Komunikasi guna visual atau gambaran bantu kanak-kanak lemah pembelajaran
Falsafah pendidikan dalam Islam termaktub dalam surah al-Alaq yang mana ia memberi penekanan terhadap pembacaan, penulisan serta pencarian ilmu sebagai fokus utama.
Pendidikan dalam sejarah Islam bermula di masjid sebelum ia berkembang ke maktab (pertengahan), bayt al hikmah (bijaksana), majalis (ulama dan sarjana), dar ul ulum (keilmuan) dan madaris (sekolah dan universiti).
Bersesuaian dengan saranan al-Quran dan hadis meletakkan pendidikan anak sebagai tanggungjawab utama keluarga sementara infrastruktur pendidikan disediakan kerajaan Islam melalui institusi baitulmal.
Di negara kita, ada beberapa perundangan menjamin kepentingan kanak-kanak terutama dalam sektor pendidikan. Akta Kanak-Kanak 2001 menggabungkan undang-undang pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.
Tiada diskriminasi kanak-kanak disleksia
Prinsip utama akta ini memastikan tiada diskriminasi terhadap kanak-kanak, menjaga kepentingan mereka serta mengakui kanak-kanak perlu diberi perlindungan dan bantuan khas. Justeru, mereka dapat turut serta menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat.
Kita sering melihat iklan menawarkan khidmat pengajaran tambahan untuk anak bagi memastikan mereka mendapat persediaan secukupnya menghadapi peperiksaan besar setiap tahun.
Iklan itu memberi jaminan kaedah pengajaran mereka mampu menjadikan kanak-kanak biasa lebih cerdik sementara yang cerdik menjadi genius.
Bagaimanakah nasib kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran? Tiada siapakah yang sudi mengajar mereka dan menjanjikan kaedah yang mampu membantu dalam pelajaran? Mereka juga berhak dilayan seperti kanak-kanak lain dan diberi peluang belajar mengikut tahap kemampuan masing masing.
Antara golongan mengalami permasalahan dalam pembelajaran adalah kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak disleksia anugerah kepada ibu bapa. Inilah pendirian penting yang patut diambil ibu bapa jika mereka dikurniakan anak disleksia dan ingin melihat anak berjaya.
Disleksia bukanlah penyakit, tetapi ia dianugerah Allah kepada ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka perlu sabar dalam berinteraksi dengan kanak-kanak disleksia.
Memahami kanak-kanak ini perlu masa lebih panjang untuk berkomunikasi. Masalah memahami komunikasi sering disalahertikan dan dikaitkan dengan tahap kecerdasan otak menyebabkan mereka dianggap sebagai lembab atau pelajar lemah.
Kanak-kanak disleksia sebenarnya sangat cerdik, hanya kita tidak mahir menggunakan kaedah pembelajaran sesuai dengan keadaan mereka. Kanak-kanak disleksia dilahirkan dengan anugerah otak mereka memproses maklumat secara multidimensi atau secara menggunakan visual.
Penghidap Disleksia
Dalam mendidik mereka, kita tidak boleh menggunakan cara biasa, tetapi kita hendaklah menggunakan cara berkomunikasi menggunakan visual atau gambaran mengenai perkara yang ingin kita sampaikan kepada kanak kanak itu.
Sistem pembelajaran sekolah ada menyediakan bantuan khas kepada golongan kanak-kanak ini. Sesetengah sekolah menyediakan kelas khas atau kelas pemulihan serta pengajar yang dilatih untuk membantu golongan berkenaan.
Namun, infrastruktur sedemikian tidak dapat disediakan di setiap sekolah menyebabkan golongan itu tidak mendapat bantuan sewajarnya.
Sebagai langkah penyelesaian, adalah penting masyarakat sekeliling terutama ibu bapa memahami keistimewaan kanak-kanak disleksia supaya kepentingan kanak-kanak ini tidak terjejas.
Tenaga pengajar kanak-kanak disleksia perlu menjalani latihan, kaedah serta teknik pengajaran khusus untuk membantu golongan berkenaan. Tambahan pula, teknik pengajaran golongan disleksia adalah teknik didaftarkan di bawah undang-undang hak cipta seperti paten di luar negara.
Ini menunjukkan kaedah pengajarannya sangat khusus dan seseorang yang ingin belajar kemahiran teknik ini perlu membayar royalti kepada pemilik paten. Seorang guru yang tidak menjalani latihan di bawah paten mungkin tidak mendapat kemahiran sepenuhnya.
Kita ada membaca keterangan kanak-kanak disleksia dalam kes pasangan suami isteri yang kini sedang melalui perbicaraan di Sweden. Kanak-kanak itu mengatakan dia telah dirotan sebanyak 1,000 kali.
Guru perlu faham disleksia
Dalam hal ini, guru yang menerima maklumat itu, jika dia tidak memahami mengenai disleksia, dia tidak akan faham pernyataan sebenar muridnya itu. Ini kerana kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam ‘gambaran’ atau ‘persepsi’.
Pemahaman kanak-kanak itu mengenai konsep ‘banyak kali’ adalah ‘seribu kali’. Apabila kanak-kanak itu menyebut 1,000 kali kemungkinan maksud sebenar ‘banyak kali’. Kurangnya pemahaman ini mungkin akan menimbulkan persepsi salah dan membawa kepada keputusan yang tidak menjamin kepentingan kanak-kanak itu.
Jika kita ingin memastikan hak kanak-kanak disleksia terpelihara, maka semua pihak hendaklah berusaha mendidik diri mereka memahami masalah disleksia supaya dapat menyediakan infrastruktur khas bersesuaian dengan undang-undang Akta Kanak-Kanak yang menekankan kepentingan memelihara kebajikan kanak-kanak.
Credit: Fakihah Azahari (PPMM)

No comments:
Post a Comment