Saturday, 29 November 2014

Perintah iqra' & teknologi pembacaan

KAJIAN terkini Perpustakaan Negara mendapati setiap warga Malaysia secara puratanya membaca 14 buku setahun. Angka ini amat menggembirakan, kerana sekitar 14 tahun yang lepas, hanya dua setengah muka surat yang dibaca dalam setahun.


Ayuh kita imbau peperangan strategis yang terjadi seratus tahun selepas kewafatan Nabi. Dalam tahun 751, berlaku konflik perbatasan antara Bani Abbasiyyah dengan Dinasti Tang China, di tebing sungai Talas yang kini terletak di sempadan Kyrgyzstan dengan Kazakhstan.

Selesai pertempuran yang dimenangi kerajaan Islam, tahanan perang China telah diminta mengajar rahsia cara membuat kertas kepada orang Islam di Samarkand. Dari sini, seni pembuatan kertas yang dipelopori kebudayaan China telah dimajukan oleh orang Islam menjadi satu industri global.

Jika sebelumnya proses membuat kertas terbatas sebagai satu seni rahsia kelompok elit biarawan Buddha China (State secret), tamadun Islam telah menaiktarafkannya menjadi industri awam dengan kilang-kilang yang didirikan di Baghdad dan Damsyik hinggalah membawa ke Tiberias, Syria, M
esir, dan tidak lupa Andalusia.



Teknologi kertas yang dimajukan telah menyebabkan bahan penting untuk budaya membaca tersebut menjadi semakin murah dan semakin bermutu. Semakin murah dan cost-effective, kerana jumlah buruh dan kerja yang digunakan semakin berkurangan. Semakin bermutu, kerana bahan yang digunakan lebih berkualiti tinggi, iaitu daun kenaf (hemp) yang memiliki gentian panjang lagi kuat. Kilang di Damsyik mengeksport kertas ke Eropah, sebelum loji kertas di Andalusia membekalkannya ke Jativa, Valencia dan Eropah Barat.

Prasarana budaya membaca menjadi bertambah baik, seterusnya merangsang jualan buku, pengajaran dan pembelajaran. Suatu perubahan yang sangat hebat, suatu revolusi penyebaran ilmu dan sains tercipta.

Ternyata untuk tamadun Islam mampu menguasai dunia tidak memadai sekadar bernostalgia yang wahyu pertama kepada Rasulullah SAW adalah mengenai perintah membaca.

Sebaliknya, umat Islam silam nampaknya sangat faham bahawa wahyu pertama bukan sekadar mengandungkan perintah iqra’, tetapi turut menitahkan perintah menyebarkan ilmu dan kepentingan strategis kalam atau stylus.

Bahkan iqra’ itu sendiri pun bukan sekadar bermaksud bacalah!, tetapi juga bermaksud telitilah sesuatu perkara secara yang saksama (istaqri’), dan telaahlah sesuatu ilmu secara yang bersungguh-sungguh (tali’).

Bukan secara kebetulan, gua tempat Nabi menerima wahyu pertama bernama Ghar Hira’ yang bermaksud ruang ‘pencarian’, ‘pemeriksaan’ dan ‘penyelidikan’.

Seterusnya, iqra’ turut bermaksud ‘sampaikanlah!’ atau ‘isytiharkanlah!’. Satu lagi perkara yang sangat menarik adalah, betapa ajaran Islam yang disampaikan itu harus selaras dengan tata logika.

Justeru iqra’ sangat berkait rapat dengan istiqra’, iaitu metode deduktif yang menarik satu kesimpulan baru daripada beberapa pernyataan lain, hasil penyelidikan dan pemeriksaan yang mendalam tadi.

Tidak hairanlah kalau golongan pembaca atau qurra’ sama statusnya dengan golongan yang bertanassuk atau beribadah kepada ALLAH, sementara perintah membaca adalah setaraf dengan perintah tafaqquh atau mempelajari ilmu agama, kerana sesungguhnya tiada pemisahan ilmu dalam Islam.

Berikut dari itu, petunjuk-petunjuk al-Quran telah ditafsirkan dan diperjelas dalam pelbagai karya agung dan abadi silam yang berjilid-jilid besarnya, sama ada dalam bidang kerohanian, akhlak, perundangan, pendidikan, perubatan, perbandingan agama, falsafah, ekonomi, politik, mahupun kesusasteraan.

Persis pengamatan Voltaire dalam Philosophical Dictionary, “the whole of the known universe is governed by books alone.” Lihatlah tamadun mana yang mengawal planet bumi sekarang? Amerika dan Jepun menguasai budaya penyelidikan dan inovatif, dan seterusnya mempelopori teknologi terkini pembacaan seperti Amazon Kindle, Sony Reader, buku-elektronik, perisian buku-audio, e-kertas, dan kertas-digital.



Credit: DR MOHD SANI BADRON

Guna pakai ‘teknologi’ haiwan

Sumbangan haiwan dalam kehidupan manusia terlalu banyak


HUBUNGAN manusia dengan haiwan sudah lama wujud. Jalinan yang wujud sejak zaman Nabi Adam a.s itu dapat dilihat dengan jelas dalam setiap aspek kehidupan ini. Realitinya, hubungan itu telah memberi banyak manfaat kepada manusia. Cuma, apa yang mungkin dinikmati oleh haiwan adalah mereka dihargai atau dibelai oleh manusia.
Selain sebagai sumber makanan, haiwan akan membekalkan bahan untuk pakaian, perlindungan, perhiasan, pertanian, pengangkutan, ubat-ubatan, farmaseutikal dan sebagainya.
Ada juga haiwan yang digunakan sebagai simbol pengenalan identiti sesebuah masyarakat, komuniti, organisasi atau persatuan.
Namun, apa yang menarik adalah hubungan itu ialah ia telah menjadikan kehidupan di alam ini lebih seimbang dan lestari. Ia juga mampu memastikan spesies manusia dan haiwan dapat terus wujud tanpa sebarang masalah.
Hubungan pertama antara manusia dan haiwan ketika berlakunya konflik pertama manusia di atas muka bumi ini iaitu antara Qabil dan Habil. Peristiwa itu membabitkan cara membunuh dan menanam manusia yang sudah mati.



KAABAH selamat dan teguh hingga hari ini dengan bantuan burung Ababil. - gambar hiasan -
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 30 hingga 31 yang bermaksud: Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia daripada golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, Aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah ia daripada golongan orang-orang yang menyesal.
Bertitik-tolak daripada kisah di atas itu, bagi dua saintis tersohor tanah air, Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah dan Dr. Zulkifli Zainal Abidin, ikatan itu membuktikan bahawa tidak ada makhluk atas muka bumi ini boleh hidup dengan sendiri.
Wujud keseimbangan
Malah, firman Allah SWT dalam surah al-A’la ayat satu hingga tiga yang bermaksud: Bertasbihlah menyucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (daripada segala sifat-sifat kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).
Ternyata surah di atas menunjukkan wujudnya keseimbangan yang dimainkan oleh haiwan dan juga manusia dalam memastikan bumi ini bergerak mengikut apa yang dikehendaki-Nya.
“Oleh itu, bukan hanya manusia yang tidak berdiri dengan sendiri, malah segala makhluk ciptaan Allah SWT juga tidak berdiri dengan sendirinya,” kata mereka ketika ditemui di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.
Hasil keistimewaan itulah telah menggerakkan dua orang saintis itu untuk mengenal pasti apakah haiwan yang telah mengubah kehidupan manusia selama ini.
Bagi memastikan penemuan itu dibaca oleh masyarakat umum, mereka salurkannya dalam sebuah buku, Keajaiban Haiwan Yang Mengubah Dunia (tebitan PTS Millennia Sdn. Bhd.).
Mereka mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Ini kerana, ia satu tugas yang bukan hanya untuk memastikan faktanya tidak lari, malah ia boleh lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.



Struktur sisik ikan Jerung dijadikan inspirasi untuk cipta baju renang yang mampu mengurangkan peratus geseran air sebanyak empat peratus. 
Ini kerana pendedahan itu membuktikan kelebihan yang dimiliki oleh manusia dan haiwan tersebut tidak terjadi dengan sendiri kerana ia memerlukan pencipta untuk menciptakannya.
Dr. Zulkifli, pakar dalam bidang robotik, sendiri mengakui tentang kekaguman beliau terhadap ‘teknologi’ yang dimiliki oleh haiwan dan kini banyak teknologi itu telah diguna pakai secara meluas oleh manusia.
Sains dan Islam seiring
SEMENTARA itu, bagi Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, pendedahan sedemikian akan membolehkan seluruh umat Islam menemui satu fakta yang sememangnya selari dengan akidah dan tauhid.
Malah, beliau juga percaya penemuan itu akan menyangkal dakwaan bahawa ilmu sains dan agama adalah dua bidang yang tidak boleh disatukan.
“Kita boleh menyangkal dakwaan teori evolusi oleh Charles Darwin kerana haiwan hidup beribu tahun lalu dan sehingga kini hidupnya tidak pernah berubah,” katanya.
Namun apa yang penting adalah melalui kajian sedemikian, kita akan tahu kelebihan yang dimiliki oleh haiwan terbabit.
Walaupun manusia tidak ada kelebihan itu tetapi kita dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk membolehkan kita meneliti dan mengaplikasikan kelebihan itu untuk memudahkan lagi kehidupan manusia.
“Memang kita tidak ada kelebihan itu tetapi kita ada akal dan Allah SWT mengurniakan akal fikiran bukan semata-mata untuk memikirkannya tetapi lebih bertakwa kepada-Nya,” katanya.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat ke-190 hingga ke-191 yang bermaksud: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan langit dan bumi (lalu berkata): Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, Maha Suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.
Jelas Dr. Umi Kalthum, usaha mereka berdua itu bukan sekadar menambah pengetahuan sains dalam kalangan masyarakat umum tetapi menarik minat generasi muda Islam kepada bidang sains.
Ini kerana, di zaman kegemilangan Islam, para saintis Islam berada di kelas mereka tersendiri dan sukar dicabar oleh mana-mana saintis Barat pada masa itu.
“Tetapi hari ini, kita kena rujuk kepada mereka tetapi kami percaya bila kajian sains itu dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT, ia akan beri semangat untuk kita bawa satu mesej iaitu orang Islam mesti berada di hadapan semula, sebagaimana ilmuwan Islam dahulu,” tegasnya.

Jadi tajuk kajian tesis
“Idea itu bermula pada 2008 untuk saya memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kebiasaannya, saya perlu mencari tajuk untuk membuat sebuah kajian.
“Disebabkan hampir semua bidang dalam robotik, sudah ada kajiannya, maka saya mula terfikir untuk mencarinya dalam bidang lain dan antaranya yang menarik minat saya adalah berkaitan sumbangan haiwan dalam kehidupan manusia,” katanya.
Walaupun banyak haiwan yang menarik, sudah ada penyelidik yang mengkajinya tetapi apa yang beliau lakukan adalah fokus kajiannya adalah daripada sudut al-Quran.
Fokus tersebut penting supaya bukan hanya dirinya sendiri tetapi para pembaca akan menjadi lebih dekat dengan Maha Pencipta.
Ujar Dr. Zulkilfi lagi, penemuan tersebut bukan hanya akan ‘membuka mata hati’ kita terhadap kehebatan ciptaan Allah SWT tetapi mampu menambah lagi keimanan kita kepada-Nya.
“Saya percaya jika kita tahu sumbangan haiwan kepada kehidupan manusia, sebagai umat Islam, pastinya akan rasa kagum dengan ciptaan Allah SWT,” katanya.



Thursday, 27 November 2014

Pendidikan Berkesan Kepada Anak-anak Dalam Islam





Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Anak yang baik adalah lahir dari kesan didikan ibubapanya sejak dari awal perkahwinan ibubapanya. Ianya tidak lahir sendiri dan membesar tanpa panduan dan didikan sesiapa.

Ibu bapa seharusnya sejak awal lagi sudah bersiap siaga bagi memastikan amanah untuk mendidik iman dan juga moralnya, mental mahupun jasmaninya, rohani serta sosialnya memenuhi tuntutan Islam dan mereka membesar menjadi insan yang dibanggai Islam.

Dapatkah kita membayangkan anak-anak yang kita tarbiyyah itu membesar dengan begitu baik sekali. Mereka menghormati orang tua, mengerjakan solat, puasa, cemerlang di dalam akademik dan sebagainya. Bukankah itu suatu ketenteraman buat kita sebagai ibubapa? Kita akan sentiasa merasa tenang dan bahagia.

Namun cuba kita bayangkan, jika anak-anak itu menjadi seorang pemberontak di rumah dan di sekolah, melawan, berlumba di jalanan, berpeleseran dan berfoya-foya. Tentu kita akan rasa tertekan serta gelisah. Jadi, bagaimana kita berperanan dengan sebaiknya bagi memastikan anak-anak yang Allah amanahkan ini menjadi saksi dan pembela di akhirat nanti?

a) Mendidik melalui contoh tauladan yang baik.

Antara cara mendidik yang sangat berkesan adalah dengan memberi dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Contoh-contoh tauladan yang baik banyak melengkapkan anak-anak dengan akhlaq yang baik dan membentuk rohani serta sosialnya.

Contoh tauladan yang baik di rumah adalah yang paling hampir dengan anak-anak. Jika contoh yang dilihat dan dipamerkan adalah tauladan yang baik, maka akhlaq yang bakal dipamerkan oleh anak juga adalah akhlaq yang baik. Namun jika contoh yang ditunjukkan di rumah adalah contoh buruk dan tidak elok untuk pembangunan akhlaq anak-anak maka tidak hairanlah jika di luar rumah, mereka mempamerkan akhlaq sebegitu juga.

 
Rasulullah sebagai contoh yang utama

Pernahkah kita menceritakan tentang hebat serta cantiknya akhlaq Rasulullah s.a.w kepada anak-anak?

