Tuesday, 24 December 2013

Setia hingga akhir hayat


Setia hingga akhir hayat
Shah Alam: Setia hingga hujung nyawa boleh menggambarkan kesetiaan dua kucing jenis Benggal yang berada di sisi tuannya walaupun lelaki itu sudah tujuh hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui polis, Ogos lalu.
Kucing diberi nama Tony dan Tiger itu tinggal bersama tuannya, seorang lelaki berusia 70-an di sebuah rumah di Kota Kemuning, di sini, sebelum dia ditemui mati selepas jiran tetangga mencurigai bau busuk dari rumah berkenaan. 
Foto
TONY menunggu di pintu masuk pondok polis dan sering menarik perhatian orang ramai.
Apa yang menyentuh perasaan, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui kucing berkenaan berada di sisi tuannya yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu dan membengkak dipercayai diserang penyakit ketika berada di rumah.
Kasihan melihat keadaan Tony dan Tiger yang kurus dan kelaparan, anggota dari Pondok Polis Kota Kemuning mengambil keputusan membela kucing berkenaan yang kini menjadi teman setia mereka ketika bertugas.
Foto
AHMAD bersama kucing bernama Tony yang dibela di Pondok Polis Kota Kemuning.

Ketua Pondok Polis Kota Kemuning Koperal Ahmad Yusof berkata, Tony dan Tiger boleh dianggap sebagai terapi kepada enam anggota pondok polis berkenaan yang menganggap haiwan itu sebahagian daripada keluarga pasukan berkenaan.


Credit:  Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Hamid Karim

No comments:

Post a Comment