakan persoalan yang rumit kerana ia adalah dimensi yang berada di luar tanggapan pancaindera manusia. Fitrah kejadian roh bukanlah dari alam nyata (syahadah) akan tetapi dari alam rohaniah yang ghaib.                   

Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat roh menghadapi kesukaran untuk menjawabnya sehingga turun ayat al-Quran dalam Surah Isra’, ayat 85, yang mengatakan: Dan mereka bertanyakan tentang roh. Katakan, roh itu daripada urusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Oleh yang demikian, segala hal berkaitan dengan roh mesti merujuk kepada sumber sam’iyyat, sama ada daripada al-Quran atau hadis-hadis Nabi. Menurut al-Quran, Allah SWT menjadikan manusia dengan mempunyai dua unsur utama jasad dan roh.

Jasad dicipta daripada unsur tanah, manakala roh merupakan sesuatu yang dtiupkan daripada Allah ke dalam jasad seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Hijr, ayat 28-29 yang bermaksud: dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepqada para malaikat: Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku menyempurnakan kejadian-Nya Aku meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepada-Nya dengan bersujud.

Roh dan jasad berhubung antara satu dengan yang lain. Menurut Imam al-Ghazali, hubungan antara keduanya adalah dalam erti kata roh merupakan raja kepada jasad. (al-Ghazali Kitab ‘Aja’ib al-Qalb dalam Ihya Ulum al-Din). 

Hubungan ajaib Kesatuan antara roh dan jasad adalah satu hubungan yang ajaib kerana kedua-duanya mempunyai fitrah yang berbeza, rohani dan jasmani.

Ini adalah antara bukti kekuasaan Allah SWT. Ketika kematian, roh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh yang bermaksud ‘benteng pemisah’, kediaman perantaraan antara dunia dan akhirat.

Al-Quran menyebut tentang alam barzakh yang bermaksud: Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). (Al-Mukminun: 100) 

Roh ditempatkan di sini sebelum dibangkitkan di hari kiamat untuk dicantumkan semula dengan jasad dan akan dihisab dan diberi pembalasan sama ada di syurga atau neraka.

Persoalannya adakah roh yang telah meninggal dunia mampu balik ke alam dunia? Roh yang telah meninggal dunia tidak boleh kembali ke dunia. Ini kerana urusan seseorang manusia ketika ia telah meninggal dunia telah selesai dan peringkat yang seterusnya ialah peringkat kehidupan di kubur dan penantian hari kiamat untuk dihisab oleh Allah SWT.

Al-Quran juga menggambarkan bahawa roh tidak boleh kembali ke dunia seperti yang digambarkan dalam surah al-Mukminun, ayat 99 dan 100 yang bermaksud: Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.

Ibnu al-Qayyim dalam Kitab al-Ruh, mengatakan pandangan Abu Umar bin Abd Barr yang mengatakan bahawa sebelum Hari Kiamat sebahagian roh seperti para syuhada berada dalam syurga sementara roh orang mukmin, umumnya berada di dalam kubur mereka.

Ini antara lain berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa orang-orang yang syahid itu tidak mati akan tetapi hidup di sisi Allah. (Ali Imran: 169)

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan, bahawa pada asasnya roh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya. 

Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan roh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah SWT. NAMUN, ada ulama berpandangan bahawa roh yang telah meninggal dunia dapat bertemu dengan roh orang yang masih hidup iaitu di dalam mimpi.

Ini berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa: Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia tahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. (al-Zumar: 42)

Ayat ini menunjukkan bahawa roh orang yang mati dan yang tidur kedua-duanya dipegang oleh Allah. Cuma roh orang yang tidur dikembalikan sementara orang yang meninggal dunia ditahan terus.
Atas dasar ini, kedua-dua roh ini boleh bertemu. 

Ibnu al-Qayyim menukilkan banyak kisah-kisah dalam kalangan orang yang baik yang bermimpi bertemu dengan orang-orang yang telah meninggal dunia. 

Menurut beliau walaupun ada sebahagian mimpi yang tidak benar yang datang daripada gangguan syaitan, namun sebahagian mimpi adalah merupakan ilham daripada Allah SWT, terutama yang berlaku kepada mereka yang baik. (Ibnu al-Qayyim, Kitab al-Ruh)

Penghormatan Terakhir - Chegubard dengan baju kuning BERSIH turut ...
Ketika kematian, roh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh. – Gambar hiasan


 

Amalan membawa ke syurga

DARIPADA Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori r.a: Bahawasanya seorang lelaki berkata, Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim. (riwayat Bukhari dan Muslim)                    

Huraian: Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga. Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam. Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah melakukannya. 

Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga. Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini. 

Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardukan Allah SWT. (Sumber: Kitab Riyadhus Salihin)

DARIPADA Anas r.a daripada Nabi SAW sabdanya: Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya. (riwayat: Muslim)

Huraian: Ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis mestilah memelihara dan mendidik dengan sempurna sehinggalah dia dewasa (bersuami). Balasan syurga adalah merupakan jaminan Allah SWT kepada setiap ibu bapa yang memelihara anak gadisnya dengan sempurna hingga dewasa. Islam mengambil berat tentang penjagaan terhadap anak gadis.




Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Monday, 20 October 2014

I Want To Touch A Dog Programme...Apa pandangan anda

Penjelasan berkaitan hukum orang Islam menyentuh atau memegang anjing mengikut Mazhab Shafie:
 
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah.
 
Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie pula adalah seperti berikut:
 
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
 
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah.
 
Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
 
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya: “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

The Islamic Development Department (Jakim) will investigate the 'I Want to Touh A Dog' event held in Petaling Jaya, Selangor yesterday.

According to Bernama, Jakim director-general Othman Mustapha said the event had impinged on Muslim sensitivities.

He added that the Shafie school of thought, which Malaysian Muslims adhere to, consider dogs and pigs as najis (unclean).

"As Muslims, we already have guidelines on dogs.

"Jakim will investigate the matter and any action will be taken according to existing regulations," the newswire reported him as saying.

Full story: http://www.malaysiakini.com/news/278126



Dari Abu Said al-Khudri katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk kelubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka? (Riwayat Muslim).



Bila aku teringat gambar ini...
Remeh pada pandangan manusia tapi disisi Allah siapa yg tahu..?
Subhanallah..semoga ramai dari kita yang Muslim dapat mencontohi gadis ini.(BAGI MAKAN)
Binatang paling cerdik anugerah Allah kepada manusia adalah anjing.



























i want to touch a dog


Sunday, 19 October 2014

Merahmati ibu bapa

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ahh!" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Hai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra’: 23-24)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Apabila Allah SWT memerintahkan supaya berbuat baik kepada ibu bapa, maka hal itu berpunca daripada sebab-sebab yang berikut:

1. Kedua-dua orang ibu bapalah yang telah melimpahkan belas kasihan kepada anaknya, malah telah bersusah payah untuk memberikan kebaikan kepadanya dan menghindarkannya daripada bahaya.

Oleh sebab itu, hal itu wajib diberi imbalan dengan berbuat baik dan bersyukur kepada mereka.

2. Anak merupakan peninggalan ibu bapa, sebagaimana diberitakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Fatimah adalah belahan jiwaku."

3. Kedua ibu bapa telah memberi kenikmatan kepada anak, ketika anak itu berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya walau sedikit pun. oleh sebab itu, hal itu wajib dibalas dengan rasa syukur, ketika mereka telah tua, sebagaimana dinyatakan oleh penyair Arab ketika menyebut-nyebut kenikmatan daripada-Nya disebabkan anaknya telah melayaninya dengan tidak senonoh, setelah dia tua.

