Setiap manusia di dunia ini dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing-masing sebagai panduan kehidupan.- Gambar hiasan -
KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru sahaja diumumkan. Ada pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan anak-anak yang mengambil peperiksaan tersebut. Ternyata getir mengulangi beberapa kertas soalan peperiksaan sebelum ini akibat ketirisan yang berlaku, cukup memberi impak pada keputusan yang dikeluarkan.
Bagi yang berjaya meraih keputusan cemerlang, senyumnya sampai ke telinga. Begitu juga dengan ibu bapa, mengucap syukur apabila segala kepayahan yang dilalui oleh anak sebelum ini berbalas dengan kejayaan yang diharap-harapkan.
Namun ia tidak berlaku pada Haziq. Keputusan cemerlang yang diharapkan, tidak kesampaian. Ternyata pengumuman yang dibuat sebentar tadi oleh guru sekolahnya, telah membuatkannya tidak keruan.
Resah, gelisah dan cemas! Itu perasaannya ketika itu. Mana tidaknya, sehingga selesai cikgu mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1 B, nama Haziq tidak muncul-muncul.
Air muka Haziq mula berubah.
Sehari sebelum keputusan dikeluarkan, Haziq memberitahu ibunya, dia yakin akan dapat capai keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya 4A 1B. Namun hari ini emosi Haziq cukup terganggu. Air mata mula bergenang. Sebaik menerima keputusan daripada guru kelasnya, Haziq terus menangis.
Semalam, Haziq dan ibunya telah membeli beberapa hadiah untuk diberikan kepada guru-guru yang mengajarnya sebagai tanda terima kasih. Dan hari ini, hadiah itu masih terletak di dalam kereta. Apabila ibu Haziq menyuruhnya menyerahkan hadiah-hadiah yang dibeli kepada guru-gurunya, Haziq enggan melakukannya.
Malu! Haziq bertarung dengan harapannya yang musnah serta emosinya yang cukup terganggu. Dia malu berhadapan dengan kawan-kawannya, apatah lagi guru-guru sekolahnya.
Dia malu kerana selama ini dia begitu yakin keputusan cemerlang sudah pasti berada dalam genggamannya, tetapi ia tidak berlaku. Ia tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan!
Cukup mengecewakan,setelah berhempas pulas mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah agama, namun keputusan sekolah kebangsaan Haziq sedikit pun tidak membantunya untuk meneruskan pengajian di sekolah-sekolah yang terpilih.
Ternyata Haziq dipaksa untuk akur, dua keputusan cemerlang di sekolah agamanya sebelum ini, sedikit pun tidak membantunya untuk masuk ke sekolah aliran agama terpilih kerana sekolah menengah agama terpilih juga menuntut keputusan cemerlang UPSR.
TIP minggu ini diharapkan dapat dijadikan sandaran bagi ibu bapa dan
anak-anak yang sedih dengan keputusan peperiksaan yang diperoleh agar dapat melaluinya dengan tenang dan berlapang dada.
Sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan di pejabat akan bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anak dan saling membandingkan antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung menambah tekanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak mendapat keputusan sebagaimana yang diharapkan.
Sekalipun pelbagai usaha dilakukan, namun sebagai manusia kita harus kembali kepada perancangan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang dan mengatur cita-cita. Inilah fenomena kehidupan masa kini. Dan hari ini, kejayaan seseorang diukur berdasarkan prestasi akademik arus perdana.
Tidak ada ibu bapa yang mengharapkan kegagalan anak-anak mereka. Bahkan, ibu bapa hari ini berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat tempat yang terbaik dalam meneruskan pengajian. Namun, ada kala nasib tidak menyebelahi. Senang kata, tiada ‘rezeki’ untuk anak-anak memperoleh keputusan sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa masing-masing, meskipun mereka telah berusaha.
Faktor emosi ada kala mempengaruhi keputusan anak-anak, sekali gus membuatkan mereka terbelenggu dengan nasib. Justeru, di sinilah peranan ibu bapa dan pihak pendidikan agar sentiasa membuat pertimbangan yang bersesuaian dengan bakat, kemampuan dan pencapaian.
Seperti kisah minggu ini anak-anak yang berjaya akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan mereka di sekolah yang lebih berprestij. Manakala anak-anak yang kurang bernasib baik walaupun menanam cita-cita yang menggunung, terpaksa akur dengan dunia peperiksaan hari ini.
Sekali lagi anak-anak terpaksa menghadapi kenyataan betapa mereka perlu belajar berfikir di luar kotak agar tidak menjadikan peperiksaan sebagai penilaian diri untuk berjaya. Anak-anak dan ibu bapa juga perlu belajar menerima keadaan yang terjadi sebagai ruang muhasabah diri agar usaha dan ikhtiar perlu diteruskan untuk membina tapak kejayaan di dalam segenap ruang dan peluang yang datang.
