KEMPEN anti buli yang sering diadakan tentunya belum berkesan untuk menangani kes-kes buli yang masih berlaku di sekolah. Yang kita nampak, masih ada kes dipaparkan di media massa.
Itu antara kes yang dipaparkan. Yang disembunyikan entah berapa lagi. Rakan saya yang sudah 25 tahun menjadi guru pernah menyuarakan rasa bimbangnya terhadap pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang.
Katanya, budak-budak zaman sekarang dengan zaman dahulu jauh sangat bezanya. Kalau di rumah, pijak semut tak mati, di sekolah pun begitu juga. Tetapi sekarang, di mana-mana pun, gajah pun boleh lari.
Kata-kata ini memperlihatkan perubahan zaman menjadikan ada dalam kalangan pelajar sekolah turut menjadi agresif, tidak boleh menahan marah, kurang hormat, berani tidak bertempat dan sebagainya.
Sikap-sikap ini menjadi masalah kepada pihak pentadbiran sekolah sehingga sekolah memikirkan pelbagai kaedah untuk menanganinya.
Tugas menangani anak-anak remaja tidak semestinya diserahkan seratus-peratus kepada pihak sekolah. Jika anak-anak tinggal di asrama, bukan warden asrama sahaja yang mesti dipertanggungjawabkan tetapi pelbagai pihak lain mesti berganding bahu memikul masalah ini.
Sebelum anak-anak melangkah ke sekolah rendah, ibu bapalah yang memikul tanggungjawab ini kerana anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorak warnakannya. Ibu bapalah yang memainkan peranan untuk membentuk anak-anak mereka sebagai modal insan dengan pelbagai cara.
Didikan agama dan moral dan beberapa nilai murni sudah boleh dibentuk oleh ibu bapa pada peringkat awal ini supaya anak-anak mereka sudah biasa dengan amalan-amalan mulia di rumah sebelum dibawa ke sekolah dan di mana-mana sahaja mereka pergi selepas tamat zaman persekolahan.
Oleh itu, pemantauan ke atas anak-anak bukan terhenti setelah anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Ini kerana tanggungjawab mereka sebenarnya berterusan supaya anak-anak mereka tahan diuji apabila berada di luar rumah yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Anak-anak yang mempunyai daya saing dan mempunyai cita-cita tinggi mestilah dibentuk sejak di rumah lagi. Di rumah, kebiasaan atau rutin ibu bapa akan menjadi ikutan.
Jika ibu bapa rajin membaca, anak-anak pun akan rajin membaca; jika ibu bapa sering bertegang leher, anak-anak pun sudah lali dengan keadaan tersebut.
Apa yang dikhuatiri, segala bentuk perlakuan negatif di rumah akan turut menjadi ikutan oleh anak-anak kemudian mudah bagi mereka mencari jalan keluar dengan kaedah yang mereka rasakan benar di pihak mereka, walaupun tindakan mereka salah.
Ibu bapa juga mesti menekankan kepada anak-anak mereka tentang tujuan sebenar ke sekolah. Hendak menuntut ilmu atau hendak menunjuk siapa kuat siapa lemah.
Ibu bapa mestilah memberi penerangan secukupnya tentang peranan institusi pendidikan, iaitu tempat untuk mencari ilmu dan membentuk sahsiah, bukannya tempat untuk bersuka-suka, mencari nama, menunjuk megah dan sebagainya. Usaha untuk melahirkan modal insan memang bermula dari rumah dan sekolah.
Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah bekerjasama dan memahami masalah anak-anak supaya mereka mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat persekolahan.
Merekalah yang bakal menerajui negara kelak dan sudah semestinya tanggungjawab mereka sangat besar untuk menentukan hala tuju negara kelak.

No comments:
Post a Comment