Dinyatakan di dalam berita para salaf untuk menjelaskan maksud ayat ini, katanya: Seandainya jika ada perkataan yang lebih rendah daripada uf, atau cis dalam pengetahuan Tuhan, nescaya Dia akan mengharamkan manusia untuk menyebutkan kepada ibu bapanya.

Medan jihad Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wa al-Haram menyebut: Islam sangat mengambil berat terhadap kerelaan kedua ibu bapa, maka dia telah mencegah seorang anak daripada melibatkan diri dalam berjihad atau pergi ke medan perang tanpa keizinan daripada kedua ibu bapa, sedangkan jihad pada jalan Allah SWT sangat tinggi martabatnya menurut pandangan Islam, tidak dapat disamakan dengan bangun malam bersolat di sepanjang malam ataupun berpuasa di siang harinya.

Dinyatakan dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Amr bin al-`Ash, katanya yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Allah SAW lalu memohon keizinan untuk keluar berjihad lalu Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya: Adakah kedua ibu bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: Ya. Lalu Baginda SAW menjawab: Hendaklah kamu berjihad untuk kedua ibu bapamu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Iaitu jadikanlah medan jihadmu atau perjuanganmu dengan melakukan kebaikan kepada keduanya dan menjaga keduanya.

Dalam suatu riwayat yang lain lagi berbunyi: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW berkata: Aku membai’ahmu untuk berhijrah dan berjihad, justeru aku inginkan pahalanya daripada Allah SWT! Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: Ya, kedua ibu bapanya masih hidup lagi. Rasulullah SAW bersabda: Apakah benar kamu inginkan pahala daripada Allah SWT? Jawabnya: Benar. Rasulullah SAW bersabda: Kembalilah kepada keduanya dan berbuat baiklah dalam pergaulanmu dengan keduanya. (riwayat Muslim)

Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku datang kerana hendak membai’ahmu untuk berhijrah, dan aku telah tinggalkan kedua ibu bapaku dalam keadaan menangis. Nabi SAW bersabda kepadanya: Sekarang juga kembali kepadanya buatlah sesuatu untuk menjadikannya tertawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis. (riwayat al-Bukhari)

Abu Said al-Khudri meriwayatkan seorang lelaki dari negeri Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai keluarga di Yaman? Lelaki itu menjawab: Ada. Rasulullah SAW bertanya lagi: Apakah mereka mengizinkanmu datang ke mari? Jawabnya: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda: Sekarang kembali dahulu kepadanya dan meminta izin keduanya. Kalau mereka memberi keizinan kepadamu, barulah boleh kamu berjihad. Jika tidak maka hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka." (riwayat Abu Daud)

Antara peraturan yang sangat dititikberatkan dalam Islam mengenai hal yang berkaitan berbuat baik kepada ibu bapa, ialah Islam melarang umatnya menderhaka kepada kedua ibu bapa sekalipun mereka masih musyrik atau kafir, tidak mahu beriman kepada Allah SWT. 

Bahkan sekalipun mereka terus menentang Islam dan sangat kuat berpegang kepada kepercayaan kufurnya itu, sentiasa mencuba dan melakukan apa sahaja untuk menarik anaknya daripada Islam serta menabur fitnah dalam agamanya. Semoga pencerahan seperti ini menjadikan kita benar-benar memuliakan ibu bapa selaras dengan anjuran Islam.

Saturday, 18 October 2014

Siapakah Majidah??

Seorang gadis yang tampak biasa mendapat sambutan luar biasa semasa solat jenazahnya. Kenapa?


KELUARBIASAAN MAJIIDAH: Dalam gambar atas, Majiidah (dua dari kanan) antara anggota paling aktif dalam The W.R.I.T.E. Club di Masjid Al-Istiqamah. – Foto JOHARI RAHMAT -

SIAPAKAH sebenarnya gadis bernama Majiidah? Qariah, Cik Majiidah Haji Khamsani, meninggal dunia pada usia muda 21 tahun beberapa hari lalu. Dewan solat dan aras atas Masjid Assyafaah di Sembawang hinggakan sesak dengan sekitar 400 orang semasa solat jenazahnya.

Malah, solat itu diimamkan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, dengan turut disertai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dan presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan. 

Apabila saya melangkah keluar meninggalkan masjid itu bersama seorang rakan sekerja saya, beliau tiba-tiba berkata: "Alangkah seronoknya sekiranya aku pun disolatkan sebegitu nanti?" Beliau ibarat menjawab luahan perasaan Allahyarhamha Majiidah dahulu - sama ada solat jenazahnya akan dihadiri ramai orang memandangkan beliau 'orang biasa'.

Siapa Majiidah?

Seorang gadis yang tampak biasa mendapat sambutan luar biasa semasa solat jenazahnya. Kenapa?

http://beritaharian.sg/setempat/siapa-majiidah

Mungkin bagi sesetengah kita, sambutan luar biasa itu kerana keluarga Majiidah bukan calang-calang orangnya - ayahnya, Haji Khamsani Karim, 56 tahun, dan anak beliau, termasuk Allahyarhamha, kerap menyertai majlis tilawah Al-Quran kebangsaan. Ada juga menjadi johan dan kemudian mewakili Singapura.

Mungkin juga sesetengah kita menganggap kisah Majiidah membuktikan betapa besarnya pengaruh media sosial - misalnya, catatan abangnya, Tamliikha, di Facebook mengenai pemergian Majiidah begitu menyentuh hati sehingga menarik hampir 1,000 'Like'.


KELUARBIASAAN MAJIIDAH: Antara yang menghadiri solat jenazah Allahyarhamha Majiidah ialah Dr Yaacob Ibrahim (paling kiri dalam gambar atas). – Foto JOHARI -

Mungkin juga bagi sesetengah kita yang lain, Majiidah mendapat simpati ramai pihak kerana menghidap sakit ginjal dan lupus sejak bertahun lalu. Ssecara peribadi, saya mengenali Majiidah sejak sekitar lima tahun lalu - apabila saya merintis The W.R.I.T.E. Club, satu kumpulan sukarelawan belia dan ibu bapa di bawah naungan Masjid Al-Istiqamah.

Teringat saya Majiidah menarik kawannya menghadiri kelas pertama kewartawanan Islam yang saya kendalikan. Beliau kecil molek saja, tetapi cukup matang orangnya. Dari acara pertama sehinggalah acara kali terakhir kelab tersebut sekitar tahun lalu, beliau terus bergiat menyumbang jasa.

Memang saya tahu beliau sakit sejak dulu lagi, tetapi jarang sekali sepanjang penglibatannya dalam kelab itu beliau memperlihatkan kesakitannya itu. Saya turut melihat perkembangan individunya sebagai qariah - beliau begitu cinta pada Al-Quran sehingga sanggup mengajarnya kepada peserta kegiatan kelab kami.

Namun, sekuat sayangnya kita padanya, tampak beliau lebih disayangi oleh Tuhan Maha Pencipta, yang mengambilnya semula pada usia begitu muda, sebelum potensi penuhnya terserlah di dunia.

Pada akhirnya, bagi saya Majiidah seorang gadis yang luar biasa kerana 'kebiasaannya' - seorang gadis Muslimah yang berpegang teguh pada prinsipnya.

Beliau tidak perlu menarik perhatian dengan aksi sensasi atau tidak senonoh, sebagaimana gelagat sesetengah belia zaman ini. Beliau membiarkan bakatnya berbicara.

Beliau giat menulis sehingga pernah memenangi peraduan. Tahun lalu, beliau muncul cemerlang di Open Universiti Malaysia (OUM). Jadi, siapakah sebenarnya Majiidah? Soalan lebih tepat, mengenang perjalanan hidup Majiidah, berbandingnya siapalah kita?