Ingatkah kita tentang cerita Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika mereka bersembunyi di gua Thur? Cerita hebat tentang baiknya akhlaq Rasulullah dan sahabat baginda boleh dijadikan contoh buat anak-anak. Begitu juga kisah akhlaq Rasulullah s.a.w ketika berhadapan dengan seorang wanita yang selalu mengganggu baginda. Duduk dan berceritalah dengan anak-anak.

Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik." (Al-Ahzab:21)

Berapa ramaikah di kalangan kita dan anak-anak yang menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan? Tidak menghairankan jika hari ini kita mendengar anak-anak menjadikan artis dan superhero televisyen sebagai idola mereka. Kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya membentuk pendirian mereka agar tahu memilih siapakah yang wajar dijadikan contoh tauladan.




b) Mendidik melalui nasihat dan bimbinganBerdoa dan minta kepada Allah semoga kita sentiasa berlapang dada dan tidak bosan untuk selalu memberikan nasihat dan bimbingan kepada anak-anak. Anak-anak selalu inginkan ibubapanya membimbing mereka kerana mereka muda untuk memikirkan terlalu banyak cabaran serta dugaan kehidupan.

Ada beberapa cara untuk kita memberikan nasihat kepada anak:

1. Berilah nasihat ketika anak sedang bergembira.

2. Berikan nasihat dengan cara mendekati dirinya, menyentuh kulit dan memandang mata si anak

3. Memberikan nasihat dengan cara bercerita

4. Memberikan nasihat dengan bergambar

5. Memberikan nasihat ketika hendak masuk tidur

6. Memberikan nasihat dengan memberikan contoh-contoh yang ada di sekeliling


c) Mendidik dengan cara pemerhatian dan pengawasan
Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk sentiasa mengawasi dan memerhatikan anak-anak mereka. Lihatlah apa yang terjadi keapada anak-anak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan dan pemerhatian. Mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan berpeleseran. Maka timbullah mat rempit, bohsia bohjan, dadah, rokok dan sebagainya.

Allah berfirman:

"Suruhlah ahlimu (keluargamu) supaya bersembahyang, dan bersabarlah atas mengerjakannya. " (Taha:132)

Apakah yang ingin kita perhatikan?

1.    Memerhatikan pergaulan anak-anak

2.    Memerhatikan solat anak-anak

3. Memerhatikan pembelajaran anak-anak terutamanya dalam mempelajari al-Qur'an

4.    Memerhatikan tahap kesihatan anak-anak

Beginilah besarnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Namun haruslah diperhatikan apakah cara mendidik yang benar dan berkesan untuk anak-anak. Mudah-mudahan dengan cara didikan berkesan ini akan dapat mempersiapkan anak-anak kita ke arah insan yang diredhai Allah s.w.t

Cara mendidik yang berkesan yang seterusnya adalah mendidik dengan denda dan hukuman.


InsyaAllah akan dihuraikan dalam artikel selepas ini.

Moga kita disayang Allah.

 
 
 
 
 
 
Credit: Ashikin Hashim

Wednesday, 26 November 2014

Dua syirik boleh sebabkan kufur


Ustaz Sharizan Daud at-Turabi menjelaskan, syirik menduakan Allah SWT dengan sesuatu yang lain sama ada secara terang atau secara tersembunyi dalam Tarbiah.
 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain daripada dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah an-Nisa', ayat 48)
 
Barangkali kita telah terselamat daripada melakukan perkara membawa kepada syirik secara terangan seperti menyembah berhala, tokong atau apa sahaja yang menyamakannya dengan Allah SWT. Tetapi adakah dengan tidak menyekutukan Allah SWT secara terang itu kita tidak melakukan syirik kepada-Nya?
 
Perbuatan syirik bermaksud sesuatu perbuatan yang menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain sama ada makhluk bernyawa atau sebaliknya menyamai bagi Allah SWT.
 
Sekutu Allah perbuatan syirik

Menyekutukan Allah SWT jelas dianggap sebagai suatu perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama, apatah lagi perbuatan sesetengah orang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Lebih parah apabila golongan itu wujud dalam masyarakat kerana boleh merosakkan akidah umat Islam.

Menerusi rancangan Tarbiah yang bersiaran setiap Jumaat jam 10.15 pagi, Ustaz Sharizan Daud at-Turabi menjelaskan, syirik bermakna menduakan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Syirik secara terang disebut sebagai syirik jali manakala syirik secara tersembunyi adalah syirik khafi.


Bagaimanapun, kedua-dua jenis syirik ini mengundang bahaya yang besar kepada kita kerana takut apa juga amal ibadah dilakukan kepada Allah SWT secara bersungguh-sungguh, menjadi kawah kosong yang kering kontang tanpa apa-apa hasil.
 
Penegasan salahnya perbuatan syirik dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka." (Surah al-Ma'idah, ayat 72)
 
Justeru, berhati-hatilah dalam setiap perbuatan dan tindak tanduk supaya kita tidak dibelenggu perbuatan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar sehingga boleh membawa kepada dosa besar yang akhirnya menjerumuskan kita ke neraka.
 

Galak cari ilmu
 

Sebab itulah kita dianjurkan untuk mencari ilmu agama yang kukuh dan belajar dengan mereka yang arif supaya ilmu agama boleh menjadi benteng atau pendinding daripada ancaman perbuatan merosakkan akidah terhadap Allah SWT.
 
Menurut Sharizan, syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Syirik jali boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu menerusi iktikad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah SWT.
 
Kedua, menerusi perbuatan serta amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib, mempercayai sesuatu objek mempunyai keramat tertentu juga membawa kepada unsur syirik.
 
Bahkan ahli agama berpendapat perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan yang boleh menjurus kepada syirik.
 
Ketiga, menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
 
Syirik khafi pula, kita harus lebih berhati-hati kerana dibimbangi tanpa disedari kita tergolong dalam melakukan perbuatan syirik seperti perbuatan riak dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadahnya." (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Amal ibadah kita kepada Allah SWT hendaklah dilakukan secara ikhlas dengan bersungguh-sungguh meyakini keesaan-Nya. Amalan kita bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
 
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
 
Perbuatan bertujuan menunjuk-nunjuk sama ada secara sengaja atau tidak, amat dimurkai Allah SWT, malah Rasulullah SAW menegur perbuatan itu kerana boleh membawa kepada perbuatan yang merosakkan hati manusia.
 
Allah SWT menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi." (Surah az-Zumar, ayat 65)
 
Bina kesedaran, tambah pengetahuan
 
Mari kita bersama membina kesedaran melalui ilmu dan sentiasa menambah pengetahuan supaya tidak terjerumus dengan perbuatan bukan sekadar sia-sia tetapi membawa kepada dosa. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan.
 
Adalah merugikan ibadah kita lakukan secara bersungguh-sungguh atau sedekah jariah yang sekian banyak, jika amalan itu bersulam perbuatan riak yang menjurus kepada syirik kerana telah banyak disebut dalam hadis dan al-Quran bahawa amalan syirik hanya membawa kepada kebinasaan serta kerugian.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman, ayat 13)


Credit: Nik Hasnah Ismail

Tuesday, 25 November 2014

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

 Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.


