Google+ Followers

Tuesday, 4 March 2014

Singapura rekod paling kering sejak 145 tahun

SINGAPURA 4 Mac - Cuaca kering berlarutan yang melanda Singapura sejak pertengahan Januari lepas mencatat rekod baru bulan paling kering sejak 1869, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Merlion - Singapore

Di stesen iklim Changi, jumlah hujan turun yang direkod dalam Februari 2014 ialah 0.2mm, memecah rekod terdahulu 6.3 mm dalam Februari 2010.

Singapore City Tour with optional Singapore Flyer

Selain merupakan bulan paling kering, Februari 2014 merupakan bulan paling berangin dalam tempoh 30 tahun ini.



Di stesen iklim berkenaan, purata kelajuan angin harian 13.3 km/jam direkod pada bulan berkenaan mengatasi rekod terdahulu 12.5 km/jam dalam Januari 1985.

The beautiful Marina Bay - Singapore

Keadaan kering berlarutan turut mencipta rekod baru purata humiditi relatif harian terendah 74.5 peratus. - BERNAMA