Thursday 13 March 2014

Jerebu: 131 sekolah di daerah Klang ditutup esok (14/03/2014).

SHAH ALAM - Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 241 iaitu kategori sangat tidak sihat, hari ini.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mahmud Karim ketika dihubungi berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu di negeri itu.

Beliau berkata tempoh penutupan sekolah tersebut akan bergantung kepada tahap bacaan IPU di kawasan itu dan pembukaan semula sekolah di daerah itu akan diumumkan kelak.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU pada pukul 6 petang tadi menunjukkan Pelabuhan Klang merekodkan bacaan 241 iaitu kategori sangat tidak sihat. - Bernama

No comments:

Post a Comment