Heracleion2


Menurut sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Menurut seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

Heracleion1

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.
Heracleion3

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

Cleopatra_Isis3

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.
 


“Saya tidak pernah berkecil hati"

Kota Kinabalu: “Saya tidak pernah berkecil hati, malah terhutang budi kepada rakan, pensyarah serta kakitangan yang banyak membantu sepanjang berada di Universiti Malaysia Sabah (UMS),” kata graduan kerdil, Emy Aridah Aripin, 26, yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen UMS ke-16, di sini, semalam.

Emy Aridah yang kini bertugas sebagai pembantu perakaunan dan juruaudit di sebuah firma audit sekitar bandar raya ini turut merakamkan penghargaan kepada UMS yang begitu prihatin terhadap kebajikan pelajarnya.

Anak sulung daripada lima beradik itu turut mengakui sering menjadi tumpuan di kalangan pelajar UMS berikutan ketinggiannya 98 sentimeter dengan berat 24 kilogram.

“Sepanjang berada di UMS, saya tidak mengalami banyak masalah kerana sentiasa dibantu tiga rakan karib yang sama-sama menuntut sejak dari peringkat diploma lagi selain mendapat bantuan serta sokongan rakan lain.


EMY Aridah menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian daripada Mohd Harun


 

Monday, 24 November 2014

Remaja samseng, kes buli makin membarah

Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak pihak terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan sosial remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan kejadian buli yang membahayakan keselamatan pelajar sekolah khususnya sekolah berasrama.

Tidak cukup dengan wacana sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian berkesan untuk gejala buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja bermasalah di sekolah. Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat menghasilkan virus schoolafobia kerana pelajar baru takut tinggal di asrama.

Institusi sekolah terutama sekolah berasrama sering menjadi medan sebilangan pelajar menunjukkan dominasi dan senioriti sehingga sanggup mencederakan pelajar lebih bawah daripada mereka. Aksi tendang terajang serta ala ahli gusti dipertontonkan untuk menunjukkan kekuatan dan pelajar baru menjadi mangsa.

Perbuatan salah laku itu menyebabkan kecederaan, koma, patah tulang sehingga ada yang meninggal dunia disebabkan perlakuan buli di asrama dan sekolah. Ironinya, kejadian buli juga turut dilaporkan membabitkan sekolah yang telah diberi gred berprestasi tinggi.

Lebih menyedihkan lagi, laporan kejadian buli turut berlaku dalam kalangan pelajar Melayu-Islam di sekolah aliran agama yang sepatutnya menjadi teladan kepada pelajar lain.
 
Gejala samseng membarah
 
Sebaliknya, saban tahun gejala samseng dalam kalangan pelajar makin membarah walaupun pelbagai tindakan telah diambil. Peraturan sekolah tidak mampu menanam rasa takut golongan pembuli di asrama meskipun telah banyak amaran dan tindakan disiplin dikenakan kepada pembuli sebelum ini.

Walaupun buli adalah perbuatan segelintir pelajar, namun jika tiada tindakan segera dan proaktif, ia akan terus berleluasa serta mendatangkan implikasi negatif yang lebih teruk kepada pelajar sama ada pembuli atau pelajar yang dibuli. Perbuatan buli akan mencemarkan nama sekolah kerana disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Peraturan dan undang-undang boleh pengawal pelajar supaya lebih berdisiplin serta tidak melakukan kesalahan mencabuli hak orang lain sewenang-wenangnya. Perbuatan buli atau gengster dalam kalangan pelajar sekolah ini adalah kesalahan Juvana yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90).

Pesalah bawah umur adalah pesalah juvana kerana undang-undang juvana akan dikenakan ke atas mereka berumur 18 tahun dan ke bawah. Undang-undang Juvana dalam Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) terbahagi kepada beberapa segmen penguatkuasaan undang-undang.

Antara undang-undang bakal dikenakan terhadap pesalah juvana termasuk pemantauan oleh pegawai khas, denda atau kos, dimasukkan ke asrama akhlak Sekolah Henry Gurney dan hukuman penjara jika kesalahan itu serius.
 
Perkenal model Undang-Undang Juvana Syariah
 
Justeru, dicadangkan supaya satu model Undang-Undang Juvana Syariah diperkenalkan kerajaan demi kebaikan umat Islam di Malaysia. Orientasi undang-undang syariah akan mengambil pendekatan harmoni dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

Undang-undang itu juga terpakai kepada remaja Islam yang melakukan kesalahan juvana. Jika cadangan ini mahu dilaksanakan, suatu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk membentuk Enakmen Kesalahan Juvana Syariah Negeri.

Biarpun berada dalam bidang kuasa negeri, undang-undang syariah boleh diseragamkan di peringkat nasional atas dasar persetujuan semua negeri. Pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh mengeluarkan lebih banyak bahan ilmiah untuk pelajar bagi memantapkan sahsiah dan jati diri mereka.

Sistem nilai setiap individu dapat dibangunkan untuk membentuk aset modal insan yang akan mewarisi Malaysia melalui usaha berterusan dan bersungguh-sungguh.

Cabaran remaja hari ini semakin kompleks dan pihak berwajib mesti menggunakan pendekatan pelbagai demi mencari penyelesaian terbaik. Sikap dan emosi pelajar perlu ditangani dengan penuh hikmah serta istiqamah.

Gejala buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Usaha yang tidak sedikit harus digembleng supaya perlakuan buli tidak berulang lagi.

Ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan mesti bekerjasama demi memastikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai status negara maju yang berteraskan pembangunan seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan rakyatnya.





Credit: Ahmad Rafa'i Md Ali

Street Dakwah sasar golongan muda

BEKAS penyanyi yang dikenali sebagai  Iwan Dangdut menghiburkan
BEKAS penyanyi yang dikenali sebagai Iwan Dangdut menghiburkan kira-kira 1,000 warga Teluk Intan yang hadir dalam program Street Dakwah: Dari Masjid ke Jalanan di Menara Condong, Teluk Intan, Perak, kelmarin.
TELUK INTAN 23 Nov. – Sebanyak 1,000 warga Teluk Intan membanjiri Menara Condong di sini bagi menyaksikan hiburan berbentuk Islamik dinamakan Street Dakwah: Dari Masjid Ke Jalanan di sini, semalam.
Program bermula pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam itu antara lain menampilkan artis jemputan seperti Iwan Dangdut, Wahid Senario dan Ustaz Zul Ramli.

Pengarah program, Haslan Harizad berkata, tujuan Street Dakwah diadakan adalah bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak memandang ringan akan agama Islam.

“Selain berhibur dengan konsert berbentuk Islamik, kita juga menunjukkan cara mengambil air sembahyang dengan betul serta mengadakan sesi soal jawab mengenai sebarang permasalahan berkaitan agama.


“Kita hendak memupuk kesedaran bahawa agama Islam tidak seharusnya dengan mudah dipermainkan atau dipersendakan oleh orang lain,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Haslan, sebelum ini, program seumpama itu pada kebiasaannya diadakan di sekitar kawasan Ipoh, namun, Menara Condong Teluk Intan dipilih kali ini berikutan ramai orang berkunjung ke sini terutamanya pada malam minggu.