Credit: A. Rahman Basrun

Friday, 17 October 2014

Kurang kasih sayang punca anak tertekan

 Gambar Hiasan.

SHAH ALAM – Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa merupakan antara punca utama kanak-kanak mengalami tekanan hidup.

Pensyarah Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Abdul Hamid Abdul Rahman berkata, sekiranya dibiarkan, tekanan itu boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah mental.

“Dalam kehidupan masyarakat moden kini, ramai ibu bapa bekerja. Akibatnya, mereka kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

“Kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang boleh menghadapi tekanan. Ini kerana, di peringkat ini emosi mereka tidak kental dan mudah mengalami gangguan jiwa,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, lebih 20 peratus kanak-kanak lingkungan umur lima hingga 15 tahun di negara ini menghadapi masalah mental yang berpunca daripada tekanan hidup serta diskriminasi keadaan persekitaran.


Katanya, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2011 menunjukkan peningkatan masalah psikiatri kanak-kanak ialah 19.3 peratus pada 2006 berbanding 13 peratus pada 1996.

Abdul Hamid berkata, faktor persekitaran juga menyumbang kepada tekanan hidup golongan ini.

“Berbanding kanak-kanak, golongan remaja sudah boleh berfikir. Tetapi tekanan tetap dirasai kerana mereka mula mengenali erti kehidupan dan tanggungjawab seperti orang dewasa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, masalah mental merangkumi pelbagai jenis dan tidak hanya terhad kepada penyakit kurang siuman.

“Mereka yang tertekan boleh dapat penyakit seperti kemurungan, kebimbangan, darah gemuruh, panik atau penyakit was-was dikenali obsessive compulsive disorder.

“Tapi ada juga yang mendapat penyakit tidak siuman diwarisi secara genetik dan dikesan pada peringkat awal remaja,” katanya.

