Tuesday 4 March 2014

Telah hilang sebuah khilafah umat Islam

Tahukah anda ?


3 Mac 1924;
Telah hilang sebuah khilafah umat Islam
Khilafah terakhir Khilafah Uthmaniyyah.

Gun crew drilling on MAMUDIYE

Umat Islam yang sedang sakit bertambah parah bila salah satu simbol kesatuan dan kekuatan mereka itu dibubarkan. Disangka selamat kerana masih ada pembela namun hampa, tiada.

The Istanbul Naval Dockyard around 1912

Musuh mengambil kesempatan mengagih-agih harta rampasan. Wilayah yang satu dijadiakn terpecah-pecah. 
Pemerintahan yang solid dicairkan dengan suntikan nasionalisme yang melampau dan demokrasi versi mereka. Umat Islam menahan dengan segala kekuatan namun apa kan daya apa yang ada tidak sekuat ketika.

 

Maka bergeraklah umat dengan idealism dan teori-teori kebangkitan yang baru supaya apa yang kekal dipertahankan, apa yang terlepas ingin dikembalikan, apa yang dijajah ingin dibebaskan.



Bertatih mahupun berjalan atau berlari umat Islam di seluruh pelusuk dunia cuba sedaya upaya menghayati ruh perjuangan Islam yang hilang dahulunya pernah menawan muka bumi, yang pernah menggegarkan gergasi dunia, yang pernah melahirkan sebaik-baik generasi untuk umat manusia.



Setiap umat di semua negara Islam memiliki kekuatan tersendiri namun ada sedikit mahupun banyak namun tetap perlu diguna untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu mengembalikan kuasa dan hak mereka. Mengembalikan maruah yang hilang, menjana kekuatan yang terpecah-pecah.



Negara ini pernah bernaung di bawah benderanya, pernah bersama berjuang bersamanya, sedih terhdap apa yang menimpa, gembira dengan perkembangannya.


Semoga umat Islam bangkit mengajar dunia erti kebahagiaan sebenar. Sudah berlalu zaman itu, berlalu dengan seribu pengajaran akibat kelalaian dan kejahilan ia jatuh tanpa perlu dijatuhkan.

Sudah berlalu masa berehat-rehat bergelak-ketawa yang tidak perlu. Mari kita bangkitkan generasi baru, yang tak kenal erti penat lelah berjalan dalam suluhan hidayah bukan nafsu syahawah.
Kita mula dengan semangat baru, usah sedih dengan peristiwa semalam kerana anda tahu masih ada peluang untuk hari esok.
Tahukah anda ?

3 Mac 1924; 
Telah hilang sebuah khilafah umat Islam
Khilafah terakhir Khilafah Uthmaniyyah.

Umat Islam yang sedang sakit bertambah parah bila salah satu simbol kesatuan dan kekuatan mereka itu dibubarkan. Disangka selamat kerana masih ada pembela namun hampa, tiada.

Musuh mengambil kesempatan mengagih-agih harta rampasan. Wilayah yang satu dijadiakn terpecah-pecah. Pemerintahan yang solid dicairkan dengan suntikan nasionalisme yang melampau dan demokrasi versi mereka. Umat Islam menahan dengan segala kekuatan namun apa kan daya apa yang ada tidak sekuat ketika 

Maka bergeraklah umat dengan idealism dan teori-teori kebangkitan yang baru supaya apa yang kekal dipertahankan, apa yang terlepas ingin dikembalikan, apa yang dijajah ingin dibebaskan.

Bertatih mahupun berjalan atau berlari umat Islam di seluruh pelusuk dunia cuba sedaya upaya menghayati ruh perjuangan Islam yang hilang dahulunya pernah menawan muka bumi, yang pernah menggegarkan gergasi dunia, yang pernah melahirkan sebaik-baik generasi untuk umat manusia.

Setiap umat di semua negara Islam memiliki kekuatan tersendiri namun ada sedikit mahupun banyak namun tetap perlu diguna untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu mengembalikan kuasa dan hak mereka. Mengembalikan maruah yang hilang, menjana kekuatan yang terpecah-pecah.

Negara ini pernah bernaung di bawah benderanya, pernah bersama berjuang bersamanya, sedih terhdap apa yang menimpa, gembira dengan perkembangannya.

Semoga umat Islam bangkit mengajar dunia erti kebahagiaan sebenar. Sudah berlalu zaman itu, berlalu dengan seribu pengajaran akibat kelalaian dan kejahilan ia jatuh tanpa perlu dijatuhkan.

Sudah berlalu masa berehat-rehat bergelak-ketawa yang tidak perlu. Mari kita bangkitkan generasi baru, yang tak kenal erti penat lelah berjalan dalam suluhan hidayah bukan nafsu syahawah.

Kita mula dengan semangat baru, usah sedih dengan peristiwa semalam kerana anda tahu masih ada peluang untuk hari esok.


No comments:

Post a Comment