Sabar Dalam Perniagaan & Kerjaya

Sabar separuh daripada iman tetapi amat sukar diamalkan

Dalam kerjaya atau perniagaan, kita telah dan akan banyak menghadapi situasi yang menguji kesabaran kita. Berurusan dengan manusia dengan pelbagai ragam dan kerenah bukannya senang.

Perhubungan dengan rakan sekerja, orang bawahan dan bos pasti menimbulkan konflik dan masalah. Dalam banyak keadaan kita perlu bersabar terutamanya jika orang bawahan selalu buat hal dan bos pula sering mendesak.

Begitu juga jika kita mengendalikan perniagaan kecil atau bekerja dalam syarikat kecil. Memang kita bukan 'priority' utama bagi pelanggan, pembekal, agensi kerajaan dan institusi kewangan. Keperluan dan kehendak anda jarang disegerakan.

Sebagai contoh, apabila berurusan dengan bank dalam hal ehwal pembiayaan, anda sebenarnya tertakluk kepada 'budi bicara' mereka, sedangkan dalam iklan atau risalah, mereka kata anda amat dihargai. Begitu juga apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

Walau apa pun, anda perlu 'push' mereka dan mengetengahkan kes anda. Tidak ada jalan lain kerana lazimnya organisasi besar tiada urgency dan anda perlu bersabar dan terus membuat pertanyaan susulan dengan cara yang baik.

 

Apabila berurusan dengan pelanggan pula, terutamanya pelanggan yang amat besar, memang anda perlu bersabar. Mereka tidak perlu menjawab komunikasi anda tetapi anda perlu menjawab komunikasi seperti emel daripada mereka dengan serta-merta.

Mereka lambat atau berat menjawab bukan kerana tidak hormat atau sebagainya, cuma anda tidak begitu penting dalam urusan mereka.

Tetapi lebih banyak kesabaran diperlukan apabila berurusan dengan orang yang memang tidak bermoral dan beretika. Mereka tidak mengotakan apa yang mereka kata. Dokumen yang ditandangani pun kadangkala tiada makna apa-apa.

Tahap kesabaran lebih tinggi lagi diperlukan apabila berurusan dengan orang yang pandai putar-belit. Semalam cakap satu dan hari ini pula cakap lain. Akhirnya tahap kesabaran yang paling tinggi diperlukan apabila berhadapan dengan orang yang menipu bulat-bulat.

Walau apa pun situasi, kita perlu bersabar. Memang sukar kerana dalam keadaan ini kita rasa seperti nak melenting sahaja dan inilah juga merupakan salah satu kelemahan saya. Anggap sebagai ujian daripada Allah. Lagipun kesabaran akan memberikan ketenangan dan manfaat di dunia dan akhirat

Kalau anda ada masa sejam, cuba dengar ceramah berikut daripada Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe mengenai kesabaran.


Apabila menghadapi dugaan, kerenah atau 'roadblock', pada pendapat saya kita perlu sabar tetapi terus 'push' atau terus berusaha untuk mengenepikan rintangan, sehingga matlamat dicapai. Ini perlu dilakukan walaupun kita terpaksa berurusan dengan orang yang tidak menghormati kita.

Jika membabitkan pelanggan perniagaan, selesaikan masalah dahulu dengan mereka dan jangan berurusan lagi dengan mereka jika kerenah yang dibuat terlalu berat. Tetapi jika perkara kecil, sabar saja dan terus berurusan dengan mereka. Apa nak buat, kita perlu cari makan!

Sebaliknya jika membabitkan urusan sekali seperti jual beli hartanah atau urusan pinjaman bank, terus berusaha dan tunjukkan anda serius dan pasti akhirnya satu jalan penyelesaian akan terbuka kepada anda.

Kesabaran ternyata satu sifat yang amat penting dalam perniagaan dan kerjaya
.
 





Credit: Razali Razman

Sunday, 23 November 2014

Siapa jumpa benua Amerika sebenarnya?

Statue of Liberty, Liberty Island and Manhattan skyline beyond, New York City, New York, United States of America, North AmericaPADA awal 800-an, Khalifah kerajaan Abbasiyah, al-Ma’mun menghimpunkan saintis-saintis Islam terkenal termasuk al-Khawarizmi di Baghdad yang kemudian mengira ukuran bumi dan kiraan mereka cuma kurang empat peratus daripada saiz sebenar.                 
 
Dengan mengetahui ukuran bumi, ramai umat Islam dipercayai telah membuat pengembaraan untuk mengelilingi dunia beratus tahun sebelum pelayaran Columbus.

Christopher Columbus arriving at one of the Caribbean islands on his ...
Ketibaan Columbus di Amerika

Sejarawan dan ahli geografi Islam, al-Masudi dalam catitannya pada 956 merekodkan bahawa kumpulan pelayar dari Andalusia pada 889 belayar selama berbulan-bulan ke arah barat.
 
Menurut al-Masudi, kumpulan pelayar Islam itu menemui satu benua yang luas di seberang laut dan mereka berdagang dengan penduduk pribumi sebelum kembali ke Eropah. Beliau merekodkan benua tersebut yang dirujuk sebagai `tanah yang tidak diketahui’ di dalam peta.
 
Selain itu, dua pengembaraan oleh umat Islam dari Sepanyol ke benua Amerika dicatatkan dalam sejarah iaitu yang diketuai oleh Ibn Farrukh dari Granada pada 999 dan al-Idrisi yang bekerja dengan Raja Roger II dari Sicily pada 1100-an.
 
Dalam catitan al-Idrisi, sekumpulan pelayar Islam belayar ke barat dari Lisbon (Portugal) selama 31 hari dan mendarat di sebuah pulau di Caribbean. Kumpulan pelayar itu kemudian ditahan oleh penduduk pribumi Amerika di situ selama beberapa hari.
 
Namun, mereka bernasib baik selepas seorang penterjemah yang hidup bersama penduduk pribumi itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab membantu untuk membebaskan mereka. Kumpulan pelayar Islam itu kemudian pulang ke Andalusia dan menceritakan pengalaman mereka di `Dunia Baharu’ itu.
 
Kewujudan penterjemah yang boleh bertutur dalam bahasa Arab itu menunjukkan sudah wujud hubungan antara dunia Islam dengan benua Amerika.
 
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di Istanbul, Turki baru-baru ini, mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12 iaitu hampir tiga abad lebih awal sebelum ketibaan Columbus ke benua itu.
 
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya.
 
Malah, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh pakar sejarah, Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika pada 1996, merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
 
 
Umat Islam dari Afrika Barat
 
PADA 1300-an, wujud sebuah empayar yang kuat dan kaya dikenali sebagai Mali di Afrika Barat. Empayar tersebut diketuai Mansa (raja) Musa. Sebelum Musa menjadi raja, empayar tersebut diketuai abangnya iaitu Abu Bakr.
 
