ULU JELEBU - “Gara-gara masalah jalan yang tidak diturap, hampir 20 kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah kerana mengalami kesukaran untuk berulang-alik dari sekolah,” kata Tok Batin Kampung Banir Tengkor, Jasni Ngongok.
Menurutnya, dahulu ada van yang disediakan untuk mengambil dan menghantar anak-anak Orang Asli di kawasan itu ke sekolah. Namun kini perkhidmatan itu dihentikan kerana pemandunya tidak sanggup untuk berulang-alik ke sini ekoran jalan yang teruk.
“Malah disebabkan selalu ponteng sekolah, ramai anak-anak di kampung ini hilang minat untuk belajar,” katanya.
Jasni berkata, kampung itu sudah wujud lebih 50 tahun lalu, namun penduduk di kawasan berkenaan masih ketinggalan dari segi kemudahan jalan.
“Berikutan masalah itu, setiap hari kami berdepan risiko kemalangan apabila laluan utama sejauh lebih 1 kilometer menghubungkan Kampung Ulu Jelebu curam.
“Walaupun begitu kami terpaksa juga melaluinya untuk melakukan rutin harian dan keluar ke pekan,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, beliau pernah mengadukan masalah itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ulu Jelebu, namun jawapan yang diterima ialah tiada peruntukan untuk membuat jalan di kampung berkenaan.
Jasni berkata, namun berlainan pula dengan kampung Orang Asli lain seperti di Ulu Kelaka, Lakai dan Tohor semuanya ada peruntukan untuk membina jalan.
“Malah, jalan baru turut dibina di Kampung Chennah sedangkan keadaan jalan di sana tidaklah seteruk di sini," katanya.
Menurutnya, motosikal milik penduduk juga sering kali rosak gara-gara melalui jalan berbatu itu.
“Sekiranya hujan , keadaan jalan di kawasan ini akan berlumpur dan ia merbahaya untuk digunakan,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Razif Abu Hassan, 26, berkata, berikutan masalah jalan itu, dia juga mengalami kesukaran menghantar isteri yang hamil untuk membuat pemeriksaan di klinik.
Razif berkata, masalah itu bertambah rumit sekiranya ada wanita yang mahu bersalin pada malam hari.
“Kawasan di sini sangat gelap dan jalan pula teruk, namun saya terpaksa melaluinya kerana bekerja di luar kampung. Jika hujan, saya tak dapat pergi kerja dan ini menjejaskan pendapatan saya yang terima gaji hari,” katanya.
Peniaga kedai runcit, Mohd Khaidir Abdul, 50, berkata, keadaan jalan tersebut turut membebankannya apabila kenderaan yang digunakan untuk menjual barangan runcit di kawasan itu sering rosak.
“Saya berniaga di sini atas permintaan penduduk memandangkan mereka sukar untuk ke kawasan luar akibat jalan yang teruk," katanya. :-Sinar Harian

No comments:
Post a Comment