Friday 21 October 2011

Pelajar Tktn 3 dirogol rakan lelaki ketika ponteng sekolah


TELOK KEMANG 5 Julai – Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun mengikut rakan lelakinya ponteng sekolah mengundang padah apabila dia dirogol di sebuah rumah di Taman Lukut, Port Dickson, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan mengikuti rakan lelakinya yang juga berusia 15 tahun ke rumah kosong berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, ketika di rumah berkenaan mangsa dirogol rakan lelakinya itu yang juga rakan sekolahnya.
“Selepas merogol pelajar perempuan itu, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah.
“Mangsa lalu mengadu kejadian itu kepada keluarganya sebelum mereka membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, susulan laporan itu, polis menahan pelajar lelaki tersebut di rumah keluarganya di sini untuk membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, polis memburu seorang lelaki berusia 43 tahun kerana merogol teman wanitanya yang berusia 20 tahun sehingga mengandung.
Baljeet berkata, kejadian itu berlaku April lalu tetapi mangsa baru membuat laporan polis semalam selepas menyedari dirinya mengandung.
Ujarnya, dalam kejadian itu, mangsa yang berasal dari daerah ini mendakwa diberi sejenis minuman yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum dirogol lelaki itu di sebuah bilik hotel di sini.
“Berikutan laporan itu kita kini sedang memburu lelaki tersebut untuk membantu siasatan,” jelasnya.
Credit to PSBTPN Sarawak

No comments:

Post a Comment