Semasa memegang tampuk kuasa, Abu Bakr menghantar 400 kapal untuk menerokai Lautan Atlantik tetapi hanya sebuah kapal yang berjaya kembali dan melaporkan bahawa mereka menemui sebuah daratan yang sangat luas di seberang lautan itu. Abu Bakr kemudian belayar bersama 2,000 kapal untuk mencari daratan itu tetapi tidak pernah kembali dan terus menghilangkan diri.
 
Walaupun tidak diketahui sama ada pelayaran Abu Bakr itu berjaya sampai ke benua Amerika atau tidak, terdapat banyak bukti arkeologi di Amerika Utara dan Amerika Selatan yang menunjukkan kehadiran orang dari Empayar Mali di situ.
 
Antaranya, kumpulan pelayar awal dari Sepanyol merekodkan mereka menemui inskripsi dalam bahasa sama dengan bahasa Mandika (bahasa orang Mali) di bandar-bandar yang terbiar di Brazil.
 
Inskripsi-inskripsi ini turut ditemui di Amerika Syarikat terutamanya berhampiran Sungai Missisippi yang menunjukkan kehadiran orang Mali di situ. Di Arizona misalnya, satu inskripsi yang ditemui yang mempunyai lakaran gambar gajah mencatatkan “Gajah sakit dan marah. Pada masa ini, banyak gajah sakit”.
 
Inskripsi itu menunjukkan pengembaraan Abu Bakr berjaya sampai ke benua Amerika 100 tahun sebelum Columbus kerana gajah tidak wujud di benua Amerika.
 
 
Empayar Uthmaniyyah
 
 
SEBUAH peta dunia yang dihasilkan oleh pelukis peta di zaman Empayar Uthmaniyyah, Piri Reis pada 1513 ditemui di Istanbul, Turki pada 1929.
 
Peta itu merupakan bukti fizikal paling kukuh bahawa umat Islam telah menerokai benua Amerika, lama sebelum ketibaan Columbus dan pelayar Eropah lain.
 
Reis menghasilkan peta itu menggunakan sumber-sumber terdahulu termasuk peta dari Greek purba, Arab dan Columbus. Walaupun peta itu dihasilkan 21 tahun selepas ketibaan Columbus di benua Amerika, apa yang menakjubkan peta itu menunjukkan timur pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang betul dari benua Afrika.
 
Malah, pantai Brazil ditunjukkan dengan begitu terperinci termasuk kedudukan sungai-sungai yang tepat. Memang benar Reis turut menggunakan peta Columbus sebagai rujukan tetapi Columbus tidak pernah sampai ke Amerika Selatan dan ini membuktikan bahawa lakaran peta itu dihasilkan menggunakan sumber rujukan dari peta umat Islam terdahulu.
 
Satu lagi bukti penting bahawa umat Islam telah lama meneroka benua Amerika ialah kewujudan Gunung Andes di dalam peta Reis itu, sedangkan gunung itu hanya ditemui orang Eropah pada 1520-an.
 

Viking
 
RAMAI sejarawan mengakui bahawa Viking atau pelaut Norse yang berasal dari Skandinavia telah sampai ke benua Amerika 500 tahun sebelum kehadiran Columbus.
 
Pelayar Norse, Leif Erikson dianggap sebagai orang Eropah pertama mendarat di Amerika Utara termasuk Greenland, bukannya Columbus.
 
 viking-people.jpg
 
Dari akhir abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11, Viking telah menerokai, berdagang dan menetap di merata tempat di Eropah, Atlantik Utara termasuk Amerika Utara. Dalam pelayarannya untuk mencari sumber-sumber semulajadi baharu, Erikson Erikson turut membina penempatan kekal di Greenland yang bertahan selama 500 tahun.
 
the vikings were seafaring northern germanic people who raided traded ...
 
Pelayar hebat itu turut membina penempatan di beberapa kawasan di Amerika Utara khususnya di kawasan yang kini dikenali sebagai Kanada tetapi ia hanya sementara.
 
Walaupun tidak dapat dipastikan kenapa mereka tidak membina penempatan kekal di Amerika Utara, sejarawan percaya ia berikutan penentangan oleh penduduk pribumi sama seperti yang dialami oleh Columbus dan penjajah Eropah lain di benua Amerika.
 
beautiful viking ship the vikings were the seafaring people from ...
 
Terdapat bukti fizikal menunjukkan kehadiran Viking di benua Amerika. Antaranya, penemuan batu yang terdapat tulisan menceritakan tentang pengembaraan pelaut Norse di Amerika Utara yang bertarikh 1362 di sebuah ladang di Kensington di Amerika Syarikat. Batu yang dikenali sebagai `Kensington Stone’ itu ditemui oleh rakyat Amerika Syarikat, Olof Ohman ketika membersihkan ladangnya pada 1898.
 
 
Pelayar dari China
 
SEORANG pelayar dan penjelajah terkenal dari Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho telah melakukan beberapa penjelajahan antara 1405 hingga 1433. Di bawah arahan Maharaja Zhu Di, Cheng Ho bersama armadanya yang membawa 28,000 orang telah belayar ke Timur Tengah dan Afrika sehingga sampai ke Indonesia.
 
Cheng Ho the Explorer
 
Armada ini dipercayai telah kembali ke China sebelum belayar ke Amerika Utara. Di dalam bukunya bertajuk “1421: The Year China Discovered America”, seorang sejarawan British, Gavin Menzies mendakwa, China terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perdagangan dengan penduduk pribumi Amerika yang berkongsi keturunan yang sama.
 
... 250 Chinese Chengho Sailing Ship - Explorer Admiral Cheng Ho
 
Menzies dikatakan menggunakan peta purba China yang menunjukkan Fu Shang iaitu benua dongeng yang ramai tidak mempercayai kewujudannya, sama seperti Atlantis bagi membuktikan bahawa orang China menemui benua Amerika sebelum Columbus dan mana-mana pelayar dari Eropah.
 
Are you sure he is Zheng He on the card? ... impression of the grand fleet of Chinese Admiral Zheng He (Chung Ho
 
Apa yang menarik, kedudukan Fu Shang di dalam peta itu sama dengan Amerika Utara. Lebih menakjubkan, beberapa ciri yang ditunjukkan di dalam peta itu adalah unik kepada muka bumi Amerika Utara seperti Grand Canyon.
 
Cheng-Ho.jpg
 
Peta itu juga dengan jelas menunjukkan kesemua tujuh lautan dan tujuh benua dengan bentuk dan kedudukan yang tepat. Menzies percaya bahawa dengan peta itulah, pelayar dari Eropah mampu belayar mengelilingi dunia.
 
So … jangan lupa mampir ke Masjid Cheng Ho saat traveling atau ...
 
Di samping itu, penemuan beberapa artifak China termasuk duit syiling dan batu jed dari Dinasti Ming di sepanjang pantai Amerika Utara dan Selatan membuktikan hubungan antara China dan benua Amerika sudah lama wujud.
 