Tuesday, 14 October 2014

Perlembagaan jamin hak rakyat Sabah, Sarawak


Keistimewaan kaum peribumi Sabah dan Sarawak sentiasa dipelihara. - Gambar hiasan
Baru-baru ini akhbar tempatan dan media sosial menyiarkan berita bahawa ada pihak yang melancarkan kempen 'Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM)' untuk membangkitkan sentimen membenci Kerajaan Pusat dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. Media juga melaporkan ada pihak aktivis sosial dan politik mendakwa kerajaan pusat 'anak tirikan' rakyat Sabah dan Sarawak, malah gagal melaksanakan Perjanjian 20 perkara.
Sejarah menunjukkan aktivis sosial dan politik di Sabah dan Sarawak sering membangkitkan isu kedua-dua negeri itu berpisah dari Malaysia. Suara berpisah lebih lantang kedengaran di Sabah berbanding Sarawak. Malah, ada parti politik di Sabah yang memasukkan perkara itu dalam manifesto parti politik mereka dalam menghadapi pilihan raya umum.
Antara tuntutan dan dakwaan yang sering dibangkitkan sebagai alasan untuk Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia adalah kononnya rakyat kedua-dua negeri itu tidak puas hati terhadap kadar royalti petroleum, penjawat awam dari Semenanjung mendominasi perkhidmatan awam, rakyat Sabah dan Sarawak masih mundur berbanding di Semenanjung dan Kerajaan Pusat melayan Sabah dan Sarawak sebagai negeri jajahan.
Tuntut Sabah keluar Malaysia
Persoalannya, apakah wujudnya elemen kebenaran dalam dakwaan kumpulan aktivis sosial dan politik yang menuntut Sabah keluar dari Malaysia? Adakah benar sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak berasa Kerajaan Pusat tidak berlaku adil terhadap kedua-dua negeri itu atau tidak melaksanakan Perjanjian 20 Perkara?
Apakah tuntutan dan dakwaan yang sering dibangkitkan itu kerana pertimbangan politik semasa untuk menjamin dan menyelamatkan masa depan politik seseorang individu dan parti politik mereka?
Hakikatnya, membangkitkan sentimen dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak agar kedua-dua negeri itu keluar dari Malaysia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah semangat Perjanjian 20 Perkara yang bersama-sama dipersetujui oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Mengikut Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri Persekutuan. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu tidak boleh keluar dari Persekutuan. Malah langkah memisahkan Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan dengan Perkara 7 dalam senarai Perjanjian 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Malaysia.
Kumpulan yang mendakwa Semenanjung telah menakluki Sabah dan Sarawak untuk kepentingan rakyat perlu mengimbas kembali senario geo-politik pasca Perang Dunia Kedua dan perkembangan politik seterusnya yang mendorong rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia berteraskan konsep federalisme.
Perkembangan dalam geopolitik rantau Asia selepas Perang Dunia Kedua jelas memperlihatkan British yang menguasai Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak bercadang untuk melakukan sesuatu dalam menentukan hala tuju masa depan negeri-negeri berkenaan.
Pegawai British yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa pengunduran British dari rantau ini dijangka akan mendedahkan Sabah dan Sarawak kepada ancaman daripada China, Indonesia dan Filipina.
Seorang pentadbir British pernah menyatakan bahawa: "If the British moved out, it was likely that both North Borneo and Sarawak would not survive as viable states on their own and the political vacuum would inevitably invite intervention for these neighbouring powers".
Dengan latar belakang geopolitik inilah pemikiran untuk membentuk Gagasan Malaysia dicetuskan. Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961, ketika beliau menyertai majlis makan tengah hari bersama ahli Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara, di Hotel Adelphi, Singapura, membayangkan ada kemungkinan besar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan bersatu dalam satu Gagasan yang lebih besar untuk menjamin keselamatan dan pembangunan ekonomi rantau ini.
Pihak British, yang menjajah negeri seperti Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menyambut baik idea Tunku Abdul Rahman dan seterusnya bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Cobbold pada 16 Januari 1962 , yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, untuk mengkaji pendapat awam rakyat Sabah dan Sarawak dalam mengetahui sama ada rakyat di kedua-dua negeri itu bersetuju atau tidak untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold itu disertai oleh Datuk Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafei mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Antony Abell dan Watherston mewakili kerajaan British. Suruhanjaya Cobbold dilaporkan bertemu hampir 4,000 rakyat Sabah dan Sarawak secara langsung dan menerima 2,200 surat dan memorandum daripada parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin-pemimpin kaum, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai .
Hasil kajian menunjukkan hampir 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong untuk bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia.
Namun, pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan Malaysia yang bakal ditubuhkan perlu mengambil kira hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, terutama kaum peribumi Sabah dan Sarawak dalam merangka Perlembagaan ke arah membentuk Malaysia.
