Google+ Followers

Tuesday, 8 May 2012

MAN JADDA WA JADDA



Tentu ada dikalangan anda yang pernah mendengar ungkapan dalam bahasa Arab ini serta faham pula akan maksudnya. Bagi yang kurang maklum, MAN JADDA WA JADDA bererti BARANGSIAPA BERSUNGGUH-SUNGGUH PASTI DAPAT. Namun berapa ramaikah dikalangan kita yang benar-benar faham dan mengaplikasikannya? 

Kalau kita lihat sekeliling kita, maka akan kelihatanlah betapa ramainya sahabat handai dan rakan taulan kita yang lebih senang mengeluh, berhenti berusaha dan akhirnya menyerahkan segalanya pada takdir dan nasib. Sedangkan Islam tidak mengajar kita begitu.

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, bak kata pepatah Melayu yang terkenal, DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN. Maka berusahalah dengan kemahuan yang kuat, berdoa dan berharap dan bersangka baik dengan Allah akan petunjuk dan bantuanNya. InsyaAllah..Kejayaan bakal hadir menyapa kita...ameen.