Zheng He (Cheng Ho) - Chinese Explorer
 
Pada kain berusia 300 tahun milik puak Nez Perce yang menduduki Idaho di Amerika Syarikat juga terdapat hiasan yang dipercayai menggunakan manik dari China.
 
map-chengho
 
 
Pelayar dari Empayar Rom
 
KEHADIRAN pelayar dari Empayar Rom ke benua Amerika tidak boleh dinafikan dengan penemuan pelbagai artifak dari Empayar Rom di merata tempat di benua itu.
 
Ini termasuk penemuan sekeping duit syiling di Cass Country, Illinois, Amerika Syarikat pada 1882, yang dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Antiochus IV iaitu maharaja Rom yang memerintah dari 175 hingga 165.
 
Sebuah kapal karam yang mirip dengan kapal perang tentera Rom pada awal abad pertama turut ditemui di Galveston Bay, Texas pada 1886. Turut dijumpai di Galveston Bay ialah runtuhan jambatan daripada kayu balak yang mirip dengan jambatan yang dibina oleh orang Rom.
 
Sekeping duit syiling era Rom bertarikh 800AD turut ditemui di Texas. Selain itu, sebuah belanga Rom yang dipercayai dari abad kedua dijumpai di Mexico, serta beberapa keping duit syiling era Rom di sekitar Venezuela dan Kanada.
 
Sekeping duit syiling bertarikh 63AD yang memaparkan wajah Maharaja Nero yang hidup sezaman dengan hawari Nabi Isa iaitu Yahya dan Peter atau Petrus.
 
Satu lagi fakta menarik ialah penemuan lakaran buah nenas dan buah-buahan berjus pada dinding runtuhan bandar Pompeii iaitu kota purba di Rom.
 
Buah nenas sebenarnya hanya terdapat di benua Amerika sebelum dibawa ke tempat-tempat lain di dunia ini. Ini menunjukkan hubungan antara Empayar Rom dengan benua Amerika telah lama wujud sebelum kedatangan Columbus dan Viking.
 
MENGIKUT catatan sejarah, pelayar tersohor dari Genoa, Christopher Columbus merupakan manusia pertama merentasi Lautan Atlantik dan menemui benua Amerika pada tanggal 12 Oktober 1492 ketika mencari laluan baharu ke India.
 
Memang tidak dinafikan, penemuan benua Amerika oleh Columbus telah membawa kepada penjajahan dan pembinaan penempatan masyarakat Eropah sehingga merubah demografi benua berkenaan.
 
Namun, untuk mengatakan Columbus sebagai orang pertama menemui benua Amerika adalah tidak wajar kerana benua itu sudah dihuni oleh masyarakat Orang Asli Amerika yang digelar sebagai ‘Red Indian’ oleh Columbus kerana menyangka beliau menemui India tetapi penduduknya bukan berkulit gelap, sebaliknya putih kemerah-merahan.
 
Sejarawan percaya orang Red India berasal dari ras Mongoloid dari Asia atau dari wilayah kecil di pergunungan timur berhampiran Siberia. Ini sudah cukup membuktikan bahawa orang Red Indian ini yang dipercayai sudah menetap di benua Amerika sejak lebih 14,000 tahun lalu merupakan kumpulan manusia pertama merentasi Lautan Atlantik dan menemui benua Amerika.
 
Sebelum kedatangan Columbus pun, terdapat banyak bukti yang menunjukkan pelayar Islam dari Sepanyol dan Afrika serta pelayar China sudah menjejak kaki ke bumi benua Amerika.
 
Begitu juga dengan orang Rom dan Viking dari Eropah yang terlebih dahulu menemui Amerika, lama sebelum Columbus. Ini melihat kepada kumpulan manusia yang sudah belayar ke benua Amerika serta bukti-bukti yang menunjukkan Columbus bukan manusia pertama menemui benua Amerika.
 
PADA awal tahun 800-an, Khalifah kerajaan Abbasiyah, al-Ma’mun menghimpunkan saintis Islam terkenal termasuk al-Khawarizmi di Baghdad yang kemudian mengira ukuran bumi dan kiraan mereka cuma kurang empat peratus daripada saiz sebenar.
 
Dengan mengetahui ukuran bumi, banyak umat Islam dipercayai telah membuat pengembaraan untuk mengelilingi dunia beratus tahun sebelum pelayaran Columbus.
 
Sejarawan dan ahli geografi Islam, al-Masudi dalam catatannya pada 956 merekodkan bahawa kumpulan pelayar dari Andalusia pada 889 belayar selama berbulan-bulan ke arah barat. Menurut al-Masudi, kumpulan pelayar Islam itu menemui satu benua yang luas di seberang laut dan mereka berdagang dengan penduduk pribumi sebelum kembali ke Eropah.
 
Beliau merekodkan benua tersebut yang dirujuk sebagai ‘tanah yang tidak diketahui’ di dalam peta. Selain itu, dua pengembaraan oleh umat Islam dari Sepanyol ke benua Amerika dicatatkan dalam sejarah iaitu yang diketuai oleh Ibn Farrukh dari Granada pada 999 dan al-Idrisi yang bekerja dengan Raja Roger II dari Sicily pada 1100-an.
 
Dalam catatan al-Idrisi, sekumpulan pelayar Islam belayar ke barat dari Lisbon (Portugal) selama 31 hari dan mendarat di sebuah pulau di Caribbean. Kumpulan pelayar itu kemudian ditahan oleh penduduk pribumi Amerika di situ selama beberapa hari.
 
Namun, mereka bernasib baik selepas seorang penterjemah yang hidup bersama penduduk pribumi itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab membantu untuk membebaskan mereka. Kumpulan pelayar Islam itu kemudian pulang ke Andalusia dan menceritakan pengalaman mereka di ‘Dunia Baharu’ itu.
 
Kewujudan penterjemah yang boleh bertutur dalam bahasa Arab itu menunjukkan sudah wujud hubungan antara dunia Islam dengan benua Amerika.
 
Malah, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh pakar sejarah, Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika pada 1996, merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
 
 
Umat Islam Sepanyol
 
PADA 1300-an, wujud sebuah empayar yang kuat dan kaya dikenali sebagai Mali di Afrika Barat. Empayar tersebut diketuai Mansa (raja) Musa.
 
Sebelum Musa menjadi raja, empayar tersebut diketuai abangnya iaitu Abu Bakr. Semasa memegang tampuk kuasa, Abu Bakr menghantar 400 kapal untuk menerokai Lautan Atlantik tetapi hanya sebuah kapal yang berjaya kembali dan melaporkan bahawa mereka menemui sebuah daratan yang sangat luas di seberang lautan itu.
 
Abu Bakr kemudian belayar bersama 2,000 kapal untuk mencari daratan itu tetapi tidak pernah kembali dan terus menghilangkan diri.
 
Walaupun tidak diketahui sama ada pelayaran Abu Bakr itu berjaya sampai ke benua Amerika atau tidak, terdapat banyak bukti arkeologi di Amerika Utara dan Amerika Selatan yang menunjukkan kehadiran orang dari Empayar Mali di situ. Antaranya, kumpulan pelayar awal dari Sepanyol merekodkan mereka menemui inskripsi dalam bahasa sama dengan bahasa Mandika (bahasa orang Mali) di bandar-bandar yang terbiar di Brazil.
 
