Monday 10 November 2014

Kisah Imam Malik dengan Si Pemandi Mayat

mengkafani mayit 2
Gambar hiasan

 ::Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di Kemaluan Si Mati::


Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.

Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.


Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan,
tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.

Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa
adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan
kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina)
pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.

Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
kerana tidak mendatangkan saksi."

Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan
maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya..

Moga bermanfaat dan sama2lah memperbaiki diri. InsyaAllah.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment