Utama semangat setia kawan, elak prasangka buruk, tenang hadapi musibah
Pada pandangan mata kasar, semut cuma serangga kecil yang melata di bumi, menggigit dan mengganggu manusia di rumah, tetapi di sebalik itu terdapat nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian.
Allah SWT telah menganugerahkan kelebihan dan kebijaksanaan semut menyusun dan mentadbir kumpulan mereka. Keupayaan memimpin adalah satu hikmah yang Allah SWT titipkan kepada manusia untuk dijadikan contoh dalam pergaulan sosial.
Al-Quran menjelaskan dalam firman yang bermaksud: “Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri daripada jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarangmu supaya kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua orang tuaku agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml, ayat 17-19)
Nilai pengorbanan, tidak penting diri
Nilai pengorbanan dan tidak mementingkan diri telah ditonjolkan oleh semut yang telah diamanahkan oleh kumpulannya untuk memberitahu Nabi Sulaiman mengenai kedudukan mereka di laluan yang akan dilalui bala tentera Nabi Sulaiman.
Alangkah hebatnya semangat setia kawan dan tidak mementingkan diri semut itu memastikan keselamatan kumpulannya. Semut tadi boleh saja menyelamatkan dirinya tanpa perlu bersusah payah membantu kumpulannya yang lain.
Kehidupan kita dipenuhi dengan pelbagai ragam. Kisah semut mengajar kita bagaimana untuk sentiasa berfikiran positif dan berkeadaan tenang ketika berhadapan permasalahan atau musibah.
Walaupun berdepan situasi tidak menentu, semut masih boleh bertenang dan sifat itu dilihat daripada cara semut memaklumkan kepada sahabatnya mengenai bala tentera Nabi Sulaiman serta kedudukan mereka yang mungkin tidak disedari tentera berkenaan.
Semut boleh menjerit panik sebaliknya, semut itu memberi arahan dengan tenang meminta semua sahabat masuk ke sarang supaya tidak dipijak oleh tentera yang akan lalu di kawasan mereka. Secara tidak langsung semut lain akan masuk ke sarang juga dengan tenang.
Malah, sikap ditunjukkan semut itu membuktikan ia tetap bersangka baik walaupun dalam keadaan kedudukannya terancam. Arahan supaya semut menyelamatkan diri adalah kerana menyedari kehadiran semut itu mungkin tidak terlihat oleh bala tentera Nabi Sulaiman.
Semut mengajar kita bersangka baik. Syak wasangka adalah perasaan yang selalu ada dan beraja di dalam hati manusia. Allah SWT telah menekankan supaya kita menjauhi perasaan syak wasangka. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian berprasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.” (Surah al-Hujjurat, ayat 12)
Sifat tawakal
Terdapat satu riwayat menceritakan sifat tawakal semut kepada Allah SWT. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut: “Wahai semut, berapa banyakkah rezeki yang engkau dapat dalam tempoh masa setahun? Semut menjawab: Cuma sebesar biji gandum, tuanku. Lalu, Nabi Sulaiman pun memeliharanya selama setahun di dalam sebuah botol dan meletakkan hanya sebiji gandum di dalamnya. Setelah setahun berlalu, biji gandum hanya tinggal separuh dan tidak dihabiskan.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut: Mengapa engkau tidak menghabiskan sebiji gandum itu? Maka jawab semut itu: Ketika aku bebas dulu, aku bertawakal kepada Allah dalam menentukan rezekiku, tetapi apabila aku berada di dalam botol ini dan bertawakal kepada Tuanku, aku tidak yakin sama ada Tuanku masih mengingati aku untuk memberiku sebiji gandum lagi atau Tuanku sudah melupakanku.”
Setiap makhluk yang Allah SWT ciptakan bukan sia-sia. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya berfikir dan memperhalusi hikmah setiap penciptaan-Nya. Kisah semut mengajar supaya kita menjadi manusia yang berperibadi tinggi dengan berlandaskan syariat Islam.
Banyak nilai yang kita boleh terapkan di dalam kehidupan seharian kita seperti patuh kepada pemimpin, sentiasa berprasangka baik serta tidak cepat berputus asa.

No comments:
Post a Comment