Inskripsi-inskripsi ini turut ditemui di Amerika Syarikat terutamanya berhampiran Sungai Missisippi yang menunjukkan kehadiran orang Mali di situ.
 
Di Arizona misalnya, satu inskripsi yang ditemui mempunyai lakaran gambar gajah mencatatkan ‘Gajah sakit dan marah. Pada masa ini, banyak gajah sakit’.
 
Inskripsi itu menunjukkan pengembaraan Abu Bakr berjaya sampai ke benua Amerika 100 tahun sebelum Columbus kerana gajah tidak wujud di benua Amerika. Di samping itu, penghasilan peta dunia oleh Piri Reis di zaman Empayar Uthmaniyyah pada 1513 turut membuktikan bahawa umat Islam telah sampai ke bumi Amerika lebih awal daripada Columbus.
 
SEBUAH peta dunia yang dihasilkan oleh pelukis peta di zaman Empayar Uthmaniyyah, Piri Reis pada tahun 1513 ditemui di Istanbul, Turki pada 1929.
 
Peta itu merupakan bukti fizikal paling kukuh bahawa umat Islam telah menerokai benua Amerika, lama sebelum ketibaan Columbus dan pelayar Eropah lain. Reis menghasilkan peta itu menggunakan sumber-sumber terdahulu termasuk peta dari Greek purba, Arab dan Columbus.
 
Walaupun peta itu dihasilkan 21 tahun selepas ketibaan Columbus di benua Amerika, apa yang menakjubkan peta itu menunjukkan timur pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang betul dari benua Afrika. Malah, pantai Brazil ditunjukkan dengan begitu terperinci termasuk kedudukan sungai-sungai yang tepat.
 
Memang benar Reis turut menggunakan peta Columbus sebagai rujukan tetapi Columbus tidak pernah sampai ke Amerika Selatan dan ini membuktikan bahawa lakaran peta itu dihasilkan menggunakan sumber rujukan daripada peta umat Islam terdahulu.
 
Satu lagi bukti penting bahawa umat Islam telah lama meneroka benua Amerika ialah kewujudan Gunung Andes di dalam peta Reis itu, sedangkan gunung itu hanya ditemui orang Eropah pada 1520-an.
 
BANYAK sejarawan mengakui bahawa Viking atau pelaut Norse yang berasal dari Skandinavia telah sampai ke benua Amerika 500 tahun sebelum kehadiran Columbus.
 
Pelayar Norse, Leif Erikson dianggap sebagai orang Eropah pertama mendarat di Amerika Utara termasuk Greenland, bukannya Columbus. Dari akhir abad kelapan hingga pertengahan abad ke-11, Viking telah menerokai, berdagang dan menetap di merata tempat di Eropah, Atlantik Utara termasuk Amerika Utara. Dalam pelayarannya untuk mencari sumber-sumber semula jadi baharu, Erikson turut membina penempatan kekal di Greenland yang bertahan selama 500 tahun.
 
Pelayar hebat itu turut membina penempatan di beberapa kawasan di Amerika Utara khususnya di kawasan yang kini dikenali sebagai Kanada tetapi ia hanya sementara.
 
Walaupun tidak dapat dipastikan kenapa mereka tidak membina penempatan kekal di Amerika Utara, sejarawan percaya ia berikutan penentangan oleh penduduk pribumi sama seperti yang dialami oleh Columbus dan penjajah Eropah lain di benua Amerika. Terdapat bukti fizikal menunjukkan kehadiran Viking di benua Amerika.
 
Antaranya, penemuan batu bertulis yang menceritakan tentang pengembaraan pelaut Norse di Amerika Utara bertarikh 1362 di sebuah ladang di Kensington, Amerika Syarikat. Batu yang dikenali sebagai ‘Kensington Stone’ itu ditemui oleh rakyat Amerika Syarikat, Olof Ohman ketika membersihkan ladangnya pada 1898.

Kensington-runestone flom-1910.jpg
 
SEORANG pelayar dan penjelajah terkenal dari Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho telah melakukan beberapa penjelajahan antara 1405 hingga 1433. Di bawah arahan Maharaja Zhu Di, Cheng Ho bersama armadanya yang membawa 28,000 orang telah belayar ke Timur Tengah dan Afrika sehingga sampai ke Indonesia. Armada ini dipercayai telah kembali ke China sebelum belayar ke Amerika Utara.
 
Di dalam bukunya bertajuk 1421: The Year China Discovered America, seorang sejarawan British, Gavin Menzies mendakwa, China terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perdagangan dengan penduduk pribumi Amerika yang berkongsi keturunan yang sama.

1421: The Year China Discovered America | [Gavin Menzies]
 
Menzies dikatakan menggunakan peta purba China yang menunjukkan Fu Shang iaitu benua dongeng yang orang tidak mempercayai kewujudannya, sama seperti Atlantis bagi membuktikan bahawa orang China menemui benua Amerika sebelum Columbus dan mana-mana pelayar dari Eropah.
 
Apa yang menarik, kedudukan Fu Shang di dalam peta itu sama dengan Amerika Utara. Lebih menakjubkan, beberapa ciri yang ditunjukkan di dalam peta itu adalah unik kepada muka bumi Amerika Utara seperti Grand Canyon.
 
Peta itu juga dengan jelas menunjukkan kesemua tujuh lautan dan tujuh benua dengan bentuk dan kedudukan yang tepat. Menzies percaya bahawa dengan peta itulah, pelayar dari Eropah mampu belayar mengelilingi dunia.
 
Di samping itu, penemuan beberapa artifak China termasuk duit syiling dan batu jed dari Dinasti Ming di sepanjang pantai Amerika Utara dan Selatan membuktikan hubungan antara China dengan benua Amerika sudah lama wujud.
 
Pada kain berusia 300 tahun milik puak Nez Perce yang men­duduki Idaho di Amerika Syarikat juga terdapat hiasan yang diper­cayai meng­gunakan manik dari China.
 
KEHADIRAN pelayar dari Empayar Rom ke benua Amerika tidak boleh dinafikan dengan pene­muan pelbagai artifak dari Empayar Rom di merata tempat di benua itu. Ini termasuk penemuan sekeping duit syiling di Cass Country, Illinois, Ame­rika Syarikat pada 1882, yang dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Antiochus IV iaitu Maharaja Rom yang memerintah dari 175 hingga 165 SM.
 
Sebuah kapal karam yang mirip dengan kapal perang tentera Rom pada awal abad pertama turut ditemui di Galveston Bay, Texas pada 1886. Turut dijumpai di Galveston Bay ialah runtuhan jambatan daripada kayu balak yang mirip dengan jambatan yang dibina oleh orang Rom. Sekeping duit syiling era Rom bertarikh 800 SM turut ditemui di Texas.
 
Selain itu, sebuah belanga Rom yang dipercayai dari abad kedua dijumpai di Mexico, selain beberapa keping duit syiling era Rom di sekitar Venezuela dan Kanada.