Saturday, 6 October 2012

PENDIDIKAN KHAS...DIMANA KITA?

Seminar Pendidkan Khas IPG 2012.

Dua hari berseminar tentang pelajar bekeperluan khas di Inst. Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat dari 02hb Oktober hingga 03hb Oktober 2012 baru-baru ini, sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa terdapat banyak nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas yang perlu diketahui dan difahami dengan lebih lanjut agar tidak tersalah tindak dalam menangani pelajar bekeperluan khas.


Diseminar ini para peserta telah diberi peluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat tentang isu-isu terkini pendidikan khas. Seminar ini juga telah dapat menyemai nilai keprihatinan terhadap isu dan permasalahan pendidikan khas dalam kalangan warga pendidik guru disamping dapat juga mencetuskan pemikiran baru dan inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas

Mereka dalam kategori bekeperluan khas bukanlah hanya pelajar yang mengalami down syndrome, disleksia, autisma, cacat pendengaran dan penglihatan bahkan juga terhadap pelajar-pelajar pintar yang melangkaui usianya. Pelajar pintar seperti Sufiah Yusof, Adi Putera dan Amalina Che Bakri, sekadar beberapa nama, adalah merupakan pelajar pintar bekeperluan khas samada dibidang akademik mahupun didikan agama.



Sangat tersentuh bila dapat berkongsi pengalaman dengan salah seorang ahli panel dari Sek. Men. Panji, Kelantan Cikgu K A Razhiyah K A Mohamed yang telah dapat membuat persembahan dengan baik dengan menunjukkan contoh tauladan yang boleh diaplikasikan. Beliau telah sangat berjaya dengan P&Pnya yang sangat inovatif dan berkesan dalam memajukan pelajaran anak-anak bekeperluan khas di SMK Panji.

 

Apa pula sumbangan kita terhadap golongan bekeperkluan khas ini? 




 

banner intec.my

No comments:

Post a Comment