Sesuatu yang tidak perlu dinafikan, setiap manusia di dunia ini dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing-masing sebagai panduan kehidupan. Jika difikirkan secara logik, tahap kemampuan seseorang mempunyai hikmah yang pasti ada kebaikan di sebaliknya.
Sebagai contoh anak-anak yang berjaya dan berkemampuan dalam akademik akan meneruskan legasi kejayaan kerjaya dunia seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan yang pastinya memerlukan kemampuan pelajaran dan pencapaian akademik yang cemerlang.
Sebaliknya, anak-anak yang sederhana pencapaiannya dalam pembelajaran akan menjadi pelaksana kepada agenda pembangunan yang dirancang. Sekiranya semua orang berada di satu tahap kejayaan yang cemerlang, pasti tiada orang yang akan mengurus untuk melakukan perancangan yang dibuat.
Inilah hikmah dan indahnya kehidupan yang diciptakan Tuhan. Cuma manusia perlu belajar bersangka baik dan tidak mendiskriminasikan golongan yang kurang berkemampuan. Bahkan, betapa adilnya Allah apabila kelebihan dan kelemahan yang ada saling memerlukan antara satu sama lain.
Yang pasti, kecemerlangan akademi bukan kayu ukur untuk menilai kejayaan serta masa depan yang terjamin. Sebaliknya, kemahiran dan kreativiti yang ada pada seseorang akan menjadikan seseorang itu lebih berjaya dalam kehidupan.
Bahkan kemahiran, bakat dan kreativiti yang dimiliki akan menjadikan mereka lebih kaya daripada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Yang penting, mereka harus lebih gigih berusaha bagi memastikan mereka juga boleh berjaya tetapi dengan cara yang berbeza.
Malangnya kebanyakan masyarakat sering terlepas pandang akan ‘keistimewaan’ yang dimiliki oleh anak-anak yang kurang bernasib baik dalam akademik. Dan apabila bakat, kreativiti dan kemahiran yang ada dalam diri anak-anak ini tidak digilap, maka ia akan terus berkubur.
Justeru, sebagai ibu bapa, keprihatinan mereka terhadap ‘keistimewaan’ yang ada pada diri anak-anak ini, akan menjadi pemangkin kejayaan anak-anak mereka. Jangan sesekali memandang rendah dan meletakkan pencapaian akademik sebagai kayu ukur kejayaan semata-mata. Sebaliknya bukalah mata, bahawa di luar sana masih ada ruang yang boleh diisi. Dan rebutlah peluang tersebut dengan membuat keputusan yang tepat.
Hakikatnya, setiap yang terjadi sesuai dengan takdir yang ditentukan Allah. Manusia sering terlupa, tidak semestinya setiap yang cantik itu baik dan setiap yang kita benci itu buruk. Ini kerana ada kala apa yang kita benci itu adalah yang terbaik untuk kita.
Oleh itu, kembalilah kepada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui. Mohonlah kepadanya agar ada sinar lain yang menunggu bagi menampung kekurangan yang ada pada hari ini. Apapun belajarlah bersangka baik sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan.

- Ibu bapa yang menghadapi keputusan peperiksaan anak-anak yang kurang memberangsangkan perlulah bersabar dan berfikiran terbuka kerana tekanan memikirkan perkara tersebut akan menjadikan urusan lain turut tergendala.
- Belajar menerima apa jua keadaan sebagai pembelajaran kehidupan. Bagi yang berjaya dengan cemerlang mereka perlu mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh dengan penuh rasa syukur, manakala yang kurang berjaya sentiasalah menanamkan azam untuk meningkatkan usaha pada masa hadapan.
- Orang yang gagal dalam satu perkara mungkin akan berjaya dengan cemerlang di bidang yang lain pula. Batas kecemerlangan bukan hanya tertakluk kepada keputusan peperiksaan semata-mata. Sebaliknya banyak ruang dan peluang terbuka untuk semua orang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Lihat pada diri kerana di situ ada kelebihan yang mungkin selama ini kita abaikan.
- Ada orang yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tetapi berjaya dalam pekerjaan. Ada orang yang berbakat dalam satu bidang yang boleh dijadikan sumber kejayaan dan pendapatan kehidupan. Apa yang penting setiap orang belajar mempercayai diri sendiri dan melihat sesuatu itu perlu diusahakan kerana kejayaan tidak datang bergolek.
- Ibu bapa yang bijak akan terus membantu merangsang anak agar berfikiran terbuka dan tidak terikat semata-mata dengan peperiksaan. Anak-anak diasuh agar belajar meneroka diri untuk melihat kekuatan, kelebihan dan menggunakan setiap peluang untuk berjaya.
- Bawalah anak-anak berbincang dengan orang yang boleh membantu membuka mindanya agar anak-anak tidak beku dan terbelenggu dalam membuat keputusan. Ingat! Dunia kejayaan tidak pernah bernoktah asalkan mahu berubah.
Sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan di pejabat akan bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anak dan saling membandingkan antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung menambah tekanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak mendapat keputusan sebagaimana yang diharapkan.
Sekalipun pelbagai usaha dilakukan, namun sebagai manusia kita harus kembali kepada perancangan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang dan mengatur cita-cita. Inilah fenomena kehidupan masa kini. Dan hari ini, kejayaan seseorang diukur berdasarkan prestasi akademik arus perdana.
Tidak ada ibu bapa yang mengharapkan kegagalan anak-anak mereka. Bahkan, ibu bapa hari ini berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat tempat yang terbaik dalam meneruskan pengajian. Namun, ada kala nasib tidak menyebelahi. Senang kata, tiada ‘rezeki’ untuk anak-anak memperoleh keputusan sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa masing-masing, meskipun mereka telah berusaha.
Faktor emosi ada kala mempengaruhi keputusan anak-anak, sekali gus membuatkan mereka terbelenggu dengan nasib. Justeru, di sinilah peranan ibu bapa dan pihak pendidikan agar sentiasa membuat pertimbangan yang bersesuaian dengan bakat, kemampuan dan pencapaian.
Seperti kisah minggu ini anak-anak yang berjaya akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan mereka di sekolah yang lebih berprestij. Manakala anak-anak yang kurang bernasib baik walaupun menanam cita-cita yang menggunung, terpaksa akur dengan dunia peperiksaan hari ini.
Sekali lagi anak-anak terpaksa menghadapi kenyataan betapa mereka perlu belajar berfikir di luar kotak agar tidak menjadikan peperiksaan sebagai penilaian diri untuk berjaya. Anak-anak dan ibu bapa juga perlu belajar menerima keadaan yang terjadi sebagai ruang muhasabah diri agar usaha dan ikhtiar perlu diteruskan untuk membina tapak kejayaan di dalam segenap ruang dan peluang yang datang.
Sesuatu yang tidak perlu dinafikan, setiap manusia di dunia ini dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing-masing sebagai panduan kehidupan. Jika difikirkan secara logik, tahap kemampuan seseorang mempunyai hikmah yang pasti ada kebaikan di sebaliknya.
Sebagai contoh anak-anak yang berjaya dan berkemampuan dalam akademik akan meneruskan legasi kejayaan kerjaya dunia seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan yang pastinya memerlukan kemampuan pelajaran dan pencapaian akademik yang cemerlang.
Sebaliknya, anak-anak yang sederhana pencapaiannya dalam pembelajaran akan menjadi pelaksana kepada agenda pembangunan yang dirancang. Sekiranya semua orang berada di satu tahap kejayaan yang cemerlang, pasti tiada orang yang akan mengurus untuk melakukan perancangan yang dibuat.
Inilah hikmah dan indahnya kehidupan yang diciptakan Tuhan. Cuma manusia perlu belajar bersangka baik dan tidak mendiskriminasikan golongan yang kurang berkemampuan. Bahkan, betapa adilnya Allah apabila kelebihan dan kelemahan yang ada saling memerlukan antara satu sama lain.
Yang pasti, kecemerlangan akademi bukan kayu ukur untuk menilai kejayaan serta masa depan yang terjamin. Sebaliknya, kemahiran dan kreativiti yang ada pada seseorang akan menjadikan seseorang itu lebih berjaya dalam kehidupan.
Bahkan kemahiran, bakat dan kreativiti yang dimiliki akan menjadikan mereka lebih kaya daripada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Yang penting, mereka harus lebih gigih berusaha bagi memastikan mereka juga boleh berjaya tetapi dengan cara yang berbeza.
Malangnya kebanyakan masyarakat sering terlepas pandang akan ‘keistimewaan’ yang dimiliki oleh anak-anak yang kurang bernasib baik dalam akademik. Dan apabila bakat, kreativiti dan kemahiran yang ada dalam diri anak-anak ini tidak digilap, maka ia akan terus berkubur.
Justeru, sebagai ibu bapa, keprihatinan mereka terhadap ‘keistimewaan’ yang ada pada diri anak-anak ini, akan menjadi pemangkin kejayaan anak-anak mereka. Jangan sesekali memandang rendah dan meletakkan pencapaian akademik sebagai kayu ukur kejayaan semata-mata. Sebaliknya bukalah mata, bahawa di luar sana masih ada ruang yang boleh diisi. Dan rebutlah peluang tersebut dengan membuat keputusan yang tepat.
Hakikatnya, setiap yang terjadi sesuai dengan takdir yang ditentukan Allah. Manusia sering terlupa, tidak semestinya setiap yang cantik itu baik dan setiap yang kita benci itu buruk. Ini kerana ada kala apa yang kita benci itu adalah yang terbaik untuk kita.
Oleh itu, kembalilah kepada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui. Mohonlah kepadanya agar ada sinar lain yang menunggu bagi menampung kekurangan yang ada pada hari ini. Apapun belajarlah bersangka baik sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment