Friday 21 October 2011

5 Sebab Kenapa Pelajar Sekolah PONTENG Sekolah?



Tak Comel – Pelajar sekolah bertopeng ponteng sekolah

Tak tahulah samada mereka ni ponteng sekolah atau tidak. Tapi memang salah satu perangai tak elok dari pelajar sekolah zaman sekarang. Dengan baju terkeluar, dengan muka perasan samseng, dengan budget bagus, dengan topeng yang beli guna duit mak bapak..aduhh
Isu ini memang panas. Nak dikatakan sensitif, tidaklah sampai begitu. Tapi kalau nak kata isu pelajar ponteng sekolah ni serius atau tidak, aku yakin ramai yang akan tersenyum. Ya, ianya sudah menjadi serius dan akan menjadi lebih kronik serta kritikal jika ianya tidak ditangani dengan baik
Ada beberapa sebab mengapa pelajar sekolah PONTENG Sekolah. Antaranya..
1. Pelajar malas belajar. Memang susah sikit nak tolong pelajar jenis begini. Kita cakap apa pun, dia buat sardin aje. Dah tegur, dah marah, dah nasihat dan dah panggil keluarga. Sampaikan ahli keluarga sendiri mengharapkan pihak sekolah untuk membimbing anak mereka. Benda ni agak subjektif dan semuanya bergantung pada pelajar tersebut. Tak ada ubat untuk malas. Kita sendiri kena berubah untuk menjadi tidak malas. Jadi, biasanya pelajar macam ni tahu yang pihak sekolah memang tak tahu nak buat apa dengan diorang walaupun dah banyak kali masuk bilik disiplin dan bilik pengetua. Itupun masih buat sardin jugak. Entahlah, kat sekolah aku ni ada juga kes begini. Susah gak nak cakap. Nak senang bicara, buang sekolah aje pelajar tersebut. Mungkin itu jalan yang agak terbaik.
2. Pelajar buta huruf. Ya, aku tahu. Ramai yang membangkang atau tarik muka. Mengapa aku tegaskan yang pelajar buta huruf atau tak reti membaca ni suka ponteng sekolah? Antara hujahnya ialah pelajar yang buta huruf ini biasanya akan dipinggirkan. Kalau masih sekolah rendah, masih boleh dididik. Tapi kalau sekolah menengah tapi masih tak pandai membaca, memang susah sikit nak dididik. Bukan tak boleh. Boleh. Tapi sukar. Jika sekolah menengah tersebut membuat inisiatif untuk mengadakan satu kelas khas untuk mereka-mereka yang tak pandai membaca ini, aku yakin pada mereka boleh membaca. Tapi kalau tak ada kelas atau sekolah tak buat langsung kelas-kelas pemulihan untuk pelajar sebegini, mereka takkan pandai membaca. Takkan melainkan pelajar tersebut sedar dan ada minat untuk belajar. Dan akhirnya, bila diorang sedar tak ada orang ambil perhatian tentang diri mereka, mereka akan ponteng sekolah. Cikgu pun ada yang tak berapa kesah. Memudahkan mereka untuk mengajar. Malah, ketiadaan pelajar bermasalah ini mungkin menggembirakan hati sesetengah orang guru. Jangan tak mengaku. Aku sendiri kadang-kadang sakit kepala kalau ada pelajar tingkatan 3 atau tingkatan 5 yang tak reti membaca habis satu perenggan dengan lancar. Macam mana nak masuk dewan peperiksaan kalau tak reti membaca? Menghampiri 100% akan gagal dalam peperiksaan. Jadi, bagi pelajar ni diorang merasakan ponteng sekolah mungkin jalan terbaik yang mungkin akan diakhiri dengan hukuman gantung dan buang sekolah. Yela, kalau dah 60 hari berturut-turut tak datang sekolah tanpa sebab. Buang sekolah la gamaknya..
3. Pengaruh rakan sebaya. Ini antara sebab utama yang meyakinkan para pelajar untuk ponteng sekolah. Ini fakta. Pengaruh rakan sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan para pelajar bukan sahaja berperangai kurang ajar, nakal dan jahat tetapi berpotensi untuk ponteng sekolah lebih 60 hari dalam setahun.  Ada juga pelajar yang terpengaruh dengan rakan yang kurang elok seperti penagih atau golongan yang kurang elok untuk dicontohi. Malah ada para pelajar dipengaruhi oleh rakan mereka yang juga ponteng sekolah. Bila mereka lihat rakan mereka ponteng, ini mendorong mereka untuk ponteng sekolah. Lebih-lebih lagi bila rakan mereka itu dilihat sebagai orang-orang yang cukup ditakuti oleh pelajar lain atau masyarakat. Susah nak cakap tentang benda ini, pendek cerita, pengaruh rakan sebaya memang boleh menjadi faktor pelajar untuk ponteng sekolah.
4. Rumah jauh dari sekolah. Faktor tempat tinggal juga memainkan peranan penting. Lebih-lebih lagi jika yang duduk dikawasan hujung bandar. Ada rumah pelajar yang dalam estet, ladang dan hutan. Nak keluar rumah kena jalan kaki. Bagi keluarga yang ada motorsikal atau basikal, bolehlah abang atau ayah mereka hantar ke simpang untuk menaiki bas. Tapi kalau mereka lambat dan tertinggal bas, ini membuatkan mereka malas untuk ke sekolah. Lebih-lebih lagi jika mereka selalu tertinggal bas yang pertama. Bas yang kedua datangnya sejam kemudian. Kalau ada yang sanggup tunggu, pasti lewat tiba ke sekolah. Sampai sekolah, kena denda pula. Masuk kelas lambat, ada plak yang kena marah dengan guru kelas. Itu yang membuatkan mereka rasa menyampah nak masuk kelas atau hadir ke sekolah. Faktor ni pun susah nak cerita. Nak salahkan mereka seratus-peratus, susah juga. Pendek cerita, semuanya bergantung pada diri pelajar masing-masing. Jika mereka mahu belajar dan datang ke sekolah, pasti ada caranya. Tapi aku tahu ada yang betul-betul datang ke sekolah, cuma faktor keadaan dan persekitaran yang membuatkan mereka terpaksa ponteng sekolah.
5. Pelajar dari keluarga susah. Ada yang ponteng sekolah sebab keadaan keluarga yang daif. Nak pergi sekolah kena naik bas. Sekolah pula jauh dari rumah. Nak jalan kaki, pelajar sekarang memang malas. Zaman mak bapak kita dulu, setakat jalan kaki ke sekolah dalam 20-30 km, macam kacang aje. Zaman sekarang, jangan mimpi nak harap pelajar jalan kaki ke sekolah walaupun jaraknya 10km. Penat katanya. Lom lagi cerita tentang duit poket diorang. Memang tak ramai yang ada duit. Pergi sekolah pun, cukup-cukup untuk duit bas. Waktu rehat, puasalah jawabnya. Tidakpun, togok air paip. Itu aje yang mampu. Kadang-kadang aku kesian juga dengan pelajar jenis macam ni. Aku tolong apa yang aku mampu aje. Yang tak mampu dan tak tercapai, aku doakan mereka akan belajar untuk mengubah masa depan keluarga mereka. Insya-Allah.
(Credit to Cikgu Malaysia)

No comments:

Post a Comment