Maka dengan itu, Suruhanjaya Cobbold yang dipertanggungjawabkan oleh British terhadap pembentukan Malaysia mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang disediakan pada tahun 1957 boleh dijadikan sebagai asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia dengan beberapa pindaan dan memasukkan beberapa perkara yang membabitkan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka bersetuju menyediakan satu laporan khas yang mengandungi beberapa tuntutan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dalam menjamin kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
Beberapa kumpulan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak, termasuk parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation telah menyediakan beberapa memorandum dan sebahagian besar tuntutan berkisar kepada hal-hal kebebasan agama, bahasa, migrasi dan lain-lain kepentingan khas kaum peribumi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, Sabah menyediakan 20 usul dan Sarawak pula menyediakan 18 usul untuk dipertimbangkan oleh sebuah jawatankuasa antara kerajaan atau Inter Governmental Committee atau Lansdowne Committee,1963 (IGC) yang ditubuh khas untuk mengkaji usul-usul daripada Sabah dan Sarawak.
Usul berkenaan jelas menyatakan rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara yang dirujuk sebagai 'Malaysia'. Usul-usul rakyat Sabah dan Sarawak kini dirujuk sebagai Tuntutan 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Dengan penerimaan dan persetujuan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Perlu ditegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan berdasarkan kepada sistem pentadbiran federalisme. Umumnya, 'Federalisme' membawa maksud beberapa negeri bergabung di bawah sebuah Kerajaan Pusat. Federalisme membawa pengertian bahawa beberapa negeri yang berautonomi bersatu di bawah sebuah Kerajaan Pusat dan kuasa pentadbirannya berdasarkan kepada satu Perlembagaan.
Jadi, Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara yang bertunjangkan prinsip federalisme yang mana ahli-ahlinya dapat mengekalkan jati diri, identiti dan autonomi kerajaan negeri masing-masing.
Sebahagian besar perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara telahpun dimasukkan atau diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri masing-masing mengikut kemampuannya.
Hak, kuasa Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan
Hak dan kuasa Sabah dan Sarawak juga dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar menjadi asas pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia.
Salah satu tuntutan penting yang menjadi asas untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa peribumi Sabah dan Sarawak. Tuntutan penting ini termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak".
Dengan ini jelas bahawa hak kaum peribumi Sabah dan Sarawak terjamin dalam Perlembagaan. Pada masa sama, lain-lain tuntutan dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak dan kuasa negeri pula dimasukkan dalam beberapa Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Pada keseluruhannya Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mengabaikan tuntutan yang dikemukakan rakyat Sabah dan Sarawak ketika Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Rakyat Sarawak didapati amat puas hati dengan pelaksanaan tuntutan mereka. Sebaliknya, rakyat Sabah terus dilanda dengan pelbagai dakyah bahawa Kerajaan Pusat mengabaikan 20 perkara yang dikemukakan sebagai syarat untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Apabila kita meneliti Perlembagaan Persekutuan, didapati roh dan semangat 20 Perkara menyerlah dalam pelbagai Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan 20 Perkara rakyat Sabah adalah seperti berikut:
Tuntutan 20 Perkara
  • Perkara 1 Agama: Tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia.
  • Perkara 2 Bahasa: Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
  • Perkara 3 Perlembagaan: Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia.
  • Perkara 4 Ketua Persekutuan: Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
  • Perkara 5 Nama Persekutuan: "Malaysia"
  • Perkara 6 Imigresen: Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke Borneo Utara sepatutnya memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
  • Perkara 7 Hak Menarik Diri ; Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
  • Perkara 8 Borneonisasi: Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.
  • Perkara 9 Pegawai-pegawai British: Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti dengan orang tempatan yang berkelayakan.
  • Perkara 10 Kewarganegaraan: Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan.
  • Perkara 11 Cukai dan kewangan: Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
  • Perkara 12 Kedudukan khas bangsa asli/Bumiputera Borneo Utara: Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya.
  • Perkara 13 Kerajaan Negeri: Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
  • Perkara 14 Jangkamasa Peralihan: Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh Kerajaan Persekutuan.
  • Perkara 15 Pelajaran: Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
  • Perkara 16 Perlindungan kepada Perlembagaan: Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara.
  • Perkara 18 Nama Ketua Negeri :Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • Perkara 19 Nama Negeri: Sabah
  • Perkara 20 Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain: Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus membabitkan Borneo Utara.

    Rakyat Sabah dan Sarawak nikmati pembangunan sejak menyertai Malaysia.
    Pembangunan ekonomi meningkat 74 kali ganda
    Sudah 51 tahun Sabah dan Sarawak menganggotai Persekutuan Malaysia. Sejak Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan pada tahun 1971, banyak program pembangunan dijalankan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat kedua-dua negeri itu. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam masa 51 tahun yang lalu, kualiti hidup rakyat Sabah dan Sarawak berjaya dipertingkatkan ke tahap yang hampir sama dengan kualiti hidup rakyat di Semenanjung.
    Walaupun kedudukan demografi dan geografi Sabah dan Sarawak yang unik serta rakyatnya tinggal berselerak di kawasan pedalaman menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam merancang pelan pembangunan, program pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dan Sarawak.
    Kadar miskin turun
    Kadar kemiskinan Sabah dapat diturunkan daripada 70 peratus pada tahun 1970 kepada paras 16 peratus pada tahun 2007 dan ke paras 8 .1 peratus pada tahun 2013. Kadar pengangguran pula dapat diturunkan kepada 5.2 peratus (2013).
    Dalam konteks pembangunan ekonomi, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat daripada RM602 juta pada awal tertubuhnya Malaysia (1967) kepada RM44.4 bilion pada tahun 2013 iaitu peningkatan hampir 74 kali ganda. Pendapatan perkapita Sabah telah meningkat daripada RM1,770 pada tahun 1970 kepada RM19,,010 (2013). Jumlah rakyat yang berkerja juga telah meningkat dari 38,000 ribu pada tahun 1970 kepada 1.5 juta pada tahun 2013.
    Mengikut kajian Bahagian Analisa Cukai, Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan pusat memberi peruntukan besar kepada Sabah, iaitu RM4.376 bilion. Anggaran pembangunan Sabah bagi 2014 adalah RM 1.2 bilion. Daripada jumlah itu, kerajaan negeri menyediakan RM838.43 juta (69.8 peratus) dan Kerajaan Pusat pula RM361.87 juta (30.2 peratus).
    Sumbangan Kerajaan Pusat secara langsung kepada jabatan kerajaan persekutuan di Sabah pula mencecah RM1.047 bilion bagi 2013. Kerajaan Pusat juga memperuntukkan RM2.049 bilion dalam bajet 2014 untuk menjalankan program pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak.
    Aliran peruntukan sejumlah besar kepada Sabah dijangkakan berterusan termasuk bayaran tunai sebanyak lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui dalam negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974.
    Berhubung dengan pembangunan sosial pula, Sabah diperuntukkan kuasa dan hak-hak tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membela dan melindungi kepentingan rakyat Sabah terutama dalam memelihara adat resam, budaya dan agama masyarakat Sabah.
    Sabah juga dibenarkan meneruskan dengan mahkamah, undang-undang peribumi malah Mahkamah Persekutuan (Sivil) yang berasingan daripada Mahkamah Persekutuan pada peringkat pusat. Pelantikan ketua hakim bagi Sabah dan Sarawak juga disyaratkan perlu dirunding dengan ketua menteri negeri masing-masing.
    Memandangkan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk membela kumpulan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan etnik agar mereka dapat keluar daripada cengkaman dan lingkaran kemiskinan, masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak dijangka akan terus diberi perhatian dan tumpuan, malah bantuan supaya mereka juga dapat menikmati bersama hasil pembangunan pesat yang dikecapi Persekutuan Malaysia.
    Usah terpengaruh dengan dakyah keluar Malaysia
    Dengan demikian, rakyat Sabah tidak harus terpengaruh dengan slogan dan desakan yang menggesa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia. Dakyah menggesa Sabah memisah daripada Persekutuan Malaysia bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara yang dipersetujui bersama, malah dijangka akan merugikan rakyat Sabah daripada menikmati kesejahteraan pada masa hadapan.
    Rakyat Sabah perlu diingatkan supaya jangan menggadai kemakmuran, kesejahteraan dan kualiti hidup yang dinikmati sejak terbentuknya Malaysia untuk memenuhi agenda politik seseorang individu atau kumpulan yang dilihat lebih mementingkan kepentingan politik diri daripada kepentingan keseluruhan rakyat Sabah.
    Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak nyata menzahirkan rasa puas hati dan bersyukur kerana dapat menganggotai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 dan mengharapkan Sabah dilimpahi pembangunan dan kemajuan yang berterusan dalam menjamin masa depan yang cemerlang bagi generasi akan datang.


  • Credit: M Priasamy